26/02/2024
5 Sebab Pentingnya Khairat Kematian dalam Polisi Takaful !
Ramai tak pandang pun kelebihan Khairat ni , yang cuma nak tahu berapa sebulan dan berapa cover . Kelebihan tambahan seperti khairat tak dipandang dalam pertimbangan mencarum sijil hibah takaful.
Di FWD Takaful melalui Sijil FWD FUTURE FIRST penerima akan menerima 10% drp jumlah hibah dalam masa 48-72 jam selepas berlaku kematian dengan hanya perlu kemukakan Sijil Kematian sahaja sedangkan biasanya proses claim hibah ni memerlukan semua dokumen penting sebelum diluluskan.
Sangat Penting Khairat Kematian sebab apa ?
1. kematian mungkin berlaku di Hospital dan perlu selesaikan bil rawatan hospital dalam urusan tuntutan jenazah , waris dalam kesedihan pasti bingung memikirkan kos rawatan tambah lagi jika tiada wang . Mungkin ada ahli keluarga yang bantu selesaikan dulu tapi selepas kebumi pasti waris akan dituntut utk selesaikan kos.
2. Nak urus kos pengebumian, kos transport jika nak kebumi di kampung halaman berapa kosnya ? Waris kita dah sediakah agaknya?
3. Sekiranya kita sebagai tempat bergantung kepada punca pendapatan pastinya tiada lagi pendapatan yang akan terhasil pada bulan berikutnya , jadi wang khairat boleh digunakan serta merta untuk kelangsungan hidup spt makan minum, belanja persekolahan , kos sewa rumah dan lain2 . Pentingkan ada wang dalam apa jua keadaan ?
4. Sejurus kematian , hutang yang ditinggalkan perlu diuruskan oleh waris. Hutang perlu dilunaskan waris . Ada wang kah waris bagi menyelesaikan kesemua hutang yang kita ada? Lebih buruk lagi jika pasangan kita tidak bekerja
5. Dalam Islam , sejurus kematian berlaku perlu disegerakan pentadbiran faraid yang mana dalan proses mencairkan harta proses ini ada yang memerlukan sejumlah wang bagi mendapatkan surat kuasa. Banyak salah faham terjadi bila berlaku kematian maka pembahagian faraid akan dilaksanakan walhal proses yang sebetulnya ialah Pentadbiran Faraid yang melingkupi senarai harta dan senarai hutang si mati . Setelah selesai barulah baki harta akan dilakukan pembahagian faraid. So khairat juga penting bagi membiayai kos pentadbiran faraid yang perlu ditanggung
Sijil anda ada manfaat khairat kematian? Berapa banyak yang akan dapat ? Adakah khairat kematian polisi takaful anda akan dapat segera @ perlu tunggu kelulusan claim terlebih dahulu ?
#10%KhairatKematian