16/04/2025
*WAITING PERIOD MEDICAL CARD*
Sharing tentang waiting period untuk penggunaan fasiliti MEDICAL CARD.
Seperti yang kita tau, ada beberapa fasa waiting period untuk penggunaan fasiliti medical card:-
1/ Sebaik saja sijil berkuatkuasa - fasiliti medical card dah boleh digunakan untuk kecederaan akibat kemalangan.
2/ Selepas 30 hari - untuk semua penyakit kecuali penyakit SPESIFIK, client kena bayar bil rawatan terlebih dahulu dan buat claim kemudian.
3/ Selepas 90 hari - fasiliti medical card sudah boleh digunakan sepenuhnya kecuali untuk penyakit-penyakit SPESIFIK.
4/ Selepas 120 hari - fasiliti medical card sudah boleh digunakan sepenuhnya termasuk penyakit SPESIFIK
Tapi harus diingat, bila kata 120 hari, itu bermakna penyakit itu mestilah didiagnose WUJUD SELEPAS 120 hari waiting period. Bukan hari ke-121 je dah boleh guna untuk operate batu karang yang dah ada besar penumbuk dalam badan ye.
Selalu terjadi GL yang didecline untuk siasatan lanjut adalah disebabkan pihak insurans/takaful menerima laporan perubatan daripada DOKTOR HOSPITAL tempat client dapat rawatan tu bahawa condition patient tu dah jadi sekian-sekian, saiz batu karang tu dah besar sekian-sekian dan banyak lagi penilaian lain.
Tambahan pulak kalau sijil takaful kurang daripada 1 TAHUN dan bila tengok report doktor, mak oiii rupanya batu karang dah bersarang lama dalam badan.
Nota : Penyakit-penyakit spesifik adalah bermaksud penyakit-penyakit berikut dan keadaan-keadaan berkaitan dan komplikasi-komplikasi yang berlaku di dalam seratus dua puluh (120) hari pertama perlindungan Takaful tidak kira samada Orang yang dilindungi sedar atau tidak :
1. Batu Karang di dalam sistem urinari dan biliari.
2. Darah tinggi atau penyakit-penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung).
3. Diabetes mellitus.
4. Kesemua tumor, sista, polip, atau kanser.
5. Surgeri sinus, septum nasal atau tonsil.
6. Hernia, haemorhoid atau fistula.
7. Endometriosis atau Disfungsi Pendarahan Uterina