09/11/2022
Client saya meninggal dunia 2 minggu lepas.
Setelah tenang2 isteri arwah hadap, baru ada kekuatan hubungi saya.
Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
Yang sulung bekerja. Anak kedua masih mencari kerja.
Anak ketiga & keempat masih bersekolah.
Saya pergi ke rumah menyantuni isteri arwah.
Kebetulan kakak tu masih dalam cuti bekerja selepas arwah meninggal dunia.
Saya ucap salam, kakak tu bukakan pintu.
Saya kenalkan diri.
Meluru kakak tu buka pintu dan pintu pagar.
"Lama akak tunggu, dari pagi"
Tergamam jugaklah saya. Saya tengok jam, betul dah waktu yang saya janjikan.
Pertama kali jumpa.
Sebelum ni hanya kenal isteri arwah melalui alam maya.
Saya pernah jumpa arwah seorang ketika berurusan ambil policy Takaful dengan saya.
Itupun di tempat kerja arwah.
Saya jalankan amanah arwah, adakan policy hibah Takaful buat keluarga tersayang ketika masih hidup.
Di atas meja dah tersedia 3 buku policy Takaful.
2 dari AIA Public Takaful dan 1 dari syarikat Takaful lain.
2 policy Takaful tu memang saya amat kenali.
Yelah, buku policy yang saya sendiri berikan kepada arwah dahulu. 1 plan life takaful arwah (di mana terdapat pampasan Hibah) dan 1 lagi policy anak (arwah sebagai policy owner)😭😭
Usai urusan saya berkenaan dokumen yang diperlukan untuk claim, saya beralih kepada buku policy yang 1 lagi iaitu dari syarikat lain. Kakak ni minta saya tengokkan apa jenis plan yang diambil oleh arwah dahulu.
Saya pun belek2, saya bacakan apa yang di cover dalam plan tersebut.
Plan ni diambil since 2016.
Nampak seakan ada sinar di wajah kakak depan saya waktu tu.
So, ada 2 plan life takaful yang arwah ada.
Kakak ni baru terjumpa buku policy yang 1 ni selepas arwah dah takde.
Saya keluarkan phone dan call syarikat Takaful tersebut. Saya loud speaker.
Saya : kak, saya call pembuka bicara je ye, selebihnya akak bercakap dengan diorang sebab akak waris yang sah.
Saya pass kepada kakak M untuk bercakap dengan bahagian Takaful keluarga.
Usai diorang tanya beberapa soalan untuk double confirm memang waris sah, bahagian claim tu buat semakan.
Takaful X: Puan, policy Takaful suami puan dah tidak aktif. Suami puan dah pun surrender policy ni pada xx Disember 2021.
Allahuakbar
Hilang bicara kakak tu.
Saya ambil phone dan bercakap semula.
Ok, terima kasih ya atas info.
Plan ni ada surrender value ke?
Takaful X : ada, kami dah pun released sejak Januari 2022.
Ok, terima kasih ya.
Senyappppp.. lamaaa..
Kak, Alhamdulillah ada lagi 1 plan hibah dengan AIA kak.
Saya cuba sebaiknya untuk bantu akak claim ni ya.
Katanya, akak nak settlekan hutang2 arwah.
Saya ni dah la cembeng. Tahan sebak dah kat situ.
Kakak tu sambung.
Dah lama arwah ambil plan ni, sambil tengok part coverage buku policy yang dah lapsed tu.
Sejak 2016.
Tapi sayang, dah surrender tahun 2021.
Tak lama beberapa bulan lepas tu, arwah sakit.
Start sakit sejak bulan puasa 2022.
Setiap pertemuan, saya selalu jadikan iktibar dan sempadan.
Ajal maut jodoh pertemuan semua rahsia Allah.
Tuan puan,
Jika ada buku policy Takaful yang dah surrender, mohon untuk terus lenyapkan. Buang terus.
Kesian waris, macam bagi harapan palsu plak bila jumpa buku policy bila kita dah takde nanti.
Buat arwah, InsyaAllah saya lunaskan amanah untuk bantu sebaiknya.
Doakan dipermudahkan segala.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
اَللهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه
Al-fatihah
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Kredit to owner Zura Nizam
Syairan Manan
Fulltime Trusted Life Planner
AIA Public Takaful
7Years Experience
0148178208