AIA Public Takaful - Shaza Elfeera

AIA Public Takaful - Shaza Elfeera Hi I’m Shaza Elfeera Your Life Takaful Planner

08/06/2026
07/05/2026
28/04/2026

Ramai orang panggil semua sakit bahagian atas perut sebagai “gastrik”.

Padahal, tidak semua sakit di kawasan itu datang daripada perut.

Ada sakit yang memang lebih cenderung kepada gastrik.
Ada juga sakit yang sebenarnya boleh datang daripada batu karang dalam hempedu.

Macam mana nak bezakan?

Kalau sakit gastrik, orang lebih kerap mengadu rasa pedih, tidak selesa atau memulas di bahagian atas tengah perut. Selalunya datang sekali dengan rasa kembung, cepat kenyang, loya, sendawa, rasa tidak hadam, atau perut rasa “tak sedap” lepas makan.

Kalau batu karang dalam hempedu p**a, sakitnya lebih cenderung datang di bahagian atas kanan perut atau bahagian tengah atas perut, dan kadang-kadang rasa menekan, mencengkam atau menyerang dengan lebih kuat. Ia juga boleh merebak ke belakang atau bahu kanan.

Satu lagi petunjuk penting:
Sakit batu karang hempedu sering datang selepas makan berat atau makanan berlemak, dan boleh bertahan beberapa jam.
Bukan setakat rasa pedih ringan yang datang dan pergi.

Mudah kata:

Gastrik lebih kerap buat orang rasa
“pedih, kembung, loya, tak hadam.”

Batu karang dalam hempedu p**a lebih kerap buat orang rasa
“sakit mencengkam di atas kanan perut, lepas makan, boleh sampai ke belakang atau bahu.”

Tetapi ini bukan formula untuk diagnosis sendiri.

Kalau sakit perut atas itu kuat, kerap berulang, datang bersama muntah, demam, mata atau kulit jadi kuning, atau sakit tak reda-reda, jangan tunggu.

Kadang-kadang yang orang panggil “gastrik teruk” itu sebenarnya bukan gastrik pun.

Sebab bila bahagian atas perut sakit, perut bukan satu-satunya organ yang boleh bersalah.

02/02/2026

"Doktor, sumpah saya tak pernah buat benda bukan-bukan. Suami saya adalah lelaki pertama dan terakhir saya. Kenapa saya?"

Ini adalah rintihan yang biasa didengar di wad onkologi. Air mata pesakit bukan sahaja jatuh kerana takutkan penyakit, tapi kerana rasa 'terhina' dengan stigma masyarakat.

Ramai ingat Kanser Serviks (Pangkal Rahim) hanya menyerang wanita yang bertukar-tukar pasangan atau hidup bebas. Ini adalah MITOS yang sangat kejam.

Punca utama kanser ini adalah virus HPV (Human Papillomavirus). Virus ini sangat licik. Ia boleh berada dalam badan seseorang (suami atau isteri) selama bertahun-tahun tanpa sebarang simptom.

Fakta pahit yang perlu kita telan:
1. Virus HPV boleh dijangkiti melalui hubungan intim yang sah.
2. Suami mungkin pembawa virus (carrier) tanpa sedar, mungkin dari sejarah lampau jauh sebelum berkahwin, dan menjangkiti isteri.
3. Jangkitan boleh berlaku 10-20 tahun lepas, tapi baru hari ini sel bertukar menjadi kanser.

Jadi, tolong jangan hukum pesakit. Jangan berbisik "Mesti dia liar masa muda dulu". Itu fitnah. Kanser serviks bukan hukuman tuhan untuk pendosa, ia adalah penyakit biologi yang boleh dicegah.

Kepada wanita di luar sana, tak kira status anda, anak dara, isteri setia, atau janda, virus tak kenal siapa anda.

Jangan biarkan stigma "malu" menghalang anda buat Pap Smear atau HPV DNA test. Biar malu sekejap 5 minit depan doktor, jangan menderita bertahun-tahun menanggung kanser tahap 4.

𝙆𝙆 𝙄𝙉𝙁𝙄𝙉𝙄𝙏𝙔 𝘼𝙇-𝙄𝙉𝙏𝙄𝙎𝘼𝙍 𝙆𝙄𝘾𝙆-𝙊𝙁𝙁 2026Date: 18 Jan 2026Time: 8am - 2pmVenue: TR1 AIA & Hyatt Regency HotelInnovate to Elev...
17/01/2026

𝙆𝙆 𝙄𝙉𝙁𝙄𝙉𝙄𝙏𝙔 𝘼𝙇-𝙄𝙉𝙏𝙄𝙎𝘼𝙍 𝙆𝙄𝘾𝙆-𝙊𝙁𝙁 2026

Date: 18 Jan 2026
Time: 8am - 2pm
Venue: TR1 AIA & Hyatt Regency Hotel

Innovate to Elevate
𝓓𝓻𝓮𝓪𝓶 | 𝓕𝓸𝓬𝓾𝓼 | 𝓐𝓬𝓱𝓲𝓮𝓿𝓮



14/01/2026
06/01/2026

KPJ Sabah Specialist Hospital cipta sejarah sebagai hospital swasta pertama di Sabah melaksanakan prosedur Awake Craniotomy.

Pesakit kekal sedar sepanjang pembedahan saraf bagi memastikan fungsi otak kritikal dapat dipelihara dengan selamat.

Satu pencapaian besar dalam rawatan pembedahan saraf di Sabah.

23/12/2025

Untuk anda yang ada orang tersayang tengah lawan sakit kronik macam kanser, ini tips kecil yang kadang-kadang paling besar kesannya.

Be present
Betul-betul hadir. Bukan untuk mengarah. Bukan untuk bagi ceramah. Bukan untuk tanya soalan yang buat dia rasa bersalah macam “kenapa tak jaga makan dulu?”

Hadir supaya dia rasa, dia tak sendirian.

Kurangkan arahan, tambah soalan yang lembut. “Hari ni badan rasa macam mana?” “Nak saya tolong urus apa?” “Nak makan apa sikit?” Jangan banding dengan orang lain. Jangan bagi ayat yang buat dia rasa gagal.

Bantu benda yang praktikal, tanpa banyak bunyi. Urus makanan, hantar ambil, kemas rumah, jaga anak sekejap, urus ubat, temankan tunggu hasil, jawab mesej bagi pihak dia kalau dia penat. Kadang-kadang bantuan paling sayang ialah yang tak perlu dia minta.

Ini lah masa keluarga diuji.

Bila sakit datang, topeng jatuh satu-satu. Kita mula nampak siapa yang betul-betul ambil peduli. Siapa yang senyap-senyap hadir tanpa diminta. Siapa yang tak banyak cakap, tapi sentiasa ada.

Ujian ini bukan hanya tentang penyakit. Ia tentang hubungan. Tentang siapa yang sanggup kekal bila perjalanan jadi panjang, memenatkan, dan penuh ketidakpastian.

Address

Kota Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIA Public Takaful - Shaza Elfeera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share