11/01/2018
Angka Itu Sama Keputusan Sahaja Berbeza!
"Semua ini disebabkan formula" yang korang guna
Macam resepi memasak la, ayam boleh buat pelbagai menu
ASB Fantastik 2018
Pertama sekali, tahniahlah pada semua pelabur setia ASB ni
Tak kiralah cara apa
Simpanan berkala tetap ke
Simpanan secara lump sum ke
Pembiayaan Asb ke
Korang adalah Wira ASB hihihi yela! Kalau korang tak buat takla pnb buat profit
Yang pasti, dividen dan bonus 2017 ada 3 perbezaan berbanding tahun terdahulu
1. Bonus khas 1% untuk 10k pertama
2. Limit akaun remaja max 200k berbanding 50k sahaja tahun sebelumnya
3. Yang paling best kiraan Bonus purata 12 bulan sahaja berbanding 120 bulan bagi tahun terdahulu
Abam tak mahu sentuh teknik teknik yang bercambah kat luar sana seiring dengan perkembangan perhubugan sel-sel otak generasi terkini.
Apa korang susah sangat, janji korang ikut genuine investor pasti korang selamat.
Bagi abam bukan berapa hebat teknik korang buat, tapi apa yang korang buat dengan duit tu
Hari-hari kira pon pembiayaan tetap max 200k je
Lain la macam abam, orang lahir zaman 80an punya rezeki sempat pecah limit
Keburukan dia, kalau dah tutup apply balik dapat 200k je huhuhu
Pendek kata abam tak sesuai dah game plan hipster korang tu
Abam buat dana pencen atau pendidikan jela
Oklah kan 500k umur 55 tahun
Sape nak bagi an an an?
Korang jangan risau umur 54 tahun nanti abam deactive FB abam
Biar korang berhuhu tak dapat “pow” kohkohkoh
Ok cerita abam acah-acah jutawan tu bukan point sebenar
Abam nak buat ulangkaji sikit je bersama korang
Penat-penat buat excel sekali kiraan bonus berubah kikiki
Ok! Kita sambung cerita ASB ni
Maklumla dividen dah boleh keluar kan
Pertama
Rajah 1 simpanan berkala
Simptom ni biase kena kat orang yang saving secara berkala ni
Asal dapat dividen je garu kepala
Apa tak dividen+bonus 7.25% sekali terima ciput je
Kedua
Rajah 2 simpanan lump sum
Malangnya korang tak boleh masukkan duit pada 1 jan setiap tahun
Sape suruh korang apply cuti umum tahun baru
Padanlah muka korang ngan muka-muka abam sekali
So untuk dapat dividen+bonus seperti yang pnb umum
Paling busuk korang saving pada disember
Pendek cerita
Cara pertama dan kedua tu sama je
Dividen bonus dari baki minimum jugak
Takyah pening-peninglah
Logik akal jela, duit selepuk dengan duit ansuran
Ketiga (rajah 3)
Jeng jeng jeng! Ini kelebihan pada yang berani
Bukan berani kerana benar
Tapi berani kerana meminjam kohkohkoh
Asas dalam pembiayaan ada 2 perkara
Pertama interest (kadar keuntungan)
Kedua principal (pokok)
Dan untuk pembiayaan ASB ni sama seperti pembiayaan rumah, kaedah baki berkurang (reducing balance)
Rajah 3 ni gambar amortization selama 12 bulan yang dah abam screenshot
Standart dunia bank lagi kaya dari korang
Kalau miskin bukan bank tapi kayap hahaha
Logik akal la bhaiii…
Bank ambil fix deposit 4%
Bank cas 4.5% untuk home financing
Bank untung atas angin 0.5% hahaha
So cepat-cepatla bukak bank sendiri kikiki
Maleh den nak layan lahai…
Ok! Dalam bayaran semula kepada bank
Duit akan dipecahkan kepada 2
Pertama tadi pecahan interest, yang ni bank punya
Kedua pokok, yang ni korang punya lah
Tu sebab loan balance makin kurang
Amaun loan – pokok tadi = baki loan
Keempat
Rajah 4 ni trending yang tular sepelusuk Malaysia
Dividen bonus 7.25% bukan mencecah 39.5%
Betul la tu…
Cuma abam nak cakap sikit je
Melabur ade 3 asas
1. Modal
2. Pulangan
3. Masa
Tu sebab tajuk “angka itu sama keputusan je berbeza”
Kalau korang perati Visual A memang betul pon 7.25%
Kalau korang perati Visual B memang betul pon 39.5%
Kalau tak betul kenapa pulak jawapan dia macam tu?
Kan abam kata tadi
Visual A
Modal 200,000
Pulanagn 14,500
Masa 12 bulan
7.25% la kan?
Visual B
Modal 12,588
Pulangan 4,971
Masa 12 bulan
39.5% kan?
tak faham lagi tengok kronologi kat rajah 4
Kalau korang kire dari 200k memang la tak dapat jawapan dia
Lari dari 3 asas pelaburan tadi
1. Modal
2. Pulangan
3. Masa
Rumusan dia bukan bank je buat profit
Korang pelabur pon buat profit
Win-win la!
Bank Cuma proksikan korang je
Bank mana boleh direct buat ASB kikiki
Gelak abam korang sembang 200k baru 7.25%
12,588 pon menjalar nak simpan sembang 200k
Tula korang banyak sangat berangan
Korang rase macam mana?
Abam rase rugi pulak
Korang tengok kat komen pertama
***komen bersifat sementara
Kalau korang malu nak komen
Pape roger la abam
Boleh la bertukar buah fikiran
Jangan messenger pulak… kompom masuk filter
Nak roger abam?
klik je pautan ni
👇👇👇
http://mesejstopwishingstartdoing.my
👇👇👇
http://mesejsmallstepbigimpact.my
Omak den posan!
“Stop wishing start doing”