05/01/2021
Unit trust atau unit amanah adalah satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan dalam saham atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.
Bergantung kepada jenis dana, pengurus dana mungkin melabur dalam aset berikut:
โ๏ธBonds
โ๏ธStocks
โ๏ธDerivatives
โ๏ธMoney market instruments
โ๏ธCash
โ๏ธProperty
Aset-aset ini merupakan aset yang produktif yang akan menjana keuntungan kepada pemiliknya. Jadi sebagai pelabur unit trust, anda memiliki aset-aset ini secara tidak langsung.
Oleh itu setiap sen yang anda laburkan dalam unit trust adalah mewakili pelaburan dalam aset-aset ini.
Macam Mana Pelabur Untung?
Jika aset-aset yang dilaburkan itu naik nilainya, maka kenaikan ini akan diterjemahkan dengan kenaikan harga seunit unit trust.
Ataupun, aset-aset ini memberi pendapatan tunai seperti dividen atau sewa, makan pendapatan ini juga akan diterjemah dengan kenaikan seunit unit trust yang pelabur miliki.
Begitu juga sebaliknya apabila nilai aset-aset ini turun nilai dan tidak memberikan pendapatan, maka harga seunit unit trust akan menurun.
Turun naik nilai aset-aset ini bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, kadar interest, kadar tukaran matawang dan kecekapan ahli korporat yang menguruskan aset-aset pelabur.
Berminat boleh tekan link di bawah๐
https://www.wasap.my/60129371872/ut
Hairiah Hashim (Elly HBH)
Your Shariah Consultant โจ