12/04/2026
Today!!!
Impian saya sebagai agent insurance! untuk melihat orang kampung seperti saya hidup dengan lebih tenang dan terjaga.
Kita semua tahu bagaimana rasanya hidup sederhana… cari rezeki siang malam, simpan sedikit demi sedikit untuk keluarga. Tapi satu perkara yang selalu kita lupa, bila musibah datang, semua yang kita kumpul bertahun-tahun boleh hilang dalam sekelip mata.
Saya tidak mahu itu terjadi pada kita.
Saya mahu kita semua faham bahawa perlindungan bukan untuk orang kaya sahaja. Orang seperti kita yang hidup biasa, yang ada tanggungjawab besar, lebih memerlukan perlindungan.
Supaya bila sakit datang, kita tidak perlu memilih antara rawatan atau duit makan.
Supaya bila kemalangan berlaku, keluarga kita tidak terbiar.
Supaya bila kita sudah tidak mampu bekerja, masih ada yang menjaga kehidupan kita.
Misi saya mudah…
Saya mahu orang kampung seperti kita tidak jatuh terlalu dalam bila diuji.
Kita mungkin tidak mampu mengelak takdir,
tapi kita boleh bersedia supaya hidup tidak jadi terlalu susah bila susah datang…
Nukilan hati
Jaqueline william
017-222 0334