05/09/2025
Apa pon panggilannya, yang penting peruntukkan 5% - 10% gaji anda untuk 'diversify' 5 RISIKO dalam kehidupan iaitu:-
1) Mati terlalu awal
2) Hidup terlalu lama
3) Terkena penyakit kritikal
4) Hilang Upaya Kekal
5) Kemalangan
✅ 3 Formula di bawah boleh digunakan untuk mencari jumlah perlindungan yang sepatutnya kita sediakan mengikut keperluan & budget kita.
Contoh:
Gaji ---> RM 5,000 Sebulan
Umur ---> 35 Tahun
1) Formula Capital Liquidation Method
RM 5,000 x 12 Bulan x 10 Tahun = RM600K #
RM600K adalah jumlah perlindungan minimum yang patut kita sediakan kepada keluarga.Sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal, isteri & anak-anak boleh meneruskan hidup dan maintain lifestyle selama 10 tahun.
2) Formula Capital Intact Method
(RM 5,000 x 12 Bulan) ÷ 6% (Purata Dividen ASW 2020) = RM 1JUTA #
RM 1JUTA adalah jumlah perlindungan yang patut kita sediakan kepada keluarga sekiranya hasrat kita nak selama-lamanya isteri dan anak-anak maintain lifestyle perbelanjaan RM5,000 walaupon kita telah meninggal dunia atau hilang upaya kekal.
Sekiranya kita sebagai breadwinner (orang yang bertanggungjawab menyara keluarga) meninggal dunia atau hilang upaya kekal, RM 1 JUTA akan diserahkan kepada isteri dengan syarat isteri kita adalah penerima hibah tunggal yakni 100%.
RM 1JUTA yang isteri terima dilaburkan ke dalam instrumen pelabur yang tahap risikonya sangat rendah seperti Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) atau Tabung Haji dengan kadar pulangan dividen purata 6% setahun.
RM 1 JUTA x 6% Dividen = RM60,000
RM 60,000 ÷ 12 Bulan = RM5,000 Sebulan.
Moral of the story, selagi isteri tidak mengeluarkan pokok pelaburan RM 1JUTA selagi itulah keluarga yang anda sayang akan menerima pendapatan pasif RM5,000 sebulan sehingga kiamat!MONEY WORK FOR YOU.
3) Formula Future Income Method
55 Tahun (Umur Persaraan) - 35 Tahun = 20 Tahun
RM5,000 x 12 Bulan x 20 Tahun = RM 1.2JUTA #
RM 1.2JUTA adalah jumlah perlindungan yang sepatutnya anda sediakan kepada keluarga kerana sekiranya anda masih hidup dan sihat keluarga anda berpotensi berkongsi dan merasai bersama-sama hasil gaji RM 1.2JUTA di atas 👆
Formula mana yang sesuai?Bergantung kepada keperluan dan budget anda 😊👌