Azieyatun Fauzi

Azieyatun Fauzi Prudential takaful advisor

Risau generasi lgbt skrg ni berleluasa.
23/05/2025

Risau generasi lgbt skrg ni berleluasa.

13/06/2023

Sukacita dimaklumkan bahawa PruBSN telah diiktiraf sebagai salah satu penerima anugerah โ€˜Malaysia Best Employer Brands 2023โ€™ bagi kategori sektor perkhidmatan kewangan di 18th Employer Branding Awards 2023.

Kejayaan ini telah didukung oleh amalan modal insan yang cekap, efisien dan berkualiti khusus bagi menyokong perkembangan kerjaya kakitangan. Pengiktirafan ini turut diberikan di atas kejayaan program keseimbangan pekerjaan dan kehidupan (work-life balance) yang turut menjadi teras modal insan di PruBSN bagi memastikan kakitangan dapat melaksanakan tugasan dengan optimum tanpa mengabaikan kesejahteraan kehidupan dan keluarga.

Tahniah diucapkan buat semua warga kerja PruBSN. Anugerah ini tidak akan tercapai tanpa sokongan, komitmen dan usaha berpasukan . Terima kasih.


5 SEBAB UTAMA KENAPA SUAMI ISTERI WAJIB ADA HIBAH TAKAFUL.==========Kau WAJIB tahu pasal hibah takaful ni!! Lagi-lagi ka...
11/03/2023

5 SEBAB UTAMA KENAPA SUAMI ISTERI WAJIB ADA HIBAH TAKAFUL.
==========

Kau WAJIB tahu pasal hibah takaful ni!! Lagi-lagi kalau kau adalah seorang suami dan seorang ayah, memang kena ada hibah takaful ni sebagai INCOME PROTECTION.

1. SUAMI PENYUMBANG UTAMA PENDAPATAN KELUARGA.

Kau kena sedar yang kau adalah penyumbang utama pendapatan keluarga kau. Pampasan daripada takaful ni gunanya untuk cover perbelanjaan yang isteri dan anak-anak perlukan. Kena sediakan 10 tahun punya gaji sebelum kau mati. Boleh?

Katakan kau buat hibah takaful RM500K. Tak panjang umur, kau meninggal dunia. Selepas beberapa hari, isteri dan anak-anak akan dapat pampasan RM500K tu.

Tak perlu meminta-minta simpati orang lain. Sebab dah buat persediaan daripada awal kan.

2. SUAMI PALING BANYAK HUTANG.

Kereta hutang, rumah hutang. Nanti kalau apa-apa berlaku kat kau, macam mana isteri kau nak bayar hutang-hutang tu semua. Kalau boleh, kita tak nak sampai harta kita habis kena lelong. Belum campur lagi hutang kad kredit, hutang dengan orang dan lain-lain.

3. SUAMI ADALAH KETUA KELUARGA.

Dah nama pun ketua. Kenalah bertanggungjawab untuk kebajikan ahli keluarga kau sendiri. Kau kalau pergi outstation seminggu, ada bagi RM500 kat isteri kau? Okaylah tu. Kalau kau pergi "outstation" selama-lamanya, apa yang kau nak bagi kat isteri kau buat belanja?

4. SEDIAKAN DANA PENDIDIKAN ANAK

Bila kau dah takda, bukan isteri je susah, anak-anak pun sama juga. Paling kurang kalau kau ada hibah takaful sebagai income protection, sebahagian daripada pampasan tu boleh terus jadi dana pendidikan untuk anak kau. Dengan pendidikan, boleh ubah nasib keluarga yang kau tinggalkan tu.

Berbaktilah kepada keluarga walau kita sudah tiada di dunia.

Sepatutnya nilai hibah takaful tu mestilah sama dengan 10 tahun gaji kita.

Contoh gaji kita RM4,000. Jadi kita perlu sediakan hibah takaful RM4,000 x 12 x 10 = RM480,000 kepada anak-anak dan isteri.

5. ISTERI JUGA PERLU HIBAH TAKAFUL

Zaman sekarang ni kebanyakan isteri bekerjaya. Jadi, jika perkara buruk berlaku kepada isteri, keluarga kau akan terjejas financially. Untuk isteri, cukup untuk sediakan 5 tahun gaji mereka.

Contoh gaji isteri RM3,000. Jadi perlu sediakan hibah takaful RM3,000 x 12 x 5 = RM180,000 kepada ibu bapa sendiri, anak-anak atau pasangan.

Azie,
Perunding takaful anda๐Ÿ˜Š

Syukur Alhamdulillah๐Ÿคฒ๐ŸปSyukur Alhamdulillah๐Ÿคฒ๐ŸปAllahuโ€ฆ๐Ÿ˜”18/03/2022 Hibah Takaful dari bidadari syurga NURSAHARA buat 7 cahay...
12/01/2023

Syukur Alhamdulillah๐Ÿคฒ๐Ÿป
Syukur Alhamdulillah๐Ÿคฒ๐Ÿป
Allahuโ€ฆ๐Ÿ˜”

18/03/2022

Hibah Takaful dari bidadari syurga NURSAHARA buat 7 cahaya mata kesayangan RM506,549.54 akhirnya lulus seperti yg di amanahkan.. syukur ya Allah..

Arwah baru sempat bayar caruman 2 kali, RM200 (RM100/bulan), namun, bulan ke 3 arwah telah pergi buat selamanya kerana wabak kencing tikus, dan meninggal kan 7 org anak๐Ÿ˜ข

Masih segar diingatan, Arwah berkata selalu baca & tgk perkongsian saya tentang hibah takaful, dia berminat utk adakan simpanan utk anak7, Alhamdulillah selepas diberi penerangan arwah setuju byr rm100 sebulan utk perlindungan rm500,000..

Suami arwah telah membuat simpanan utk anak7 di Amanah Raya hasil dari duit hibah takaful yg ditinggalkan.. Beliau nak simpanan anak7 kekal selamat andai dia juga dijemput Ilahi.. di amanah raya, simpanan anak7 selamat, Tp masih boleh keluarkan utk kegunaan pelajaran, makan minum, perayaan & brg keperluan (mengikut syarat)..

Semoga Ramadhan & Raya tahun ni lebih bermakna buat anak7.. lebih membahagiakan saya bila suami arwah memberitahu boleh sediakan kenderaan yg lebih baik buat anak7 dgn wang hibah takaful, beliau rasa bersyukur, hibah takaful banyak membantu beliau beri keselesaan buat anak7 yg sebelum ni diuruskan oleh beliau seorang selepas pemergian isteri tercinta...

Tiada apa yg lebih menggembirakan seorang agent takaful bila mana dapat membantu menguruskan amanat Client sehingga ke akhirnya..

Buat ke tujuh-tujuh anak, andai suatu masa nanti, kamu telah dewasa & berjaya, ingatlah bahawa hidupmu pernah terbela kerana hibah takaful dari arwah ibumu seorang yg bijak merancang masa depan dengan menabung di dalam takaful ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’•

Credit to: Siti Fatima

11/01/2023
TUNTUTAN HIBAH LULUS RM 304,634.49 Hadiah bermakna buat keluarga.Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar,Pengalaman tunt...
07/12/2022

TUNTUTAN HIBAH LULUS RM 304,634.49

Hadiah bermakna buat keluarga.

Subhanallah,
Alhamdulillah,
Allahuakbar,

Pengalaman tuntutan kematian yang keempat !

Untuk makluman, arwah klien saya meninggal dunia disebabkan sakit jantung.

Alhamdulillah, dengan adanya hibah yang ditinggalkan arwah kepada isteri & dua orang anak yang masih kecil, memberikan HARAPAN dan SINAR baru bagi mereka meneruskan kehidupan.

Semoga roh arwah klien saya tenang di alam sana. Amanah yang diberikan ini telahpun saya jalankan & sempurnakan dengan sebaik mungkin ๐Ÿฅน

Terima kasih kepada semua pihak yang membantu secara langsung ataupun tidak langsung sehingga tuntutan berjaya dikreditkan ke dalam akaun isteri arwah โค๏ธ

Sesungguhnya HIBAH ITU BENAR.

Credit to: Sue Nik

RM0.00 PruBSN: Lebihan Tabarru' RM126.82 utk pelan Takaful anda tlh dikreditkan dlm akaun sijil 8707###X. Sila rujuk bit...
19/10/2022

RM0.00 PruBSN: Lebihan Tabarru' RM126.82 utk pelan Takaful anda tlh dikreditkan dlm akaun sijil 8707###X. Sila rujuk bit.ly/PruBSNSurplusSharingBM utk info

Ada ke pelanggan Prudential yang dapat sms seperti diatas? ๐Ÿ‘†๐Ÿป

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
โค๏ธLEBIHAN DANA TABARRUโ€™โค๏ธ
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

Lebihan dana tabarruโ€™ atau dengan kata lain adalah lebihan duit daripada dana tabarruโ€™ setelah ditolak jumlah keseluruhan tuntutan.

Ini lah keindahan bertakaful. Jika ada lebihan dana, ia akan dibahagikan kepada semua peserta.

Contoh:

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

- Duit terkumpul dana tabarruโ€™ = RM 2 juta

- Tuntutan claim dari peserta = RM 1.8 juta

- Lebihan duit adalah = RM 200,000

RM 200,000 inilah dibahagikan kepada setiap peserta.

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”-

Sms yang tuan/puan terima tu nak bagitau duit lebihan telah dimasukkan ke dalam akaun sijil masing-masing ya ๐Ÿ˜Š

๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€!Sokongan dan kepercayaan anda telah membawa kami sampai ke tahap ini. Kami sangat berbesar hati ke...
05/10/2022

๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€!

Sokongan dan kepercayaan anda telah membawa kami sampai ke tahap ini. Kami sangat berbesar hati kerana telah dianugerahkan sebagai Pengendali Takaful Terbaik 2021 untuk tahun yang kelapan berturut-turut oleh Takaful Star Awards.

Kami akan berusaha lebih gigih untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda semua. Terima kasih sekali lagi!

Jika ada yang No.1, kenapa masih mencari yang selainnya? ๐Ÿ˜Œ

Bismillah.Alhamdulillah syukur ya Allah, claim klien saya yang meninggal dunia akibat kemalangan pada 16 Jun 2022, akhir...
03/10/2022

Bismillah.

Alhamdulillah syukur ya Allah, claim klien saya yang meninggal dunia akibat kemalangan pada 16 Jun 2022, akhirnya selesai & pampasan telah diterima oleh isteri arwah sebanyak ๐—ฅ๐—  ๐Ÿณ๐Ÿฌ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฐ๐Ÿฒ.๐Ÿฑ๐Ÿฎ semalam.

Tiada kata yang dapat saya ungkapkan selain menitiskan air mata yang tak henti-henti kerana usaha saya selama 3 bulan untuk bantu uruskan claim arwah membuahkan hasil.

Arwah mengambil hibah takaful dengan saya pada bulan Julai 2021 & baru sempat mencarum selama 12 bulan sahaja dengan caruman RM 100 sebulan. Harapan arwah, semoga duit hibah itu menjadi saham akhirat beliau di sana nanti.

Buat rakan-rakan yang membaca, saya menyeru agar anda semua sama-sama mengambil hibah takaful sebagai jalan alternatif bagi meninggalkan harta supaya keluarga kita dapat teruskan hidup walaupun kita dah tak ada nanti.

Berhubunglah dengan mana-mana perunding takaful yang anda percaya & rapat. Semoga usaha kecil kita ini dapat memberi impak yang besar buat keluarga kita kelak.

Credit: Muhamad Nor Fawwaz Rashid

19/09/2022

Address

Kelantan Trade Centre
Kota Bharu
15200

Telephone

+60199222649

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azieyatun Fauzi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Azieyatun Fauzi:

Share