22/02/2023
Isu panas dan masalah yang tidak dapat dielak semasa memandu di jalan raya ialah apabila ada sikap sesetengah individu terutamanya pemilik kereta besar dan tidak dinafikan juga Pemilik kenderaan kecil juga turut melakukan benda yang sama.
Apa dia masalah dorang ni???
Masalah dia ialah memotong di selekoh sedangkan dorang tidak tahu samada ada atau tidak ada kereta dari hadapan.
Tahulah kereta besar ini dia ada satu sistem atau kuasa dimana tekan sikit POOOM!!!! 500KM di hadapanπ€£. All of this is bull****
WHY???
Kalau memotong tidak menyusahkan orang lain tidak apa dipersilakan tapi kalau memotong menyusahkan orang lain serta boleh mengakibatkan orang lain hilang nyawa ini masalah.
Bayangkan anda memotong sedemikian tanpa memikir keselamatan orang lain dihadapan itu adalah orang terdekat anda, contoh isteri atau anak anda sendiri macam mana???
Bayangkan jika anda memotong sedemikian tanpa memikir keselamatan orang lain dihadapan itu ada membawa bayi baru berumur 1 bulan atau 3 hari yang baru keluar hospital???
senang mahu cakap jika mahu mati, mati sendiri jangan libatkan orang lain. Mungkin agak kasar tapi apa yang lagi kasar ialah sikap anda yang sedemikian. Sudahlah s**a memotong di selekoh tidak mahu terima teguran p**a.
Kerana kecuaian anda, sikap mementingkan diri, sikap s**a memotong di selekoh boleh mengakibatkan mereka-mereka ini kehilangan nyawa!!! Paling teruk ialah dalam kereta sendiri ada bayi dan keluarga tercinta tapi tetap memotong di selekoh.
Bagaimana sekiranya berlaku musibah yang tidak diingini. Contoh berlaku hilang kawalan atau berlaku salah perkiraan semasa memotong mengakibatkan perlanggaran kereta berlaku!!!
MALANG ITU TIDAK BERBAU DUHAI SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN.
Memang betul malang tidak berbau tapi kena ingat perkara ini dapat di elak dan di ikhtiar dengan cara mematuhi undang-undang jalan raya, tunggulah jalan lurus, tunggulah jalan betul-betul selamat untuk di potong asalkan tidak mengakibatkan nyawa orang lain atau orang tersayang terancam.
Selekoh yang tidak tajam ok lagi sebab jalan di hadapan masih nampak tapi selekoh tajam yang kereta dari arah bertentangan langsung tidak nampak apatah lagi jalan raya yang cuma terlihat 7-10 meter jarak dia.
Thats the point!!!
Apa yang susah sangat???
Banyak lagi punca kemalangan selain dari sikap individu. Sebagai contoh, jalan yang sempit, jalan yang berlubang, permukaan bumi yang tidak rata, jalan yang licin akibat hujan, mengunakan telefon semasa memandu dan sebagainya.
Tapi hari ini saya ingin menekan sikap individu.
Sedikit info berkenaan isu atau sikap pentingkan diri antara punca kemalangan pada tahun 2022.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cuai-penting-diri-antara-punca-kemalangan-sepanjang-op-selamat-18-360561