24/07/2021
Ramai yg beranggapan dan mengukur bahagia itu dengan kewangan..org yg berduit itu sdh tentu bahagia..tp hakikatnya bahagia yg paling indah ialah bila mana kita diberi ketenangan jiwa dan redha dengan kehidupan..
Ramai p**a yang berfikir bila kita punya semua kita sdh lebih baik tp hakikatnya apa yang kita punya belum tentu akan kekal selamanya..semua yg kita punya hanya pinjaman..sampai masa pasti Allah ambil..jadilah orang yang bersyukur dan nikmati apa yg kita ada sekarang sebelum ianya diambil. Manusia sering alpa selalunya bila sdh tiada baru akan mencari..
Jadilah orang yang membahagiakan orang lain pasti Allah akan bahagiakan kita lebih dr apa yg kita buat.. jadilah orang yang bertanggungjawab pada diri, agama dan keluarga..
Andai anda seorang anak bahagiakanlah kedua ibubapa kalian, andai anda seorang bapa/mama bertanggungjawablah dengan amanah Allah dlm mendidik anak2x, Andai anda seorang suami/isteri berkasih sayanglah kerana Allah..jadilah hamba yang merindukan Allah dan rasulNya..yang rindukan syurga Allah..