Financial Adviser

Financial Adviser Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Financial Adviser, Commercial bank, No. G1-G3 Bangunan Uni. Asia, No. 1, Jalan Sagunting PO Box, 88816 Kota Kinabalu, Kota Kinabalu.

“DULU DIVIDEN 7% BERBALOI LAH BUAT ASBF. SEKARANG DIVIDEN LEBIH KURANG 5-6% JE. TAK BERBALOI LANGSUNG...” - Kata Makcik ...
06/10/2022

“DULU DIVIDEN 7% BERBALOI LAH BUAT ASBF. SEKARANG DIVIDEN LEBIH KURANG 5-6% JE. TAK BERBALOI LANGSUNG...” - Kata Makcik Kesom kepada anak saudaranya, Putat.

Makcik, sebelum makcik nak cakap apa-apa, pastikan makcik betul-betul faham dulu. Jangan buat palatao. Memalukan diri sendiri dan keturunan je.

Betul, dulu-dulu ekonomi cantik dividen tinggi boleh dapat lebih kurang 7%. Tapi masa tu, bank profit (interest) sekitar 5% lebih. So margin keuntungan sekitar 1.0% hingga 2% daripada nilai sijil untuk orang yang melabur dalam ASBF.

Sekarang ekonomi tak berapa cantik sejak 2018 lagi. Bermula trade war US-China, lepas tu isu politik tempatan, diikuti Covid-19 p**ak, memang tak boleh nak demand dividen yang tinggi.

Tapi bila ekonomi slow, kadar keuntungan bank juga jadi rendah. Itulah kelebihanan pelaburan ASBF. Orang-orang yang apply dulu rate 5% lebih, sekarang dah automatik turun jadi 3-4%.

Jika dividen sekarang lebih kurang 5-6% dan bank profit p**a sekitar 4%. So masih berpotensi untuk dapat margin keuntungan sekitar 1-2% dari nilai sijil. Lebih kurang sama je dengan situasi dulu-dulu. Katakan dividen 5.5% dan kadar keuntungan bank 4.2%, so margin keuntungan 1.3%.

"Setakat untung 1.3%, lebih baik simpan ASB biasa. Dapat 5.5%..." Tambah Makcik Timun, sahabat membawang Makcik Kesom.

Memang betul Makcik Mun cakap untung 1.3%. Saya tak nafikan. Tapi untung 1.3% tu adalah dari jumlah sijil. Bukan dari modal kita.

Contoh kita buat ASBF 200K. Untung 1.3% x 200K = RM2,600 setahun.

Tapi makcik kena ingat, modal kita setahun cuma 861 x 12 = RM10,332. Bukan 200K.

Jadi untung sebenar berdasarkan modal;

2,600 ÷ 10,332 x 100 = 25.16%.

So kalau diberi pilihan, nak untung 25.16% atau 5.5% je dari modal?

Ok makcik takyah jawab soalan ni... Lebih baik diam je...

"Oh, rupanya kami salah faham lah sebelum ni..." - Sampuk Pakcik Ketum yang dari awal memasang telinga mendengar perbualan mereka sambil membalut rokok daun berintikan rumput kering.

_Sebenarnya ramai yang masih berfikir seperti Makcik Kesom dan Makcik Timun. Itu normal. Bukan semua orang faham selok-belok ASBF ni. Ada yang dah buat bertahun-tahun pun masih belum faham sepenuhnya. Semoga penulisan saya dapat memberikan kefahaman kepada semua._

Nota: Anggaran kadar keuntungan tersebut adalah termasuk dividen dan prinsipal.✓

⚠️ Untuk permohonan ASBF, klik je link di bawah;

wasap.my/60165851459/submissionASBF2022

BANK NEGARA NAIKKAN OPR 0.25%Overnight Policy Rate (OPR) adalah kadar keuntungan / interest yang dikawal oleh BNM. OPR a...
15/07/2022

BANK NEGARA NAIKKAN OPR 0.25%

Overnight Policy Rate (OPR) adalah kadar keuntungan / interest yang dikawal oleh BNM. OPR akan berubah mengikut situasi ekonomi semasa. Semasa ekonomi jatuh contohnya akibat Covid-19, OPR diturunkan. Jadi kadar interest bank juga turun. Apabila ekonomi kembali stabil, OPR biasanya akan naik kembali. Kadar keuntungan/interest semua bank di Malaysia biasanya akan ikut perubahan OPR bank negara.

Perubahan OPR akan menyebabkan perubahan pada kadar keuntungan bank untuk pembiayaan jenis Variable Rate seperti Pembiayaan Rumah dan Pembiayaan ASB. Untuk jenis fixed rate seperti Personal Loan dan Kereta, tak terkesan.

Variable Rate

Jika OPR turun, kadar keuntungan turun, bayaran pun lebih rendah.

Jika OPR naik, kadar keuntungan naik, bayaran pun lebih tinggi.

Contoh;

Sebelum Covid 19;
- Ekonomi Baik
- Dividen ASB sekitar 7%
- Kadar keuntungan bank (interest) sekitar 5%.

Ketika Covid 19;
- Ekonomi Teruk
- Dividen ASB sekitar 5%
- Kadar keuntungan bank (interest) sekitar 3.45%. (Turun Banyak)

Pada 6 July 2022, BNM naikkan OPR sebanyak 0.25% daripada 2.00% kepada 2.25%.
Kebiasaannya, semua bank di Malaysia pun akan naikkan rate sebanyak 0.25% juga. Jika sebelum ini 3.70%, akan naik jadi 3.95%. Yang 4.00% akan naik jadi 4.25%. Tunggu je pengumuman bank masing-masing. Ada bank yang cepat naikkan, ada bank yang lambat sikit untuk bagi masa kepada pengguna.

Kenapa ASB Financing perlu guna kaedah variable rate?
Ini untuk mengelakkan pelabur kerugian ketika ekonomi teruk. Jika ASBF guna fixed rate, ramai yang akan kerugian jika dividen rendah kerana interest bank kekal.

Apabila guna variable rate, ketika ekonomi teruk, dividen rendah, interest rate pun rendah. Jadi risiko untuk pelabur rugi lebih rendah.

Ketika ekonomi baik, dividen tinggi, interest rate pun tinggi. So win-win situation.

_Yang penting, kadar dividen semasa lebih tinggi daripada interest rate._

Harapan Masa Depan
Diharapkan kenaikan OPR yang terkini menandakan prestasi ekonomi yang semakin pulih dan dividen ASB tahun 2022 lebih baik berbanding 2021.

Kadar Bayaran Baru
Semua bank akan revise bayaran ASBF pelabur. Tapi takkan berlaku on the spot. Mungkin akan ambil masa 1-2 bulan untuk mulakan kadar bayaran baru. Pihak bank akan maklumkan kepada pelabur, biasanya melalui surat. Bagi yang ada online banking, boleh terus tengok dalam apps. Selagi belum dapat notis, bayar macam biasa dahulu.

Secara anggaran kasarnya, kenaikan OPR 0.25% akan menyebabkan kenaikan installment bulanan sebanyak;

200K - Naik sekitar RM30
150K - Naik sekitar RM22-23
100K - Naik sekitar RM15
50K - Naik sekitar RM7-8
10K - Naik sekitar RM1.5
1K - Naik sekitar RM0.15
Jumlah lain? darab lah sendiri dengan RM0.15 tu.

**Kadar kenaikan sebenar akan dimaklumkan oleh bank masing2.

Bagi yang dah buat bayaran lumpsum setahun, akan ada kekurangan untuk bulan ke 12 nanti. Nanti boleh tambah bayaran pada bulan ke 12. Sekarang tak perlu buat apa-apa lagi.

Penutup
Sebagai pelabur yang berilmu, kita takkan gelabah. Kita faham OPR akan berubah mengikut keadaan ekonomi. OPR naik menandakan ekonomi semakin baik daripada sebelumnya. Aktiviti ekonomi dalam negara juga dah boleh kembali beroperasi secara normal. Kemungkinan hasil p**angan dividen kita juga semakin baik di masa hadapan. Stay cool, melaburlah dengan ilmu. 😎

Untuk khidmat perundingan dan personal coaching ASB Financing secara PERCUMA, Tekan link dibawah 🙋🏼‍♂️

wasap.my/60165851459/ASBFINANCING

Berapa amount yang sesuai untuk apply ASB Financing? Berapa amount yang sesuai perlu tengok kepada bajet sendiri. Jumlah...
07/06/2022

Berapa amount yang sesuai untuk apply ASB Financing?

Berapa amount yang sesuai perlu tengok kepada bajet sendiri. Jumlah simpanan bulanan perlulah ikut kemampuan dan keselesaan sendiri. Contoh situasi:

1. Abu mampu simpan bulanan RM400. - Apply ASBF 100K

2. Ali mampu simpan bulanan RM600. - Apply ASBF 150K

3. Ajib mampu simpan bulanan RM800 - Apply ASBF 200K

4. Leman mampu simpan bulanan RM200. Tapi ada simpanan cash RM5,000. - Apply ASBF 150K (2 sijil berasingan. Sijil pertama 50k buat compounding, bulanan RM200. Sijil ke2 100k buat rolling dividen. Modal setahun cuma RM4,800) Teknik Hybrid berlaku serentak.

5. Husin tak mampu simpan bulanan sebab komitmen dah tinggi. Tapi ada simpanan cash RM10,000. - Apply ASBF 200k teknik rolling dividen. Modal setahun cuma RM9,600.

Setiap orang berbeza situasi dan kemampuan masing-masing. Jadi buatlah pelaburan ikut kemampuan diri sendiri. Jangan ikut orang lain.

Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan ASB. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.

Untuk khidmat perundingan dan personal coaching ASB Financing secara PERCUMA, boleh terus wasap ke:

wasap.my/60165851459/Submission2022

New ASB Financing Rate after OPR announced! 😍🎉Apply, Revise or Upgrade/Topup now, Payment start on 4th August 2022! 📈ASB...
03/06/2022

New ASB Financing Rate after OPR announced! 😍🎉

Apply, Revise or Upgrade/Topup now, Payment start on 4th August 2022! 📈

ASB FINANCING RATE 3.75% UP TO 40 YEARS (MAX TENURE)

200K : RM805/monthly
150K : RM604/monthly
100K : RM403/monthly
50K : RM202/monthly

Apply, Revise or Upgrade/Topup now!

Family Package 👨‍👩‍👦

ASB FINANCING RATE 3.70% UP TO 40 YEARS (MAX TENURE)

200K : RM799/monthly
150K : RM600/monthly
100K : RM400/monthly
50K : RM200/monthly

Minimum 2 family can apply!

Any inquiry about ASB FINANCING?

direct whatsapp :
wasap.my/60165851459/Asbfpromojanuary

ASB BIASA vs ASB FINANCINGRamai yang tertanya-tanya antara simpan cash dalam ASB dengan buat ASBF, yang mana lebih untun...
01/06/2022

ASB BIASA vs ASB FINANCING

Ramai yang tertanya-tanya antara simpan cash dalam ASB dengan buat ASBF, yang mana lebih untung. Jom kita buat perbandingan.

[RUJUK GAMBAR]

Simpan ASB Biasa (CASH)

Modal RM9,600
Simpan dalam ASB selama 5 tahun, tanpa usik dividen.
Jika dividen 5%, dividen terkumpul bersamaan = RM2,652

Jumlah simpanan = RM12,525 ✓

ASB Financing (Sijil 200K)
- ASBF 200K
- Max 40 tahun (berhenti selepas 5 tahun)
- Rate 3.7%
- Bulanan RM800
- Tahunan RM9600 (Modal)

Hasil:
1. Dividen Terkumpul = RM11,600
2. Prinsipal (SV) = RM11,915
Jumlah Simpanan = RM23,515✓

Perbandingan:

ASB Biasa:
Untung; 12,525 - 9,600 = RM2,652

ASBF:
Untung; 23,515 - 9,600 = RM13,915

13,915 ÷ 2,652 = 5.25 kali ganda

Maka, simpanan ASBF memberikan keuntungan lebih 5 kali ganda berbanding ASB Biasa jika ikutkan teknik di atas.

Pengiraan berdasarkan dividen ASB 5% dan kadar keuntungan bank 3.7%. Hasil sebenar mungkin berbeza.

📌 Untuk permohonan ASBF, boleh klik link di bawah;

wasap.my/60165851459/ApplyASBF

03/11/2021
ASB Financing Promo Rate. 🔥Promo : Personal Package 🙎‍♂️🙍‍♀️ASB FINANCING RATE 3.55% UP TO 40 YEARS (MAX TENURE)50K : RM...
02/11/2021

ASB Financing Promo Rate. 🔥

Promo : Personal Package 🙎‍♂️🙍‍♀️

ASB FINANCING RATE 3.55% UP TO 40 YEARS (MAX TENURE)

50K : RM195/monthly
100K : RM390/monthly
150K : RM586/monthly
200K : RM781/monthly

Apply, Revise or Upgrade/Topup now!

Promo : Family Package 👨‍👩‍👧‍👦

ASB FINANCING RATE 3.45% UP TO 40 YEARS (MAX TENURE)

50K : RM193/monthly
100K : RM384/monthly
150K : RM577/monthly
200K : RM769/monthly

Minimum 2 family can apply!

Promo : Personal Package

ASB FINANCING RATE 3.55% UP TO 40 YEARS (MAX TENURE)

50K : RM195/monthly
100K : RM390/monthly
150K : RM586/monthly
200K : RM781/monthly

Apply, Revise or Upgrade/Topup now!

Any inquiry whatsapp :
wasap.my/60165851459/Asbfpromonovember

Berita Baik!Sekarang ni ASB dah boleh buka akaun secara online.Di sini tutorial cara nak buka akaun ASB secara dalam tal...
29/09/2021

Berita Baik!

Sekarang ni ASB dah boleh buka akaun secara online.

Di sini tutorial cara nak buka akaun ASB secara dalam talian

https://youtu.be/a2-GTQgytgQ

Kalau belum biasa dengan pelaburan, ASB sesuai sebagai permulaan.

Sebab ASB ni, risikonya rendah dan modal terjamin.

ASB ni sesuai juga untuk anda 'park' dana kecemasan.

Kena tahu beza ya. ASB boleh buka online, ASB Financing kena buka dekat bank ataupun boleh pm untuk maklumat lanjut. 😷

www.wasap.my/60165851459/ASBFinancing

i-Sinar - Nak buat apa?Ada ramai yang pm tanya saya. Sesuai ke kalau kita gunakan duit i-Sinar untuk invest dalam ASBF?B...
16/03/2021

i-Sinar - Nak buat apa?

Ada ramai yang pm tanya saya. Sesuai ke kalau kita gunakan duit i-Sinar untuk invest dalam ASBF?

Bagi saya, kalau pendapatan tidak terjejas memang sesuai. Jika pendapatan terjejas, lebih baik gunakan duit tersebut untuk menampung keperluan hidup.

Kita semua tahu objektif simpanan KWSP adalah untuk simpanan persaraan. Jika kita gunakan duit i-Sinar untuk pelaburan ASBF dan niatkan untuk simpanan persaraan, kita masih menuju ke destinasi yang sama. Cuma kita memilih laluan yang berbeza.

Ada yang minta saya buat unjuran kira-kira perbandingan jika dibiarkan di dalam KWSP dengan dilaburkan ke ASBF. Jadi saya share dalam group supaya lebih ramai yang dapat baca.

*[Kira-kira di bawah adalah berdasarkan dividen KWSP 6%, Dividen ASB 5% dan kadar keuntungan bank 3.5%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]*

Kiraan adalah untuk individu berumur 35 tahun dan bersara pada umur 55 tahun. Tempoh simpanan selama 20 tahun.

⚠️ *Option 1: Kekalkan dalam KWSP*

Jika kita kekalkan RM10,000 di dalam akaun KWSP, andai dividen KWSP setiap tahun sebanyak 6%, jumlah dividen yang diperoleh selama 20 tahun adalah sebanyak RM22,071. Jadi jumlah simpanan termasuk modal adalah sebanyak RM32,071. ✓

⚠️ *Option 2: Kembangkan guna ASBF*

Tempoh maksimum bagi individu berumur 35 tahun adalah 35 tahun sahaja. Tak boleh tarik sampai 40 tahun.

📌ASBF 200K
▪️Tempoh 35 tahun
▪️Rate 3.5%
▪️Bulanan RM827
▪️Tahunan RM9,924

Guna teknik rolling dividen. Modal tahun pertama menggunakan duit i-Sinar. Tahun seterusnya bayar guna dividen.

*Tahun 1*
Dividen: 5% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,924 bayar untuk tahun ke 2. Baki RM76 simpan.

*Tahun 2*
Dividen: 5% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,924 bayar untuk tahun ke 3. Baki RM76 simpan.

Ulang sehingga 20 tahun...

Selepas 20 tahun, ASBF belum habis bayar lagi. Anggaran baki hutang lebih kurang RM116,000 (Guna loan calculator).

*Hasil simpanan:*

1. Baki dividen (76 x 19) = RM1,444
2. Dividen tahun ke 20 = RM10,000
3. Prinsipal (200K - 116K) = RM84,000

Jumlah = RM95,444✓

Ok sangat la tu. Modal RM10K berkembang jadi RM95K. Kalau biarkan dalam KWSP hanya dapat RM32K saja.

*Penutup:*

1. Jika pendapatan tak terjejas dan ada peluang untuk melabur, boleh cuba kembangkan duit melalui ASBF.

2. Jangan berlengah kerana usia setiap tahun makin meningkat. Bila usia meningkat bayaran bulanan semakin tinggi. Bermakna modal permulaan juga akan semakin besar dan menyebabkan peratus keuntungan semakin mengecil.

📌 Bagi sesiapa yang berminat saya akan bantu untuk proses permohonan. Free of charge. Komitmen setinggi gunung Everest pun boleh lulus sebab nak buat payment setahun terus guna duit i-Sinar. Klik je link di bawah:

wasap.my/60165851459/asbfiSinar

*KESILAPAN BILA BUAT ASB LOAN*Ramai yang buat silap bila apply ASB Loan. Salah satu kesilapan terbesar adalah apabila me...
04/03/2021

*KESILAPAN BILA BUAT ASB LOAN*

Ramai yang buat silap bila apply ASB Loan. Salah satu kesilapan terbesar adalah apabila melibatkan tenure atau pun tempoh agreement loan. Orang yang tidak cerdik biasanya akan buat tempoh agreement yang pendek. Katanya kalau tempoh panjang nanti bank untung banyak. Dia lebih s**a kalau bank tak untung. Awal-awal lagi dah niat tak baik...😆

Dia rasa dia pandai bila dia berjaya kurangkan keuntungan bank. Jom tengok kesannya...

Contoh: Sanusi berumur 30 tahun. Dia plan nak kumpul duit dalam tempoh 10 tahun untuk buat modal bisnes. Bulanan dia mampu simpan RM800. Jadi Sanusi yang tidak cerdik ini buat;

📌 ASBF 80K, Tempoh 10 tahun
▪️Rate 3.5%
▪️Bulanan RM792
▪️Tahunan RM9,504

Kesan short term. Pada tahun pertama pun beliau akan terasa effect daripada kebangangan beliau. Katakan dividen sebanyak 5%,

5% x 80,000 = RM4,000

Setahun Sanusi bayar RM9,504, tapi dapat dividen RM4,000 je. Confirm lah dia akan rasa macam rugi.

Andai dividen 10% sekalipun, cuma dapat RM8,000. Masih lagi kurang daripada bayaran setahun. Nampak tak betapa bangangnya bila kita buat tempoh pendek macam ni? Disebabkan niat taknak bagi bank untung banyak, diri sendiri p**ak yang terciduk. 🤣🤣🤣

Tapi sabar dulu. Sebenarnya beliau tak rugi pun. Cuma cashflow beliau jadi negatif. Andai Sanusi teruskan sampai habis 10 tahun;

Jumlah bayaran:
792 x 12 x 10 = RM95,040

Dividen: RM50,311
Prinsipal: RM80,000 (Habis bayar)
Jumlah Simpanan: RM130,311 ✓

Sebenarnya Sanusi tetap untung sebanyak RM35,271. Cuma untung dia tak banyak lah. So nampak tak betapa bangang pun kita, still boleh untung dalam ASB Loan ni. 😆

⭐ *TEKNIK BIJAK*

Shidi p**a menggunakan teknik yang bijak. Dengan bajet bulanan yang lebih kurang sama dengan Sanusi, Shidi buat;

📌ASBF 200K, Tempoh 40 tahun
▪️Rate 3.5%
▪️Bulanan RM780
▪️Tahunan RM9,360
⚠️Gameplan 10 tahun sahaja

Shidi faham, tempoh yang panjang tu sebenarnya tak terikat pun. Boleh je terminate bila-bila masa. Jadi untuk untung banyak dan mengelakkan risiko terciduk, Shidi tarik tempoh sepanjang yang mungkin. Lepas 10 tahun dia akan berhenti. Shidi tak kisah berapa banyak bank untung, yang penting dia dapat hasil simpanan yang lebih banyak.

Jika dividen 5%, setahun;

5% x 200,000 = RM10,000

Dah dapat lebih banyak berbanding bayaran tahunan, iaitu cuma RM9,360.

Selepas 10 tahun, baki hutang anggaran lebih kurang RM173,000. Beliau terminate selepas 10 tahun. Hasil selepas 10 tahun;

Jumlah bayaran:
780 x 12 x 10 = RM93,600

Dividen: RM125,778
Prinsipal (200K-173K): RM27,000
Jumlah Simpanan = RM152,778 ✓

Keuntungan:
RM152,778 - RM93,600 = RM59,178

Walaupun modal simpanan Shidi kurang berbanding Sanusi, tetapi hasil simpanan Shidi lebih banyak disebabkan Shidi menggunakan teknik yang lebih bijak.

*PENUTUP:*

1. Tuntut ilmu dahulu sebelum membuat sesuatu pelaburan. Pelaburan tanpa ilmu ibarat gali kubur sendiri.

2. Tanya orang yang betul dalam bidang tersebut. Contohnya, janganlah tanya doktor pasal ASB Loan. Doktor memang bijak, tapi pelaburan bukan bidang dia.

3. Pastikan tarik tempoh semaksimum yang boleh dalam ASB Loan. Guna formula 70 - umur sekarang. Maksimum tempoh 40 tahun sahaja.

4. Jangan jadi bangang macam Sanusi!!!

[Pengiraan adalah berdasarkan dividen 5% dan kadar keuntungan bank 3.5%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]

📌 Bagi sesiapa yang nak mulakan simpanan, boleh terus wasap ke;

wasap.my/60165851459/Simpanan2021

  Masih berbaloi ke buat ASB Loan dengan dividen 4.25%??Sangat berbaloi, tapi saya tak nak fokus hanya pada profit sahaj...
21/02/2021



Masih berbaloi ke buat ASB Loan dengan dividen 4.25%??

Sangat berbaloi, tapi saya tak nak fokus hanya pada profit sahaja tapi sy nak fokus pada 2 kelebihan lain yang ramai orang terlepas pandang iaitu

✅ Konsep force-saving
✅ Perlindungan takaful

OK let's we go one by one from here.

Ramai yang cakap, "kalau sikit macam ni lah dividen, lebih baik simpan asb biasa (cash investment)" tapi, apa yang dimaksudkan dengan lebih baik?

Adakah maksud dia p**angan asb biasa lebih baik dari asb loan dengam kadar dividen 4.25%?? Jom kita kira sama-sama

ASB RM100k bayaran bulanan RM385 dan terminate selepas 3 tahun.
- Dividen terkumpul (4.25%) = RM13,300
- Surender Value = RM3,600
- TOTAL RM16,900

VS

Menyimpan secara consistant RM388 sebulan selama 3 tahun dengan kadar dividen 4.25%
- Principal = RM13,968
- Dividen (4.25%) = RM936
- TOTAL RM14,904

Jadi dekat mana yang ASB biasa lebih baik dari asb loan??Tapi saya tak ajar untuk terminate asb awal, cuma sy nak kecilkan skop pengiraan kepada 3 tahun, sudah tentu lagi lama dari 3 tahun, lebih untung.

OK kita back to point force-saving tu. Masih ada yang cakap asb pelaburan tunai lebih baik tapi saya dah buktikan yang ASB loan masih bagi p**angan lebih baik dari asb pelaburan tunai dengan budget bulanan yang sama.

Tapi point saya dekt sini, walau anda keras-keras tak nak buat asb loan dan pilih simpan secara tunai, anda pasti ke anda dapat menyimpan dengan berdisiplin secara consistant setiap bulan??? Haaaa ni lah masalah nya, cakap senang tapi buat nya tak!!! At last, korang tak buat saving dan takde saving pon.

That's why, anggap je asb loan ni mcm 1 platform yang paksa korang buat simpanan, dalam masa yang sama dapat latih diri korang untuk berdisiplin utk buat bayaran in order nak create tabung simpanan korang.

OK saya nak masuk 2nd point iaitu perlindungan takaful. Baru-baru ni, ada sorang hamba Allah ni datang jumpa saya dekat bank beritahu yang husband dia baru meninggal dunia.

Bila saya semak, arwah husband dia ada asb loan rm40k dan alhamdulillah ada perlindungan takaful untuk 1st 5 years.

Ok apa maksud perlindungan takaful untik 1st 5 years, contoh arwah suami nya apply asb dengan loan tenure 20 tahun tapi dia ambil perlindungan takaful untuk cover 5 tahun pertama sahaja.

Cuma kena ingat, jika ambil perlindungan takaful cover kurang dari loan tenure kita, jika kematian tu berlaku lepas 5 tahun (kalau pilih 5 tahun) means dekat situ dah takda perlindungan takaful lagi dan kena ingat, semakin hampir ke 5 tahun (semakin hampir ke tempoh tamat perlindungan) peratusan coverage tu semakin rendah.

Ok we back to the story hamba Allah tadi, jadi bila saya hantar request untuk ASB loan disposal arwah husband dia, saya semak takaful tu cover dalam rm31k.

Masa berlaku kematian, baki pinjaman asb loan arwah husband ada dalam rm39k which means akak ni hanya perlu bayar kepada bank rm8k in order untuk bank released sijil asb RM40k atau dia tak perlu bayar apa-apa dan bank masih akan bayar rm31k selepas dispose sijil asb RM40k tu.

Korang rasa, kalau korang buat saving biasa, yang hanya baru menyimpan setahun dua, jila meninggal, waris dapat tak RM30k RM40k macam cerita akak tadi tu? Jadi apa yang saya nak rumusan di sini, ASB loan bukan hanya bagi kelebihan dekat profit semata tapi bagi kelebihan dekat perlindungan juga.

Berminat nak buat ASB Loan/Financing?? Jom klik link di bawah
👉🏻 www.wasap.my/+60165851459

Address

No. G1-G3 Bangunan Uni. Asia, No. 1, Jalan Sagunting PO Box, 88816 Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
11455

Telephone

+60165851459

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Financial Adviser posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share