23/10/2024
Kemas kini maklumat pengagihan pendapatan Amanah Saham Malaysia 3.
ASM 3 telah membayar pengagihan pendapatan sebanyak 4.75 sen seunit, bersamaan dengan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM765.1 juta pada 1 Oktober 2024.
Pemegang unit ASM 3 disaran untuk menyemak pengagihan pendapatan masing-masing di portal myASNB di www.myasnb.com.my atau melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara.