09/05/2020
Portfolio pelaburan Wahed Invest diciptakan untuk pelaburan jangka masa panjang. Melalui pendedahan kepada jenis aset yang pelbagai, portfolio anda menjejaki pertumbuhan pasaran saham, emas dan Sukuk.
Sekiranya anda membuat pengeluaran dana pelaburan anda sekarang, anda mungkin akan merealisasikan kerugian yang dialami portfolio anda pada waktu ini. Akan tetapi, jika anda terus melabur secara berterusan, anda berpeluang untuk melihat pulangan portfolio anda kembali ke peringkat yang lebih baik daripada yang sebelum ini.
Jika anda terus melabur, sekecil manapun tiap-tiap minggu atau bulan, anda tidak akan terlepas peluang untuk menikmati ‘hari-hari terbaik pasaran saham’. Hari-hari terbaik yang disebutkan adalah hari-hari di mana indeks atau pasaran saham secara keseluruhannya meraih keuntungan besar dalam masa satu hari.
Jom kita lihat kepentingan dan manfaat untuk kita terus melabur supaya kita dapat menikmati kesemua hari-hari terbaik pasaran saham.
Kita tidak dapat meneka bila hari-hari terbaik ini akan berlaku. Tapi asasnya jika wang kita tidak dilaburkan peluang kita untuk menikmati hari-hari terbaik ini adalah kosong.
Penyelidikan pasaran saham telah menunjukkan bahawa biasanya kemerosotan pasaran tidak bertahan lama.
--------------
Anda kini boleh menetapkan deposit berkala secara mingguan atau bulanan untuk memastikan anda terus melabur dan mengumpul ekuiti di kala harga saham sedang turun. Dengan kaedah pelaburan dollar-cost averaging ini, anda boleh merebut peluang untuk melabur pada harga yang rendah dan lihat nilai portfolio anda meningkat apabila pasaran mula pulih.
Anda juga boleh menyesuaikan portfolio anda agar sepadan dengan toleransi risiko anda pada masa mencabar ini. Pilih portfolio yang lebih konservatif dengan aset yang lebih selamat seperti sukuk dan emas jika anda mendapati profil risiko anda telah berubah disebabkan pertukaran status pekerjaan ataupun anda mendapati bahawa anda tidak dapat menerima kejatuhan jangka masa dekat, terhadap nilai portfolio anda. Dengan cara ini, anda boleh terus melabur dan mengurangkan risiko yang diambil .