Ar-Rahnu Kobimbing

Ar-Rahnu Kobimbing Pajak Gadai Islam Ar Rahnu Kobimbing yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan melalui cag

30/07/2024

Rumah dijual dengan harga yang menarik. Lokasi strategik, berdekatan dengan kemudahan awam.

Kemudahan Berdekatan:

STESEN MINYAK CALTEX - 450 M
SEK. MEN. KEB. HAMZAH - 500 M
BANK ISLAM - 550 M
PASAR BESAR MACHANG - 650 M
HOSPITAL MACHANG - 750 M
STESEN BAS SKMK MACHANG - 750 M
PASRAYA ECONJAYA - 1.0 KM
MASJID SULTAN YAHYA PETRA - 1.1 KM

Hubungi wakil kami untuk butiran lanjut dan jadual lawatan.
Faiz - 019-939 3809

Dalam menyambut kedatangan Syawal, usah kita lupa pada yang telah tiada. Dikesempatan ini,AR RAHNU KOBIMBING ingin mengu...
09/04/2024

Dalam menyambut kedatangan Syawal, usah kita lupa pada yang telah tiada. Dikesempatan ini,AR RAHNU KOBIMBING ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Minal Aidil Wal Faidzin.

07/03/2023

Tahukah anda, mutu emas dalam sesuatu barangan kemas adalah berbeza mengikut nilai peratusan emas?

Jom kita kenali apakah yang dimaksudkan dengan mutu emas dan peratusan di dalam setiap mutu-mutu emas yang dinyatakan.

JENIS MUTU EMAS :

1. Mutu Emas 999
Mutu emas ini merupakan mutu emas yang mempunyai nilai peratusan emas yang tertinggi iaitu sebanyak 99.99% emas tulen dan hanya 0.1% bendasing. Mutu emas ini bersifat lembut dan tidak sesuai untuk dijadikan perhiasaan.

Mutu emas ini merupakan mutu emas yang mempunyai nilai peratusan emas yang tertinggi iaitu sebanyak 99.99% emas tulen dan hanya 0.1% bendasing. Ia juga dikenali sebagai Emas 10 atau Emas 24 Karat (24K). Jenis mutu ini lebih banyak dijadikan sebagai jongkong emas.

2. Mutu Emas 916
Peratusan emas pada mutu ini adalah sebanyak 91.6% emas tulen + 8.4% bendasing (tembaga, besi, nikel atau perak).

Mutu emas ini paling sesuai dijadikan barang perhiasaan tidak berbatu seperti gelang tangan, rantai leher dan cincin kerana ianya mudah dibentuk. Ia turut dikenali sebagai emas 917 dan Emas 22 karat (22K).


3. Mutu Emas 835
Mempunyai kandungan emas tulen sebanyak 83.5% + 16.5 campuran kandungan lain. Turut dikenali sebagai emas 20K. Sesuai untuk membentuk barangan perhiasan yang berbatu.

4. Mutu Emas 750
Mempunyai kandungan emas tulen sebanyak 75% + 25% campuran kandungan lain. Turut dikenali sebagai emas 18K. Paling terkenal sebagai mutu emas yang mempunyai rekaan-rekaan unik.

5. Mutu Emas 585
Mempunyai kandungan emas tulen sebanyak 58.5% + 41.5% campuran kandungan lain. Turut dikenali sebagai emas 14K. Sesuai untuk membentuk barangan perhiasan yang berbatu.


6. Mutu Emas 375
Mempunyai kandungan emas tulen sebanyak 37.5% dan campuran bendasing paling tertinggi berbanding mutu emas yang lain iaitu 62.47%. Turut dikenali sebagai emas suasa atau emas 9K.

5 CARA UNTUK MENGENALI EMAS ASLI MENGGUNAKAN BARANGAN DI RUMAH:
06/03/2023

5 CARA UNTUK MENGENALI EMAS ASLI MENGGUNAKAN BARANGAN DI RUMAH:

05/03/2023

Jom belajar cara pengiraan Zakat Emas dan Perak!

ZAKAT EMAS DAN PERAK

Maksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan perhiasan lain seperti patung, piala atau sebagainya yang dipamerkan.

Nisab Emas & Perak
Emas = 85gram
Perak = 96gram

Pengiraan :

Emas dan Perak yang disimpan / tidak dipakai
Iaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Sekiranya cukup nisbah 85gram (emas) atau 96gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.

Contoh pengiraan :

Jika emas yang tidak dipakai bernilai RM5,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah :
RM5,000.00 X 2.5% = RM 125.00

Emas yang dipakai :

Emas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.


02/03/2023

Sebut sahaja tentang emas, pasti ramai peminatnya di seluruh dunia. Namun, adakah kesemua peminat emas itu mengetahui tentang fakta-fakta yang menarik berkaitan emas.

Baca kupasan dan fakta ringkas yang perlu diketahui sebagai peminat emas. Kalau dulu, tidak kenal maka tidak cinta, berbeza p**a dengan emas yang cinta dahulu baru kenal. Power sungguh emas ni ye!

Berikut merupakan 15 fakta menarik tentang emas yang perlu anda ketahui.

1- Emas telah ditemui di setiap benua di bumi

2- Emas dan tembaga adalah logam pertama yang ditemui oleh manusia sekitar 5000 sebelum Masihi dan hanya emas dan tembaga logan yang bukan berwarna putih

3- Istilah ‘emas’ adalah daripada pangkal proto-indo-eropah ghel/ghol yang membawa maksud kuning, hijau, ataupun terang.

4- Zaman Mesir Purba, emas dianggap kulit ataupun daging dewa termasuklah dewa matahari mesir, Ra. Oleh itu, emas sama sekali tidak boleh dimiliki sesiapapun melainkan Firaun.

5- Orang-orang Yunani pada ketika dulu menganggap bahawa emas merupakan gabungan padat air dan cahaya matahari

6- Simbol kimia bagi emas ialah Au, yang berasal dari perkataan latin ’aurum’ yang membawa maksud subuh bersinar.

7- Rom telah mengeluarkan duit syiling emas yang dipanggil Aureus dan Solidus bagi syiling yang lebih kecil

8- Emas adalah bersifat lembut dan ianya boleh digunakan sebagai benang jahit. 1 oz emas jika dijadikan sebagai benang jahit, boleh mencecah panjang lebih daripada 50 batu.

9- Gumpalan emas terbesar yang pernah ditemui dinamakan ’welcome stranger’ yang telah ditemui oleh John Deason dan Richard Oates di Australia pada 5 Februari 1869.

10- Ketulenan emas telah diukur dalam berat karat.

11- Sepeerti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.

12- Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.

13- Dalam sejarah manusia, 161,000 tan emas yang telah digali dapat mengisi hanya 2 kolam renang saiz Olimpik.

14- Emas adalah sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300 kg.

15- Aloi emas berwarna merah ros boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi tembaga dan perak.

Masih terlalu banyak fakta menarik mengenai emas yang perlu disingkap dan diketahui oleh peminatnya.

Nak tahu lebih banyak info mengenai emas? Follow, like dan share page kami ye! Akan kami kongsi lebih banyak info menarik berkaitan emas.


02/03/2023

📌 LELONGAN AWAM

Yang mana free boleh datang ke cawangan Ar Rahnu Kobimbing Ketereh pada hari ini

TERBUKA KEPADA SEMUA 🥰

Sebarang pertanyaan boleh call whtasapp :
010-8332079
09-7886888




TIPS PENJAGAAN BARANG KEMAS SUPAYA TIDAK KUSAM ATAUPUN CALAR.Untuk memastikan barangan kemas tidak tercarik pada pakaian...
26/02/2023

TIPS PENJAGAAN BARANG KEMAS SUPAYA TIDAK KUSAM ATAUPUN CALAR.

Untuk memastikan barangan kemas tidak tercarik pada pakaian, tanggalkan barangan kemas terlebih dahulu sebelum menanggalkan pakaian.

Elakkan sentuhan langsung barangan kemas dengan cecair seperti bahan kimia, wangian, barangan kosmetik dan lain-lain untuk mengekalkan kualiti dan kilauannya.

Bersihkan barangan kemas dengan kerap. Gunakan berus lembut untuk mencuci di dalam larutan air sabun kemudian bilas dengan air suam yang bersih. Keringkan barangan kemas menggunakan kain lembut yang tidak berbulu sebelum menyimpannya.

Bagi mengelakkan kesan calar pada barangan kemas, elakkan bersentuhan dengan barangan kemas lain dan tanggalkannya sebelum melakukan aktiviti lasak dan sebelum tidur.

Di samping membeli emas, pelbagai perkhidmatan disediakan untuk barangan emas.

Menukarkan barangan kemas lama kepada yang baharu ataupun kepada tunai.

Perkhidmatan penilaian barangan kemas juga ditawarkan dan di samping membeli-belah, pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan mencuci barangan kemas secara percuma dan pantas.


23/02/2023

6 Manfaat Emas Bagi Wanita yang Jarang Diketahui

Emas merupakan barang bernilai tinggi yang selalu jadi idaman bagi seluruh wanita. Tidak jarang, para wanita ingin menggunakan emas dalam bentuk perhiasan untuk menunjang penampilan mereka di depan umum. Di samping sebagai simbol kecantikan dan kemapanan, emas juga memiliki berbagai manfaat, lho.

Sejak dahulu emas memang selalu identik sebagai barang yang menunjukan kesejahteraan hidup manusia. Di sisi lain, dalam Islam sendiri pemakaian perhiasan emas diperbolehkan bagi wanita. Tidak seperti kamu adam, menggunakan emas bagi wanita muslim dalam rangka berusaha untuk mempercantik diri sangat dianjurkan. Namun, perlu diingat bahwa sangat dilarang apabila menggunakan perhiasaan tersebut secara berlebihan. Nah, berikut ada beberapa manfaat emas bagi wanita yang mengenakannya untuk kehidupan sehari-hari.

1.Terdapat Efek Relaksasi

Dari berbagai sumber menyebutkan kalau emas dapat memberikan efek relaksasi bagi tubuh manusia. Olahan emas murni 24 karat dapat membuat kesehatan mental jauh lebih baik. Hasil olahan emas murni yang lembut juga dapat menjaga kesehatan kulit wajah. Pasalnya, sekarang ini banyak masker wajah yang menggunakan bahan dari hasil olahan emas murni, sehingga otot-otot wajah tidak tegang dan juga menurunkan tingkat stres.

2.Menjaga Suhu Tubuh

Manfaat emas bagi wanita lain adalah menjaga suhu tubuh. Emas dipercaya dapat membantu menjaga suhu tubuh sehingga tetap normal. Menjaga suhu atau temperatur tubuh sangat penting karena akan mempengaruhi sistem imunitas tubuh seseorang. Oleh karenanya, jika suhu tubuh terjaga baik maka risiko terhindar dari serangan penyakit juga akan lebih besar.

3.Memperlancar Sirkulasi Darah

Penelitian lain tentang manfaat emas adalah dapat memperlancar sirkulasi darah di dalam tubuh. Bila peredaran darah ke sel tubuh lancar, maka jaringan tubuh akan mendapatkan asupan oksigen maupun nutrisi yang tercukupi. Hal ini tentunya sangat baik bagi proses pembaharuan sel-sel yang rusak dengan sel-sel yang lebih sehat. Dengan begitu, secara otomatis tubuh akan menjadi lebih sehat dan bugar.

4.Membantu Penyembuhan Penyakit

Masih jarang orang yang tahu kalau emas memiliki manfaat untuk penyembuhan penyakit. Selain menjadi kebutuhan gaya hidup, emas bisa digunakan untuk menyembuhkan penyakit infeksi. Emas dipercaya membantu penyembuhan luka saat diletakkan pada bagian yang mengalami infeksi. Selain itu emas yang sudah menjadi perhiasan juga dapat menghasilkan energi pada tubuh si pemakai.

5.Mengurangi Gejala Radang Sendi

Alam menyediakan emas nyatanya bukan hanya untuk mempercantik diri tetapi juga memberikan kesehatan pada tubuh. Manfaat emas bagi wanita lain yaitu memberikan efek positif dalam mengurangi gejala radang sendi. Penggunaan perhiasan emas akan meningkatkan rasa senang, tenang, dan bahagia. Kondisi ini tentunya akan membantu seseorang lebih termotivasi dalam menjalani hidup. Dengan kata lain rasa bahagia yang didapat kemudian dapat meningkatkan hormon beta endorfin yang membantu mengurangi rasa nyeri. Gejala radang sendi pun turut berkurang dengan mengenakan perhiasan emas.

6.Investasi Masa Depan

Manfaat emas bagi wanita lainnya yakni sebagai alat investasi masa depan. Sejak zaman dulu hingga sekarang, emas memang menjadi pilihan investasi terbaik. Harga emas baik muda maupun tua relatif stabil bahkan cenderung selalu naik. Itulah mengapa emas paling diburu oleh banyak orang, apalagi di masa pandemi Covid-19 ini. Harga emas tahun ini bahkan telah menyentuh level Rp1 juta per gram. Bahkan dibandingkan deposito yang besaran bunga mengikuti acuan pemerintah, emas lebih baik. Di saat resesi ekonomi, emas dianggap memiliki ketahanan terhadap fluktuasi inflasi, sehingga ketika menabung emas, Anda tak perlu cemas harganya anjlok saat dicairkan.


Jangan Beli Emas Jika Belum Baca 10 Perkara Ini :Ramai yang s**a emas kerana keteguhan nilainya, tapi awas, jika tidak c...
22/02/2023

Jangan Beli Emas Jika Belum Baca 10 Perkara Ini :

Ramai yang s**a emas kerana keteguhan nilainya, tapi awas, jika tidak cukup ilmu, pelaburan yang disangka beri p**angan tinggi mungkin tak menjadi atau, anda mungkin boleh terkena emas palsu yang semakin banyak di pasaran hari ini. Wajib baca dan faham 10 perkara di bawah. Kongsikan.

#1 – Melabur ikut-ikut tanpa ilmu

Bukan emas itu yang membuatkan kita kaya, tapi ILMU kita tentang emas tu yang boleh membuatkan kita kaya. Lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung yang akan kita dapat dalam mana-mana pelaburan sekalipun.

#2 – Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama

Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark (penanda aras) tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu sekurang-kurangnya sekeping syiling 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor perkembangan harga. Untuk makluman anda, penganalisis teknikal harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah. Apatah lagi kita orang biasa.

#3 – Membeli barang kemas

Ketahui perbezaan emas perhiasan dan emas simpanan di sini. Barang kemas PERHIASAN kurang sesuai untuk PELABURAN. Barang kemas dikeluarkan tujuannya ialah cantik dan menarik sedangkan emas pelaburan dikeluarkan untuk tujuan menjana keuntungan. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan, (2) kos upahnya boleh dimanip**asi oleh pekedai emas, dan (3) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%.

#4 – Membeli emas pelaburan di kedai emas

Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. FG Jam, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal (plastik kekal) dan tak boleh hilang resit dsb. Kalau buka seal, emas tu dianggap sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%!

#5 – Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat

Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread (susut nilai) sekitar 5% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun.

#6 – Pinjam duit untuk beli emas

Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik dilaburkan. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur. Saya tak syorkan buat pinjaman untuk beli emas melainkan orang yang susah disiplinkan diri menyimpan wang secara konsisten. Mungkin dengan cara buat pinjaman dan beli emas, dapat ‘paksa’ diri menyimpan.

Pelaburan emas terdedah kepada ‘risiko’ turun naik harga yang mungkin boleh mengganggu tidur yang lena bagi sesiapa membeli dengan duit pinjaman.

#7 – Membeli emas ‘paling murah’, tanpa ambil kira faktor lain

Emas paling murah, jual balik pun murah. Emas paling murah tak semestinya terbaik untuk pelaburan. Emas yang dilelong di ar-rahnu belum tentu menguntungkan. Dakwaan ada kedai emas jual emas harga murah pun belum tentu menguntungkan. Kita kena ambil kira juga kadar spreadnya (susut nilainya), kadar upahnya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Kijang Emas BNM (dijual oleh Maybank) bukanlah yang paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

#8 – Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul

Terbukti, lebih ramai orang rugi berbanding buat untung dengan memajak emas di ar-rahnu. Umumnya, teknik memanip**asi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak secara mendadak, (2) Duit pinjaman ar-rahnu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Dan antara tips penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

#9 – Membuka sarung plastik kekal

Kebanyakkan emas pelaburan di bank diletakkan dalam bungkusan plastik kekal. Kalau nak buka, ia terpaksa dipotong dan bungkusan plastik itu akan rosak. Emas yang diletakkan dalam plastik kekal sangat cerewet. Bank yang menjual emas tak terima untuk beli balik kalau seal dibuka (potong atau gunting), calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak sebab ar-rahnu perlu buka plastik itu untuk ujian ketulenan! Dan kalau bank tak terima bila nak jual balik, anda akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas.

#10 – Menjual emas di tempat yang salah

Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas ialah di mana anda membelinya sebab anda akan dapat harga tertinggi. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. Kalau anda jual ke kedai emas, anda akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%, sedangkan kalau jual semua kepada Public Gold, spreadnya cuma sekitar 4.5% – 8% sahaja. Itulah ‘rule’penting bila nak jual balik apa-apa jenis emas sekalipun. Jadi sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.


21/02/2023

EMAS SEBAGAI PELABURAN

Bagi harta milik dan kegunaan fizikal emas, lihat emas.

Simpanan penukaran asing dan emas

London Good Delivery bar, piawai untuk dagang pasaran emas antarabangsa utama.
Dari kesemua logam berharga, emas adalah yang paling pop**ar sebagai pelaburan. Para pelabur biasanya membeli emas sebagai pelindung nilai atau perlindungan selamat terhadap apa-apa krisis ekonomi, politik, sosial, atau wang fiat (termasuk kemerosotan pasar pelaburan, pertambahan hutang negara, kegagalan mata wang, inflasi, perang dan kekacauan sosial). Pasaran emas juga tertakluk pada spekulasi seperti mana kommoditi lain, khususnya melalui kegunaan kontrak hadapan dan terbitan. Sejarah piawai emas, peranan rizab emas dalam perbankan pusat, hubung kait rendah emas dengan harga komoditi lain, dan penentuan harganya berbanding mata wang fiat sewaktu krisis kewangan 2007–2010, mencadangkan bahawa emas mempunyai ciri-ciri menjadi wang.


📌 REMINDER📌Yang mana free boleh datang ke cawangan Ar Rahnu Kobimbing KotaBharu pada hari dan masa yang ditetapkan.. TER...
20/02/2023

📌 REMINDER📌

Yang mana free boleh datang ke cawangan Ar Rahnu Kobimbing KotaBharu pada hari dan masa yang ditetapkan..

TERBUKA KEPADA SEMUA 🥰

Sebarang pertanyaan boleh call/ whtasapp
www.wasap.my/+601159694319/arrahnukotabharu




Address

PT 2298 Jalan Hospital Berek 12
Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:15
Tuesday 08:30 - 16:15
Wednesday 08:30 - 16:15
Thursday 08:30 - 16:00
Sunday 08:30 - 16:15

Telephone

+6097886888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ar-Rahnu Kobimbing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ar-Rahnu Kobimbing:

Share