09/05/2022
PENYAKIT KRITIKAL : Yang kita sangka, yang kita tidak sangka.
Mungkin kita biasa dengan medical Card atau Hibah, tapi mungkin kita jarang mendengar mengenai takaful penyakit kritikal.
Ya, memang ada dan khusus untuk penyakit kritikal.
kalau ada agent yang menawarkan takaful jenis ini sama ada perlindungan asas atau perlindungan tambahan, pertimbangkanlah untuk ambil.
Takaful jenis ini berbeza dengan Medical Card. Medical card diguna untuk bayar bil rawatan di hospital, tapi medical card tidak boleh diguna untuk membeli ubat, bayar perbelanjaan pengangkutan ulang alik ke hosp, supplement, dan sebagainya.
Berbeza dengan Takaful penyakit kritikal, sekirany kita menghidapi penyakit kritikal, kita akan menerima sejumlah wang pampasan untuk kita gunakan sepnjang proses mendapatkan rawatan.
Apbila seseorang menghidapi penyakit kritikal seperti kanser, sakit jantung, strok atau sebagainya, perkara lazim yang selalu kita fikir ialah, orang tersebut hanya perlu mendapatkan rawatan pakar di hospital.
Namun sebenarnya sepanjang proses mendapatkan rawatan dan pemulihan untuk kembali sihat, kita tidak sedar kewujudan kos-kos ini;
1. cuti tanpa gaji yang terpaksa diambil. Bukan setakat pesakit, mungkin suami atau isteri atau ibu bapa dan anak juga terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menguruskan urusan rawatan.
2. Kos perjalanan ulang-alik ke hospital
3. Kos mendapatkan 2nd opinion daripada Dr pakar swasta
4. Membeli supplement dan ubat-ubatan tambahan
5. membeli alatan sokongan seperti kerusi roda
Dalam masa yang sama, kehidupan seharian juga perlu diteruskan seperti belanja anak ke sekolah, belanja dapur, ansuran kereta/rumah, dan sebagainya.
Kalau sekiranya perkara ini berlaku kepada diri kita, atau ahli keluarga terdekat yang kita sayang, apa pilihan yang kita ada untuk bersedia menghadapi situasi di atas.?
1. Guna wang simpanan
2. Gadai barang kemas
3. Buat pinjaman bank/kawan
4. Jual rumah/kereta
Atau
Guna takaful?
Takaful ini ikhtiar, kita bukan membeli takaful untuk merasai Sakit. Kalau boleh tiada siapa mahu sakit kan. Kita perlu ada Takaful sebagai perlindungan Diri, Pendapatan, dan Keberlansungan hidup orang-orang yang kita sayang.
Untuk info lanjut boleh hubungi โ๏ธโ๏ธ
๐ฒ 017-2280599
Stallone Anthonio Anthony
AIA Life Planner
KK Legacy