10/08/2026
Salah satu perkongsian yang paling menyentuh hati hari ini. 🤍
Pn Zeeda diuji dengan cancer ketika berusia 27 tahun, selepas melahirkan anak kedua.
5 tahun bukan tempoh yang singkat. Dalam tempoh rawatan dan pemulihan, terlalu banyak pengalaman perit yang beliau dan keluarga lalui termasuk tekanan kewangan yang sangat besar.
Sehinggalah pada satu tahap, Pn Zeeda sendiri yang mencadangkan kepada doktor untuk memotong sebahagian kaki kirinya.
Hari ini, bila melihat beliau bercerita secara in person, kita boleh nampak betapa kuatnya seorang ibu.
Tetapi akhirnya, air mata beliau tumpah juga apabila bercerita tentang anak-anak.
Lebih menyentuh hati apabila anak kedua beliau yang turut hadir hari ini juga menangis. Ramai life planner yang berada di situ turut sebak melihat momen tersebut. 😢
Apa yang paling membuka mata ialah apabila Pn Zeeda berkongsi bahawa jumlah perbelanjaan sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan mencecah hampir RM1 juta.
Walaupun beliau mempunyai medical card sendiri dan juga perlindungan di bawah syarikat suami yang bekerja offshore, masih ada kira-kira RM300,000 yang perlu ditanggung sendiri untuk perbelanjaan lain.
Dan hampir RM1 juta itu bukan semata-mata bil hospital.
Ia termasuk:
• Pengangkutan berulang-alik
• Penginapan selama berbulan-bulan
• Nurseri / pusat asuhan untuk anak
• Perbelanjaan harian sepanjang tempoh rawatan
• Pelbagai kos lain yang datang bersama perjalanan tersebut
Di sinilah kita belajar bahawa medical card sahaja mungkin belum mencukupi.
Medical card membantu membayar kos rawatan yang dilindungi.
Tetapi apabila kita sakit kritikal, bagaimana dengan pendapatan yang terjejas, perbelanjaan harian, kos penjagaan anak, pengangkutan, penginapan dan keperluan lain?
Sebab itu pampasan penyakit kritikal sangat penting sebagai salah satu lapisan perlindungan.
Pn Zeeda tidak sempat menyediakan perlindungan tersebut pada waktu itu kerana pelan seperti ini belum wujud ketika beliau diuji.
Kita yang hidup di zaman sekarang mempunyai peluang untuk membuat persediaan lebih awal.
Jangan tunggu sehingga simpanan yang kita kumpul bertahun-tahun terpaksa dileburkan dalam beberapa tahun hanya kerana mahu menjimatkan RM200 sebulan.
RM200 sebulan mungkin nampak besar hari ini.
Tetapi cuba fikirkan…
Kalau satu hari nanti kita diuji, adakah RM200 yang kita jimat setiap bulan itu benar-benar berbaloi berbanding ratusan ribu yang mungkin terpaksa kita keluarkan?
Kita tidak boleh pilih bila ujian datang.
Tapi kita boleh pilih untuk bersedia sebelum ia datang. 🤍
Protection bukan kerana kita mengharapkan perkara buruk berlaku. Protection adalah kerana kita sayangkan keluarga dan tidak mahu mereka menanggung akibat kewangan seorang diri.