04/01/2024
Sejak kebelakangan ni, ramai orang cerita tentang scammer yang bertopengkan emas.
Tetapi mereka tak cerita langsung apa modus operandi syarikat emas yang akhirnya masuk alert list.
Even modus operandi ini pun selalu di highlight oleh BNM sekiranya kita email atau call direct pada mereka.
Jadi harini fiza nak cerita program syarikat emas yang akhirnya tersontot. Dan semua syarikat ini sama saja modus operandi mereka
Wajib baca sampai habis๐
1. Virgin Gold (VGMC)
Konsep pelaburan : menawarkan dividen 10% setiap bulan dalam bentuk emas
Alert list : 13 Julai 2012. Juga masuk alert list Singapore
2. Geneva Gold
Konsep pelaburan : menawarkan hibah 1.5% setiap bulan
Alert list : tahun 2012 diserbu oleh pihak berkuasa Malaysia dan Singapore atas kesalahan pengambilan wang deposit haram
3. Amethyst
Konsep Pelaburan : ada yuran ahli, bonus dan menjalankan program MLM
Alert list : 12 November 2013
4. Pegasus Bullion
Konsep Pelaburan : menawarkan dividen 5%-10% sebulan serta ada 2 bonus tambahan ikut pakej
Alert list : 4 April 2014
5. DEPB(Tok Belagak)
Konsep Pelaburan : Emas Delay antara 1-12 bulan serta hibah bulanan. Dapat extra Bonus jika tarik pelanggan
Alert list : 19 Februari 2014
6. Suisse Gold
Konsep Pelaburan : p**angan 20%-25% sebulan
Alert list : 10 April 2015
7. Zenith Gold
Konsep Pelaburan : keuntungan emas delay dengan p**angan 0.5%-2% sehari
Alert list : 25 Februari 2016
8. Deet
Konsep Pelaburan : p**angan 3% sehari
Alert list : 29 September 2022
Jika dilihat semula, satu persamaan mereka adalah menawarkan keuntungan tetap walaupun ketika harga emas turun
Di mana, QM tidak menawarkan apa-apa keuntungan tetap atau dividen dan tidak ada program MLM serta tiada yuran ahli
Beza scammer dan syarikat emas genuine. InSyaaAllah next posting Fiza akan cerita produk syarikat emas genuine yg ada di Malaysia ๐
Kredit:Sharifah