20/02/2023
Adakah cukup jumlah 600k untuk bersara?
Sebenarnya tidak cukup. Cuba perhatikan situasi berikut.
Andaikan jika semua hutang sudah habis dibayar pada waktu persaraan (pada umur 55 tahun).
Jika seseorang itu mahu bersara dengan keperluan bulanan yang selesa (selesa ke?) sebanyak 5k untuk menampung sekurang²nya selama 20 tahun (hingga umurnya mencecah 75 tahun), maka dia memerlukan jumlah berikut
5000 x 12 bulan x 20 tahun = 1.2 juta!
Ia tak semudah itu ye tuan-tuan, kerana majoriti orang yang bersara berjaya menghabiskan semua wang persaraannya pada tempoh 10 tahun yang pertama.
Ada yang 5 tahun bersara pun sudah habis.
Yang tak cukup 100k dalam simpanan@epf, silap haribulan wang itu selesai dalam 1 tahun yang pertama. Keadaan akan menjadi bertambah buruk jika portion utama wang persaraan tersebut digunakan untuk membayar hutang-piutang.
Bagaimana dengan makan dan minum?
Jika anda belanja RM30 sehari untuk makan-minum sekeluarga, ini bermakna untuk itu saja anda perlukan peruntukan sebanyak 216k bagi menampung selama 20 tahun!
Belum masuk belanja pergi umrah dan haji, membayar bulanan kereta baru (takkanlah kereta lama boleh tahan 20 tahun lagi?), belanja hangus seperti bil api dan air, maintenance, belanja pendidikan & kahwin untuk anak-anak dan sebagainya.
Peruntukan untuk kesihatan pulak bagaimana? Cukup ke dengan standby medical card tu?
Lagipun apakah anda boleh jamin bahawa kesihatan anda boleh bertahan untuk 20 tahun yang akan datang?
Ye, nak sihat anda perlukan wang.
Kalau tak percaya cubalah sakit. Nanti anda akan tengok betapa wang anda itu mengalir seperti air terjun dari tingkat 10.
Maka atas sebab itulah sangat pentingnya ilmu kewangan.
Dalam mempersiapkan diri menghadapi hari tua anda dalam keadaan yang gemilang, fikirkan tentang persediaan berikut
1) menjalankan perniagaan (secara sambilan) untuk pastikan stream of income anda tidak terganggu dan boleh diteruskan selepas bersara
2) lengkapkan diri dengan ilmu kewangan dan kesihatan
3) bercucuk tanam @ mengusahakan haiwan ternakan
4) kurangkan belanja dan selesaikan hutang secepat yang boleh
5) jangan tambah komitmen yang tidak perlu
6) makan seadanya dan jaga kesihatan anda
7) simpan wang dan melabur di tempat yang betul (contohnya unit trust yang boleh beri pulangan atleast 10% setahun)
8) dan banyak lagi.
Haaa ini saya tak bukak kitab inflasi lagi!
Berapa tahun lagi anda akan bersara? Then gunakanlah tempoh masa yang ada dengan sebaik-baiknya.
Ada nampak saya happy?