SRITI Tok Guru Pulau Melaka

SRITI Tok Guru Pulau Melaka SRITI terletak di tapak kompleks Tarbiyyah Tok Guru ,Pulau Melaka Kota Bharu Kelantan. https://onpay.my/policy

No. Akaun: 03018010173604
(1)

Akaun untuk sumbangan:

Bank Islam
Penama: SRITI TOK GURU PULAU MELAKA
No.

SIRAH NABI-NABIAlhamdulillah, pada 27 Ogos 2026 (Khamis) telah diadakan ceramah Sirah Nabi-Nabi bertempat di Dewan Terbu...
28/08/2026

SIRAH NABI-NABI

Alhamdulillah, pada 27 Ogos 2026 (Khamis) telah diadakan ceramah Sirah Nabi-Nabi bertempat di Dewan Terbuka Nikmatillah, SRITI Tok Guru.

Ceramah telah disampaikan oleh P.K.P. SRITI Tok Guru, Ustaz Mohd Firdaus, yang berkongsi kisah dan pengajaran daripada sirah para nabi untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan.

Semoga perkongsian ini dapat menambahkan ilmu, menyemai kecintaan terhadap para nabi serta membentuk akhlak dan peribadi mulia dalam diri murid-murid.

🌿 Meneladani Rasulullah, Menyemai Cinta, Menghidupkan Sunnah.


🇲🇾 PELANCARAN BULAN MERDEKA 🇲🇾Alhamdulillah, pada hari Khamis, 20 Ogos 2026, telah diadakan Pelancaran Bulan Merdeka sem...
27/08/2026

🇲🇾 PELANCARAN BULAN MERDEKA 🇲🇾

Alhamdulillah, pada hari Khamis, 20 Ogos 2026, telah diadakan Pelancaran Bulan Merdeka sempena menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2026.

🏃‍♂️🇲🇾 Antara aktiviti yang dijalankan ialah Fun Run Merdeka, yang berlangsung di sekitar kawasan Pulau Melaka. Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana sambutan Bulan Merdeka, malah memberi peluang kepada murid dan guru untuk bersama-sama menghayati semangat kemerdekaan dalam suasana yang sihat dan menyeronokkan.

Semoga sambutan Bulan Merdeka ini dapat menyemai rasa cinta akan negara, menghargai jasa pejuang kemerdekaan serta memupuk semangat perpaduan dalam diri anak-anak.

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾


MAJLIS PERPISAHAN GURU Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Perpisahan Guru bagi meraikan Ustaz Abdul Rahman yang tel...
26/08/2026

MAJLIS PERPISAHAN GURU

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Perpisahan Guru bagi meraikan Ustaz Abdul Rahman yang telah banyak mencurahkan bakti, ilmu dan jasa sepanjang bersama di SRITI Tok Guru.

Setiap tunjuk ajar, nasihat dan pengorbanan yang dicurahkan pastinya menjadi kenangan yang amat bermakna buat seluruh warga sekolah.

Jasamu dikenang, budimu kami hargai.
Semoga segala ilmu dan kebaikan yang dicurahkan menjadi amal jariah serta dikurniakan keberkatan dan kejayaan dalam setiap langkah yang mendatang.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti, Ustaz Abdul Rahman.

Selamat maju jaya dan semoga terus dipermudahkan segala urusan.


🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H 🌙12 Rabiulawal 1448H / 25 Ogos 2026Selawat dan salam ke atas junjungan besar Na...
25/08/2026

🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H 🌙

12 Rabiulawal 1448H / 25 Ogos 2026

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati kembali sirah, akhlak dan perjuangan Rasulullah S.A.W. serta menanam rasa cinta yang lebih mendalam kepada Baginda.

✨ Semoga kita sentiasa berusaha mengamalkan sunnah Baginda, mencontohi akhlaknya dan memperbanyakkan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


🌙 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H | SRITI TOK GURU 🌙Alhamdulillah, pada 20 Ogos 2026 (Khamis) telah berlangsung Sambutan M...
23/08/2026

🌙 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H | SRITI TOK GURU 🌙

Alhamdulillah, pada 20 Ogos 2026 (Khamis) telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul 1448H bertempat di Dewan Terbuka Nikmatillah.

Majlis dimulakan dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang dipimpin oleh Ustaz Syed Abdul Qadir. Seterusnya, para murid bersama-sama menghayati ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Hasanuddin.

Majlis turut diserikan dengan Kuiz Maulidur Rasul yang dikendalikan oleh Ustazah Suriana dan Ustazah Asyikin, sekali gus menguji pengetahuan dan kefahaman murid tentang sirah serta keperibadian Rasulullah SAW.

Semoga sambutan ini menjadi wadah untuk murid-murid lebih mengenali Rasulullah SAW, meneladani akhlak dan sunnah Baginda serta menyemai rasa cinta yang mendalam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


TAHNIAH & SYABAS! 🥋🏆Alhamdulillah, pada 14 & 15 Ogos 2026 telah berlangsung 4th Malaysia Best Of Taekwondo Fighter 2026 ...
18/08/2026

TAHNIAH & SYABAS! 🥋🏆

Alhamdulillah, pada 14 & 15 Ogos 2026 telah berlangsung 4th Malaysia Best Of Taekwondo Fighter 2026 bertempat di Badminton Court & Futsal ,Massa Planet Panji,Kota Bharu yang melibatkan 7 orang murid SRITI Tok Guru.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas kejayaan yang membanggakan dalam Individual Pattern, Mix Pattern dan Free Sparring. 🎉👏

🏅 Pencapaian keseluruhan:

INDIVIDUAL PATTERN
EMAS :
🔹Amnan
🔹Adleena
🔹Awfa
🔹Airis

PERAK:
🔹 Nisreen

GANGSA :
🔹Ateeq
🔹Zaim

MIX PATTERN
GANGSA:
🔹 Nisreen

FREE SPARRING
PERAK :
🔹Adleena
🔹Awfa

GANGSA :
🔹Annan
🔹 Nisreen

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada anak-anak untuk terus berusaha, berdisiplin dan mengharumkan nama SRITI Tok Guru di peringkat yang lebih tinggi.

Syabas anak-anak! Teruskan berjuang dan terus mencipta kejayaan! 💪🥋✨


SELAMAT BERJUANG, ANAK-ANAK SRITI TOK GURU! 🥋🔥Alhamdulillah, seramai 7 orang anak murid SRITI Tok Guru akan menyertai 4t...
14/08/2026

SELAMAT BERJUANG, ANAK-ANAK SRITI TOK GURU! 🥋🔥

Alhamdulillah, seramai 7 orang anak murid SRITI Tok Guru akan menyertai 4th Malaysia Best of Taekwondo Fighter 2026 yang akan berlangsung pada 14–15 Ogos 2026 bertempat di Badminton Court & Futsal, Massa Planet, Panji, Kota Bharu.

🥋 Peserta SRITI Tok Guru:
• Airis
• Nisreen
• Awfa
• Adleena
• Zaim
• Amnan
• Ateeq

Semoga semua peserta diberikan kekuatan, ketenangan, keyakinan dan semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan. 💪🏻🔥🏆

Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi keberanian untuk mencuba, berusaha dan memberikan yang terbaik adalah satu kemenangan.

Ayuh kita sama-sama doakan agar anak-anak SRITI Tok Guru memperoleh kejayaan dan mengharumkan nama sekolah! 🤲🏻

SELAMAT BERJUANG!
DO YOUR BEST, GIVE YOUR BEST! 🥋🔥🏆


13/08/2026

SESI LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) 🔥

Alhamdulillah, pada 12 Ogos 2026 (Rabu) telah berlangsung Sesi Latihan Kebakaran (Fire Drill) bertempat di SRITI Tok Guru.

Program ini turut dijayakan dengan kehadiran istimewa 7 orang anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Pengkalan Chepa yang memberikan tunjuk ajar serta pendedahan kepada warga sekolah berkaitan tindakan keselamatan ketika berlaku kecemasan.

Semoga penganjuran program ini dapat memberikan pengalaman yang bermakna serta menambah ilmu pengetahuan dan kesedaran murid-murid tentang keselamatan, pencegahan kebakaran dan tindakan yang perlu diambil ketika kecemasan.

In Sha Allah, semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. 🤲



SELAMAT BERJUANGTahniah & syabas diucapkan kepada 5 orang atlet SRITI Tok Guru yang terpilih ke peringkat kebangsaan ."Y...
06/08/2026

SELAMAT BERJUANG

Tahniah & syabas diucapkan kepada 5 orang atlet SRITI Tok Guru yang terpilih ke peringkat kebangsaan .

"Yakin, berani, dan berjuang hingga ke detik penamat. Semoga dipermudahkan segala urusan."

"Menang atau kalah, berikan yang terbaik. Semoga kejayaan menjadi milik anda!"

"Semoga setiap usaha diberkati dan setiap langkah membawa kejayaan. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda ." 🌟🏅


MAJLIS PERPISAHAN GURUAlhamdulillah, pada hari Isnin, 3 Ogos 2026, telah berlangsung Majlis Perpisahan Guru bagi meraika...
05/08/2026

MAJLIS PERPISAHAN GURU

Alhamdulillah, pada hari Isnin, 3 Ogos 2026, telah berlangsung Majlis Perpisahan Guru bagi meraikan Ustaz Hilmi dan Cikgu Sahira yang telah memberikan khidmat bakti di SRITI Tok Guru.

Semoga segala jasa, pengorbanan dan ilmu yang telah dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Warga SRITI Tok Guru mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih, serta mendoakan semoga Ustaz Hilmi dan Cikgu Sahira sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam setiap langkah yang mendatang.

Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung.


Address

SRITI Tok Guru, Jalan Tok Ku Haji Nik Mat, Kg Pulau Melaka
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 15:00
Sunday 07:30 - 17:00

Telephone

+60146308171

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Tok Guru Pulau Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SRITI Tok Guru Pulau Melaka:

Shortcuts

Share