01/05/2026
Platform perbankan digital patuh Syariah, ATLAS by Bank Muamalat (ATLAS), akan memberi tumpuan kepada tiga produk utama tahun ini iaitu kad kredit, produk pelaburan serta ciri berteraskan Islam bagi memperkukuh peranannya sebagai platform βlifestyle bankingβ.
Pengarah Perbankan Digital Bank Muamalat Hazrizal Hassan berkata tumpuan itu selari dengan usaha memperkaya pengalaman pengguna selepas ATLAS merekodkan permintaan memberangsangkan dalam tempoh hampir 10 bulan sejak dilancarkan pada Jun tahun lepas.
Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/wilayah/news.php?id=2551494