06/06/2018
Sebelum saya ulas tentang kos operasi TASKA di Malaysia..
Saya share dulu beberapa undang2 berkaitan taska yg secara tak langsung memberi impak kepada kos operasi.Ia seperti yang terkandung dalam AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984
Nisbah baby 1 pengasuh : 3 babies 1pengasuh: 5 toddlers 1pengasuh:10kanak-kanak (mengikut usia kanak-kanak)
Had kanak-kanak 3.5 meter persegi bagi seorg kanak-kanak
Kos kursus wajib KAP RM1000(termasuk buku)
Kos suntikan Thypoid RM80-100 seorang
TASKA bukan seperti kedai runcit, ada had bilangan kanak-kanak bergantung kepada keluasan sesuatu TASKA dan bilangan guru yang ada. Jadi jika seorg kanak-kanak bercuti, sangat perlu dimaklumkan awal kerana kos mereka perlu dicari ganti kerana bilangan 'customer' yang terhad dan bukannya sentiasa keluar masuk setiap hari.
Dengan mengambil contoh kedudukan demografi TASKA dikawasan penduduk sederhana rumah teres 2 tingkat di kwsn bandar biasa (andaian) purata kos :
Kos sewa RM1500 (per month)
Deposit sewa+api air (2+1) RM6000 (permulaan buka)
Kos CCTV 8 Channel RM4000 (sekali bayar)
Kos Pemasangan tangga+pintu/grill/bendera/lampu kecemasan RM5000
Kos perlesenan dan tukar guna bangunan kpd perniagaan (tak sama bagi semua kwsn, Antara RM500-15000)
Maintenance bulanan ikut kwsn (rm50-300)
Pemadam api 3biji RM 400
Pembelian barang2(ASET) dalam TASKA dan luar RM10k-RM50k
Pembelian barang2 operasi TASKA RM100-1000 sebulan
ini adalah kos permulaan pembukaan sesebuah taska..
Mungkin ada beberapa kos tambahan bergantung kepada kwsn, seperti aircond, auto gate, pemasangan tv/astro, line wifi dll.
KOS OPERASI BULANAN TASKA (MAY)
Bilangan kanak-kanak 30 orang (keluasan rumah melebihi 105 meter persegi)
mengambil bilangan nisbah purata 1:5 perlu ada 6 pengasuh
Gaji minimum setiap pengasuh RM1k
kiraan OT (RM1000/26/8 x 1.5)= RM7.2 sejam (jadi caj OT kanak-kanak perlu sekurang-kurangnya sama atau lebih)
Sewa RM1500
Bil air (ikut tarif perniagaan) RM150
Bil letrik(ikut tarif perniagaan) RM300
Barangan basah|kering RM800
Maintenance kwsn (guard)RM80
Barangan aktiviti RM 500
Kos (kasar) RM 3330
KOS (GAJI)
Gaji 6 pengasuh RM 6000
Tukang masak RM500
KWSP + Socso(anggaran) RM2000
TOTAL COST RM 11 830
Pendapatan( ambil contoh yang umum)
RM450 x 30 = RM13500
belum termasuk yang bayar lewat, lari tak bayar, dan bercuti/berhenti tiba-tiba
kos thypoid, kursus dll
pendapatan -kos
RM13500 - RM11830
=RM 1 670
Jika kiraan gaji pengusaha adalah 60% dari jumlah untung bersih
60% x RM1670 = RM1002
maka simpanan tinggal RM 668 untuk ditarik jika ada kecemasan seperti bumbung bocor, pagar dilanggar, pembaharuan lesen dll
saya akan sambung FORECASTING untuk gaji MINIMUM baru nanti kerana akan melibatkan banyak no -ve..jadi saya akan add kiraan untuk cut cost semampu yang boleh.
Pengusaha yang sy jumpa sangat2 berharap dapat memberikan GAJI yang tinggi kpd staff masing-masing.
kalau boleh RM3k ke atas, tapi kekangan AKTA, birokrasi, dan pelbagai perkara yang menghadkan kemampuan Pengusaha untuk mendapatkan pendapatan.
Jika dilihat mcm tak logik kan? gaji pengusaha kdg2 lebih rendah dari staff..kenapa teruskan perniagaan ni?
MINAT!
saya sendiri personally mendapat tawaran kerja dgn gaji yg lumayan sblm buka TFA, tapi menolak kerana minat dlm bidang ini wpun ms tu TASKA sgt tak trending. Setelah mendapat Aulia dengan keadaan yg agak 'mencabar' dgn pelbagai komplikasi, sy bersyukur kerana tidak memilih wang dulu berbanding minat. Sebab ilmu semua digunakan untuk 'memulihkan' Aulia dari kesan komplikasi tu.
Rata-rata pengusaha membuat kerja tambahan utk menampung kos2...
menjual barang
membuat roti
agen insurance
membuat penjagaan lebih masa dirumah sendiri
bekerja
AWAL KANAK-KANAK adalah asas pembentukan manusia, telahpun dibuktikan oleh beribu kajian, tetapi masih dipandang sepi oleh ramai pihak terutama Kerajaan. Bagaimana nak membentuk bangsa, jika AWAL KANAK-KANAK mereka dianiya. Pembentukan emosi, sahsiah, jati diri adalah sgt penting, bukan nya deretan A+ dan sijil.
Teacher INA
TFA Playschool Founder
TFA Playschool Sensory Park Founder
Graduan BANKING & BUSINESS administration(hons) UiTM
Graduan CHILDREN PSYCHOLOGY UUM
Student of Med(Psychology) UPSI
BUKA TASKA BUKAN KERANA MAHU KAYA..
TAPI LEBIH PADA TANGGUNGJWB..
Tahniah kawan2..
Copy paste
Cc muliana