Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad

Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad Whatsapp :-
Kredit : 01120618537
Admin : 01159557410
PKA : 01120619847
Rekod : 01158975084 Koop Guru. Koperasi Pilihan Warga Pendidik Kelantan

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐ŸŒ™Semoga cinta dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ terus menyinari hati, meny...
24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐ŸŒ™

Semoga cinta dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ terus menyinari hati, menyuburkan ukhuwah serta membimbing kita meneladani akhlak mulia Baginda.
โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkatiโ€

Ikhlas daripada seluruh warga
Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad

HEBAHAN PROMO REBAT OGOS KOPERASI & EON ๐Ÿš—๐Ÿ’จNikmati tawaran rebat istimewa sepanjang bulan Ogos ini khas untuk anda! Dapat...
24/08/2026

HEBAHAN PROMO REBAT OGOS KOPERASI & EON ๐Ÿš—๐Ÿ’จ

Nikmati tawaran rebat istimewa sepanjang bulan Ogos ini khas untuk anda! Dapatkan kereta Proton idaman dengan penjimatan sehingga RM11,000.

Senarai Rebat Kereta:
โ€ข New Saga MC3: Rebat RM500
โ€ข Persona MC2: Rebat RM2,000
โ€ข S70 MC1: Rebat RM5,000 โ€“ RM9,000
โ€ข All New X50 FL: Rebat RM8,000 โ€“ RM11,000
โ€ข X70 MC3: Rebat RM9,000 โ€“ RM11,000
โ€ข X90 MC1: Rebat RM7,000

๐Ÿ“ž Hubungi Segera: Faizul (014-2195611) http://www.wasap.my/60142195611/OGOSKGMKB
Tertakluk kepada terma & syarat.

KOPERASI HADIRI MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN KOPERASI PERINGKAT NEGERI KELANTAN BIL. 1 TAHUN 2026Koperasi Guru Melayu Ke...
23/08/2026

KOPERASI HADIRI MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN KOPERASI PERINGKAT NEGERI KELANTAN BIL. 1 TAHUN 2026
Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad telah menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Negeri Kelantan Bil. 1 Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 20 Ogos 2026 (Khamis), bermula jam 8.30 pagi bertempat di SUK Kelantan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Mejar (B) Datoโ€™ Hj. Md. Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Koperasi Peringkat Negeri Kelantan.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh anggota daripada pelbagai agensi dan organisasi berkaitan, termasuk wakil-wakil koperasi negeri Kelantan. Perbincangan memberi tumpuan kepada perkembangan sektor koperasi, kemajuan semasa, perancangan masa hadapan serta usaha memperkukuhkan kerjasama antara agensi dan gerakan koperasi.
Turut menjadi acara istimewa dalam mesyuarat tersebut ialah Penyampaian Sijil Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia Tahun 2025.
Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad telah mencatat pencapaian membanggakan apabila berada di kedudukan ke-42 dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia Tahun 2025.
Sijil berkenaan telah diterima oleh Haji Mat Kait bin Abdullah, Setiausaha Lembaga Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad, daripada Pengerusi Mesyuarat.
Pencapaian ini menjadi satu lagi tanda aras kejayaan Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad dalam memperkukuhkan kedudukan sebagai antara koperasi terbaik di Malaysia.
Mesyuarat ini amat bermakna dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama, perkongsian idea dan perancangan strategik demi memastikan gerakan koperasi terus berkembang, berdaya saing dan memberi manfaat yang lebih besar kepada anggota serta masyarakat.
Tahniah Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad!
Terus melangkah, terus berkebajikan dan terus mencipta kejayaan bersama anggota.

๐Ÿ โœจ RUMAH KEDAI UNTUK DISEWA โ€“ BUKIT BUNGA! โœจ๐Ÿ Sedang mencari bilik sewa yang selesa, lengkap dan berbaloi di kawasan Buki...
20/08/2026

๐Ÿ โœจ RUMAH KEDAI UNTUK DISEWA โ€“ BUKIT BUNGA! โœจ๐Ÿ 

Sedang mencari bilik sewa yang selesa, lengkap dan berbaloi di kawasan Bukit Bunga? Ini mungkin pilihan yang anda cari! ๐Ÿ˜

๐Ÿ“ Lokasi strategik di Bukit Bunga
๐Ÿ  Rumah kedai 3 bilik | 1 bilik air | 1 tandas
๐Ÿ‘จ LELAKI SAHAJA
๐ŸŽ“ Sesuai untuk PELAJAR & PEKERJA

๐Ÿ’ฐ HANYA RM150 / ORANG!
โœ… Termasuk bil elektrik
โœ… Termasuk bil air
โœ… WiFi percuma

๐Ÿ›๏ธ KEMUDAHAN DISEDIAKAN:
โœ”๏ธ Katil & tilam
โœ”๏ธ Almari setiap bilik
โœ”๏ธ Kipas setiap bilik
โœ”๏ธ Meja makan
โœ”๏ธ Iron & iron board

๐Ÿ“ BERDEKATAN DENGAN:
๐Ÿ— Ayam Gepuk AG
๐Ÿ’Š Farmasi Timur
๐Ÿ›’ Pasaraya Pantai Timor
๐Ÿœ Kedai-kedai makan
๐Ÿš— R&R Bukit Bunga โ€“ 2 minit
๐ŸŽ“ Kolej Komuniti Jeli โ€“ 3 minit
๐ŸŽ“ UMK Jeli โ€“ 14 minit
๐ŸŽ“ MRSM Jeli โ€“ 14 minit
๐Ÿ‘ฎ Balai Polis
๐Ÿฅ Klinik
๐Ÿ•Œ Masjid
๐Ÿ“ฆ J&T Express
๐Ÿข Dewan Serbaguna
โ›ฝ Stesen Minyak Petronas

๐ŸšŒ BONUS: Berada di laluan utama BAS PINK ke Bandar Kota Bharu โ€“ mudah untuk bergerak ke destinasi!

๐Ÿ”ฅ Harga RM150 seorang termasuk utiliti & WiFi โ€” memang berbaloi!

๐Ÿ“ฒ BERMINAT? HUBUNGI SEKARANG:
FAIZUL โ€“ 014-219 5611
http://www.wasap.my/60142195611/biliksewa

โš ๏ธ Bilik terhad! Siapa cepat, dia dapat! Jangan tunggu sampai penuh. ๐Ÿ˜‰

๐Ÿš—๐Ÿ”ฅ KHAS UNTUK ANGGOTA KGMKB! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿš—BELI PROTON MELALUI KGMKB, DAPAT PULANGAN ISTIMEWA! ๐ŸŽ‰Jangan lepaskan peluang untuk memili...
19/08/2026

๐Ÿš—๐Ÿ”ฅ KHAS UNTUK ANGGOTA KGMKB! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿš—

BELI PROTON MELALUI KGMKB, DAPAT PULANGAN ISTIMEWA! ๐ŸŽ‰

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kenderaan Proton dengan KELEBIHAN KHAS daripada KGMKB.

๐Ÿ’ฐ Mendapat ganjaran wang tunai sehingga RM1,000
โœ… REBAT SEHINGGA RM11,000! bergantung kepada model & varian kenderaan
โœ… Tawaran khas untuk anggota KGMKB
โœ… Beli kereta sambil menikmati manfaat sebagai anggota koperasi

โฐ CEPAT! Jangan tunggu sehingga terlepas peluang ini!

๐Ÿ“ž Berminat atau ingin tahu jumlah rebat bagi model pilihan anda?
๐Ÿ‘‰ Hubungi Faizul: 014-2195611
http://www.wasap.my/60142195611/protonKGMKB





SALAM TAKZIAH & AL-FATIHAHDengan penuh rasa dukacita, Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad merakamkan ucapan takziah ata...
16/08/2026

SALAM TAKZIAH & AL-FATIHAH
Dengan penuh rasa dukacita, Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad merakamkan ucapan takziah atas pemergian

Allahyarham Hj. Mohd Rofi bin Mohd Zain
Pengerusi Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad
yang telah kembali ke rahmatullah pada 16 Ogos 2026 (Ahad), bersamaan 3 Rabiulawal 1448H.

Perginya seorang pemimpin,
bukan sekadar meninggalkan kerusi dan amanah,
tetapi meninggalkan jasa, teladan dan kenangan
yang akan terus hidup dalam ingatan kami.
Setiap langkah baktimu menjadi kenangan,
setiap jasamu menjadi catatan,
dan setiap kebaikanmu menjadi doa
yang akan kami titipkan kepada Allah SWT.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa Allahyarham,
rahmatilah rohnya, lapangkanlah tempat persemadiannya
dan tempatkanlah beliau bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh keluarga Allahyarham dikurniakan
kesabaran, ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ
Daripada:
Anggota Lembaga Koperasi, JAD & Seluruh Warga Kerja
Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad

PENYAMPAIAN TABUNG KEBAJIKAN ANGGOTA(KHAIRAT KEMATIAN ANGGOTA)Tarikh: 15 Ogos 2026Masa: : 10.30 pagiTempat: Bilik Mesyua...
16/08/2026

PENYAMPAIAN TABUNG KEBAJIKAN ANGGOTA
(KHAIRAT KEMATIAN ANGGOTA)
Tarikh: 15 Ogos 2026
Masa: : 10.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad

Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad telah mengadakan penyampaian Tabung Kebajikan Anggota (Khairat Kematian Anggota) kepada waris Allahyarham Rumizan bin Yusoff, seorang guru di Sekolah Kebangsaan Jelawat yang telah menjadi anggota koperasi sejak tahun 2014.
Cek khairat kematian bernilai RM10,000 telah disampaikan kepada Puan Jemima binti Mamat @ Abd. Majid, isteri Allahyarham, sebagai tanda keprihatinan dan kebajikan koperasi terhadap keluarga anggota yang telah kembali ke rahmatullah.

Penyampaian cek telah disempurnakan oleh En. Wan Rosmadi bin Wan Salleh, Timbalan Pengerusi Lembaga, bersama Haji Mat Kait bin Abdullah, Setiausaha Lembaga; Haji Zulkarnain bin Mohamed, Bendahari Koperasi; serta En. Salbani bin Ishak, Pengerusi Tabung Kebajikan Anggota (TKA). Turut hadir ialah anak Allahyarham.

Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban keluarga yang ditinggalkan serta menjadi tanda penghargaan atas jasa dan keanggotaan Allahyarham bersama Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

MAJLIS KONSULTASI DAN PERSARAAN KAKITANGANKoperasi Guru Melayu Kelantan BerhadTarikh: 13 Ogos 2026Tempat: Dewan KoopGuru...
13/08/2026

MAJLIS KONSULTASI DAN PERSARAAN KAKITANGAN
Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad
Tarikh: 13 Ogos 2026
Tempat: Dewan KoopGuru

Majlis Konsultasi dan Persaraan Kakitangan Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad telah diadakan pada 13 Ogos 2026 bertempat di Dewan KoopGuru.

Majlis bermula pada jam 3.00 petang dengan bacaan doa, diikuti sesi konsultasi atau perjumpaan bersama kakitangan. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Haji Mat Kait bin Abdullah, Setiausaha Lembaga, yang disampaikan secara ringkas namun penuh semangat, sebagai suntikan motivasi dan penghargaan kepada seluruh warga kerja koperasi.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan keraian persaraan Puan Zaitun binti Yahaya, yang telah menabur bakti bersama koperasi sejak tahun 1987. Sepanjang lebih 35 tahun perkhidmatan, beliau telah memberikan komitmen, kesetiaan dan dedikasi yang tidak ternilai dalam membantu perkembangan serta kelancaran operasi koperasi.
Jawatan terakhir yang disandang oleh beliau ialah Pegawai Kerani Kanan. Lebih tiga dekad bukanlah tempoh yang singkat. Banyak kenangan, pengalaman, s**a dan duka telah dilalui bersama, menjadikan jasa dan pengorbanan beliau sebahagian daripada sejarah perjalanan Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad.

Perginya seorang insan daripada dunia kerjaya bukan bererti hilangnya jasa.
Bakti yang dicurahkan akan terus dikenang,
kenangan yang tercipta akan terus tersimpan,
dan nama yang pernah berbakti akan sentiasa punya tempat di hati warga koperasi.
Seluruh warga koperasi merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Zaitun atas segala jasa, pengorbanan dan kesetiaan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Semoga alam persaraan menjadi lembaran baharu yang lebih tenang, bahagia dan bermakna bersama insan tersayang. Selamat bersara, Puan Zaitun. Jasa dan bakti puan akan sentiasa dikenang.
Majlis turut dihadiri oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) serta seluruh kakitangan Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad.

PENYAMPAIAN TABUNG KEBAJIKAN ANGGOTA(KHAIRAT KEMATIAN ANGGOTA)Tarikh: 12 Ogos 2026Masa: 2.30 petangTempat: Pejabat Koper...
12/08/2026

PENYAMPAIAN TABUNG KEBAJIKAN ANGGOTA
(KHAIRAT KEMATIAN ANGGOTA)
Tarikh: 12 Ogos 2026
Masa: 2.30 petang
Tempat: Pejabat Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad
Pada 12 Ogos 2026, telah diadakan Penyampaian Tabung Kebajikan Anggota โ€“ Khairat Kematian Anggota bertempat di Pejabat Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad.
Sebanyak RM40,000 telah disalurkan kepada empat orang waris anggota yang telah meninggal dunia, dengan setiap waris menerima sumbangan khairat kematian sebanyak RM10,000.
Penerima sumbangan adalah seperti berikut:
1. Waris Allahyarham Cikgu Rusli bin Yaakub
Allahyarham merupakan anggota Koperasi sejak tahun 2002. Waris Allahyarham telah menerima cek sumbangan khairat kematian sebanyak RM10,000.
2. Waris Allahyarham Mohd Arman Zaini bin Mohd Zain
Allahyarham merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Raja Bahar. Cek sumbangan sebanyak RM10,000 telah disampaikan kepada isteri Allahyarham selaku waris.
3. Waris Allahyarhamah Wan Masitah binti Othman
Waris Allahyarhamah telah menerima sumbangan khairat kematian sebanyak RM10,000.
4. Waris Allahyarhamah Che Naziha binti Che Yaโ€™acob
Allahyarhamah merupakan anggota Koperasi sejak tahun 1998. Waris Allahyarhamah telah menerima sumbangan khairat kematian sebanyak RM10,000.

Penyampaian cek sumbangan telah disempurnakan oleh Haji Mat Kait bin Abdullah, Setiausaha Lembaga, bersama Haji Zulkarnain bin Mohamed, Bendahari Koperasi.
Turut hadir En. Salbani bin Ishak, Pengerusi Jawatankuasa TKA; En. Wan Rosmadi bin Wan Salleh, Timbalan Pengerusi Lembaga; serta Haji Othman bin Mat Zin, Timbalan Bendahari.
Penyampaian ini mencerminkan keprihatinan dan tanggungjawab Koperasi dalam menjaga kebajikan anggota serta keluarga mereka, khususnya ketika berdepan dengan kehilangan insan tersayang.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh para waris. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan Allahyarhamah, mengampuni segala dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beroleh rahmat-Nya.
Al-Fatihah.

Address

2333 Bangunan Koop Guru Padang Bongor, Jalan Tok Guru
Kota Bharu
15400

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Sunday 08:30 - 17:00

Telephone

+6097482481

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad:

Shortcuts

Share