04/06/2024
๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐ ๐ฅ๐จ๐ ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ง ๐ข๐ช๐ก๐๐ฅ?
Kalau beli rumah terus dengan penjual, buatlah ikut kaedah yang cermat. Bukanlah kita nak prasangka kepada sesiapa, tetapi kita nak pastikan urusan tu tak berlaku pertikaian kemudian.
1) Masa booking rumah, bayarlah wang tempahan tu kepada peguam dan minta peguam keluarkan surat tempahan untuk korang dan pemilik tandatangan. Pastikan juga ada terma wang tempahan dikembalikan kalau pinjaman tak lulus.
2) Bila bayar duit kepada peguam, ini maknanya peguam akan pegang duit tu, sehinggalah pinjaman korang lulus dan tandatangan S&P. InsyaAllah selamat.
3) Namun kadang-kadang, ada setengah pemilik minta bayaran wang tempahan terus kepada mereka. Ini taklah salah, tapi kalau boleh jauhi.
4) Kalau terpaksa juga, buatlah satu surat yang mana dalam surat tu ada maklumat rumah dan juga harga beli. Surat tu sebut, korang setuju beli dan pemilik setuju jual.
5) Surat tu juga kena perincikan amaun wang tempahan. Dan wang tempahan tu dikembalikan kalau pinjaman tak lulus. Lepastu korang dan pemilik tandatangan surat tu. Dapatkan juga salinan IC pemilik yang berpalang.
6) Sebelum korang bayar wang tempahan kepada pemilik, semak salinan geran / S&P untuk korang cek sama ada pemilik tu adalah pemilik sebenar rumah. Kalau perlu, buatlah carian rasmi dekat pejabat tanah. Lepas dah sahkan, buat bayaran wang tempahan kepada pemilik.
7) Bila korang buat ikut aturan macam ni, jual beli terus dengan pemilik ni akan jadi lancar. Semoga tips ni bermanfaat.
๐๐ซ๐๐๐ข๐ญ ๐ญ๐จ:
๐
๐ : ๐๐ฎ๐๐ข ๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ง