Cheri G.A

Cheri G.A Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cheri G.A, Financial Consultant, Suite 3A-01, Level 3A, Block B, Riverson, Kota Kinabalu.

"Insurance is not just about protection; it's about peace of mind. It's the security blanket that shields you from life'...
06/02/2024

"Insurance is not just about protection; it's about peace of mind. It's the security blanket that shields you from life's uncertainties and gives you the confidence to face tomorrow with courage."

Pic source : One Stop Life Insurance

31/12/2023

𝗦𝘂𝘀𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮...

Puan A: "Encik, saya mau keluarkan duit suami saya. Suami saya meninggal dunia 2 bulan lepas. Simpanan saya sudah habis."

Pegawai bank: "Boleh puan, ada bawa sekali surat kuasa?"

Puan A: "Ada encik." perlahan-lahan keluarkan sijil kematian suaminya.

Pegawai bank: "Ini surat kematian puan. Saya perlukan surat kuasa untuk bantu puan keluarkan semua duit arwah suami puan. Tak boleh keluarkan duit tanpa surat kuasa".

*********************************************
REALITI YANG RAMAI BUAT-BUAT TAK TAHU...
*********************************************

• Harta yang suami tinggalkan tidak akan secara automatik menjadi milik isteri. Waris-waris faraid suami juga layak terhadap harta tersebut.

• Harta yang si mati tinggalkan tidak boleh terus diagihkan mengikut hukum faraid, harta tersebut boleh digunakan untuk pengurusan jenazah, pelunasan hutang, pelaksanaan wasiat. Jika ada baki baru harta akan dibahagikan mengikut hukum faraid.

• Apabila seseorang meninggal dunia seluruh harta dalam institusi seperti bank akan beku.

• Jika isteri mengetahui nombor pin suami dan mengeluarkan wang daripada akaun selepas kematian suami, isteri boleh didakwa atas kesalahan mengambil hak orang lain.

• Waris perlu mendapatkan surat kuasa terlebih dahulu untuk mencairkan aset atas nama si mati.

• Sijil kematian bukan surat kuasa yang boleh digunakan untuk mencairkan aset si mati.

• Jabatan Agama Islam tidak bertanggungjawab untuk mengeluarkan surat perolehan kuasa.

• Proses untuk dapatkan surat kuasa bukan ambil masa sehari dua sahaja. Minimum 6 bulan bergantung pada kes.

• Nak kumpul waris-waris untuk perbicaraan tidak semudah ABC. Kadang waris A boleh hadir, waris B p**a ada masalah, waris C duduk jauh di luar negeri/negara. Nasib anak isteri entah bagaimana.

• Sesi perbicaraan dijalankan, ada yang menentang tidak bersetuju. Tunda perbicaraan lagi.

• Selesai perbicaraan, baru selesai satu daripada tiga proses tuntutan pusaka. Ada berbaki dua proses lagi.

Ini belum masuk kos yang perlu ditanggung oleh waris-waris. Kalau isteri sebelum ini suri rumah dan tak tahu nak urus pusaka, belum tentu tahu nak pergi mana untuk cairkan pusaka. Kadang bila suami meninggal, isteri terpaksa cari kerja tinggalkan anak dekat rumah. Mulalah anak berkenal-kenal dengan dunia baru sebab mak ayah tak ambil peduli.

Saya petik salah satu kata-kata daripada Encik Azizan Sabirin

“HARTA INI ADALAH AMANAH KITA. MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK URUS HARTA INI DENGAN BAIK DAN TEPAT. SEBAB ALLAH BERI HARTA SEBAGAI AMANAH KEPADA KITA BUKAN KEPADA WARIS-WARIS KITA.”

Cepat atau lambat, MATI itu PASTI. Bila kita tiada, harta yang kita kumpul, kita takkan bawa ke kubur. Yang utama adalah doa anak yang soleh, ilmu yang memberi manfaat dan amal jariah yang kita tinggalkan.

Kenapa kita tidak merancang harta kita sekarang agar harta tersebut dapat menjamin masa depan anak-anak kita kelak? Kenapa kita tidak merancang harta kita sekarang agar kekal berjalan walaupun selepas kita tiada?

Apa yang kita lakukan hari ini, kita tidak akan melihat kesannya hari ini. Mungkin kesannya selepas kita tiada nanti.

Rancanglah yang terbaik, semoga yang kita tinggalkan untuk anak dan isteri bukan hanya derita tetapi juga bahagia untuk mereka meneruskan kehidupan.

Yang paling penting sekarang adalah TINDAKAN.

Bukankah ilmu tanpa amal itu umpama pohon tidak berbuah?

Rancang kerana anda sayang keluarga anda.

Cheri GA ,
Perunding takaful anda 🧕

KWSP suami bukan Harta Sepencarian buat isteriSelepas kematian suami, semua harta yang dimiliki atas nama suami tersebut...
24/12/2023

KWSP suami bukan Harta Sepencarian buat isteri

Selepas kematian suami, semua harta yang dimiliki atas nama suami tersebut adalah dikira sebagai Harta Pusaka. Jadi, bahagian faraid bagi seorang isteri adalah 1/8 sahaja sekiranya suami mempunyai anak.

Bahagian tersebut sangat kecil bagi seorang ibu yang akan membesarkan anak-anak kecil yang ditinggalkan simati atau arwah suami.

Jika arwah suami tinggalkan banyak jutaan Ringgit Malaysia, mungkin tak lah terasa sangat dengan nilai 1/8 tersebut.

Kalau duit simpanan pun tak banyak, yang ada hanyalah KWSP arwah suami sahaja, maka itu sahajalah duit ‘survival’ selepas kematian yang isteri tersebut akan terima dengan bahagian kecil 1/8.

Maka, pernah ada seorang wanita bertanya,

“Tuan Fahmi, kalau lah suami saya mati, bahagian Faraid saya kecil, boleh ke kalau saya tuntut KWSP tu sebagai Harta Sepencarian untuk dapat lebih?”

Boleh ke?

✅ Adakah KWSP dikategorikan sebagai Harta Sepencarian?

Ada yang ingat KWSP itu harta sepencarian dengan menganggap hasil pendapatan suami terdapat sumbangan tidak langsung isteri yang menjaga hal ehwal anak dan rumahtangga.

Namun, ini salah. Ia kerana KWSP telah diputuskan oleh keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada September 2000 :

👉🏻 Wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut Hukum Faraid kerana wang itu dicarum si mati semasa hayatnya kepada KWSP, maka wang itu adalah milik si mati.

✅ Kalau tak tuntut Harta Sepencarian, boleh ke isteri sebagai Penama menerima semua?

Penama bukanlah penerima Hibah atau pemilik penuh selepas kematian seseorang. Penama yang dinamakan di dalam KWSP pencarum itu hanyalah sebagai Pentadbir Harta atau pemegang amanah simati sahaja.

Ini bertujuan untuk memudahkan urusan waris menerima wang KWSP simati dengan mudah dan cepat sahaja. Sebabnya, untuk mendapatkan perintah Pusaka itu bukanlah satu urusan yang boleh selesai dalam tempoh satu hari, satu minggu atau satu bulan.

✅ Apa tugas Penama KWSP?

Menurut keputusan Muzakarah tersebut, Penama KWSP hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut Faraid.

Ini bermakna, bagi sesiapa yang telah dinamakan sebagai Penama KWSP, ia perlu memegang amanah untuk bahagikan duit peninggalan simati tersebut mengikut bahagian faraid. Bukan miliknya seorang sahaja.

✅ Bolehkah dibuat Hibah duit KWSP?

Pada pandangan saya, KWSP ini tidak boleh dibuat Hibah kerana ia belum dikira milikan penuh sehingga mencapai tempoh matang untuk seseorang pekerja itu menerima.

Namun, sekiranya ia berada dalam milikan penuh, contohnya dikeluarkan duit sewaktu PKP tahun lepas, maka ketika itu jika nak dihibahkan kepada sesiapa pun itu hak anda. Namun, untuk membuat Hibah Bersyarat sekiranya kematian pencarum akan diterima oleh penerima hibah adalah tidak boleh.

Ini sama sekali akan bertentangan dengan keputusan Muzakarah tersebut. Bahkan, ada kes diputuskan Re Ismail Bin Rentah (simati) [1939] FMSLR, Hakim memutuskan :

“ Penama di dalam kes tersebut tidak boleh dianggap sebagai penerima Hibah oleh sebab tidak ada pindah milik kepada orang yang menerima. Sebaiknya ia dianggap Hibah semasa Mard al-mawt (sakit yang hampir kematian) yang tertakluk kepada Undang-undang Wasiat. Oleh sebab itu, ikut Undang-undang Islam, jumlah itu terp**ang untuk dibahagikan kepada semua waris”

❤️ Kesimp**an

Sekiranya seorang isteri hendak bahagian lebih daripada tinggalan KWSP suami, ia tak boleh dituntut melalui Harta Sepencarian. Tak sama macam bahagian harta lain seperti rumah misalnya.

Sekiranya isteri menerima sebagai Penama selepas kematian suami, WAJIB bagi isteri tersebut membahagikan bahagian sebagaimana bahagian faraid.

Memang sikitlah bahagian isteri jika ada ramai anak dari simati dan juga ramai isteri. Inilah cabaran yang akan diterima oleh isteri untuk ‘survive’ selepas kematian mengejut suami.

Kalau suami meninggalkan banyak duit KWSP beratus-ratus ribu, ada la juga bahagian ribu-ribunya.

Kalau ada hanya sekitar RM10,000 sahaja sewaktu kematian tersebut, bank simpanan pun sedang ‘stuck’ sebelum ada perintah pusaka, berapa agaknya tempoh untuk isteri tersebut bertahan jika dia pun bergantung penuh pada suaminya semasa hidup?

p/s : Inilah antara sebab kenapa perlu suami perlu tinggalkan Hibah Takaful kepada isteri untuk ‘survive’ membesarkan anak-anak. Jangan ada rasa ‘biarlah mereka urus sendiri’ sedang kita menagih doa mereka sewaktu di alam sana.

Untuk pertanyaan lanjut :
http://www.wasap.my/60165093338

http://www.wasap.my/60165093338

http://www.wasap.my/60165093338


Credit to Fahmi Ramli

Address

Suite 3A-01, Level 3A, Block B, Riverson
Kota Kinabalu
88100

Telephone

+60165093338

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cheri G.A posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share