26/08/2026
JANGAN TUNGGU GAJI BESAR UNTUK MULA MERANCANG. 💰
Ramai yang baru bekerja fikir:
“Gaji belum besar, nanti dulu saya simpan.”
“Masih muda, banyak masa lagi.”
“Nanti bila income dah lebih, baru fikir tentang kewangan.”
Sebenarnya, awal bekerja adalah masa terbaik untuk membina asas kewangan.
Kenapa?
Sebab apa yang kita lakukan dengan income pertama kita boleh membentuk tabiat kewangan untuk bertahun-tahun akan datang.
🔹 CREATE WEALTH — Mulakan Simpanan
Cari cara untuk tingkatkan income melalui kerjaya, kemahiran, bisnes atau side income.
🔹 ACCUMULATED WEALTH — Kembangkan Simpanan
Jangan habiskan semua gaji. Mulakan simpanan dan bina aset sedikit demi sedikit.
🔹 PROTECT WEALTH — Lindung Simpanan
Apa yang kita kumpul perlu dilindungi. Jangan sampai bertahun-tahun menyimpan, tetapi satu kejadian tidak dijangka menghapuskan semuanya.
🔹 DISTRIBUTED WEALTH — Agihkan Simpanan
Belajar merancang kewangan supaya apa yang kita bina boleh memberi manfaat kepada keluarga dan masa depan.
✨ Tak perlu tunggu kaya untuk mula merancang.
Mulakan dengan apa yang ada hari ini.
Kerana matlamat kewangan bukan sekadar mempunyai duit yang banyak, tetapi mempunyai simpanan, perlindungan dan perancangan yang betul.
Untuk yang baru mula bekerja , jangan tunggu “nanti”.
Masa depan anda sedang dibina daripada keputusan kewangan yang anda buat hari ini. ❤️