Nur Aizat Mohmiddin

Nur Aizat Mohmiddin Shariah Advisor at Ginen Bersatu Sdn Bhd
Pengurusan & Pembahagian harta pusaka
Wasiat, Hibah , Faraid
Islamic Financial Practitioner

AssalamualaikumBUAL BICARA SANTAITajuk : Pengurusan harta berlandaskan Syariah✍️Nak tahu ilmu pengurusan harta?✍️Dana Pe...
17/07/2022

Assalamualaikum

BUAL BICARA SANTAI

Tajuk : Pengurusan harta berlandaskan Syariah

✍️Nak tahu ilmu pengurusan harta?
✍️Dana Pendidikan anak-anak
✍️Nak rancang Wasiat?
✍️Anda atau ahli keluarga ada masalah kes Faraid ?
✍️Nak tahu tentang hibah?
✍️Anda ada perancangan untuk hibahkan harta anda?
✍️Nak urus harta anda?

Jemput datang ke Bual Bicara Santai Pengurusan harta berdasarkan Syariah

Boleh wasap saya untuk bual santai / nak konsultasi sebelum ke program 😊

https://hihello.me/p/4c6ced6d-4d40-495f-94f9-5f29a3307e42 (Bisnes kad)

www.wasap.my/601110920855/BBSPI (Nur)

05/07/2022

APAKAH YANG PERLU ANDA FAHAMI TENTANG HIBAH?

Hibah merupakan satu bentuk pengurusan harta yang mana hibah ini adalah satu pemberian harta daripada seseorang kepada seseorang yang lain sama ada harta alih ataupun harta tidak alih. Hibah juga boleh dikatakan sebagai satu transaksi ataupun kontrak yang tidak memerlukan balasan iaitu dalam erti kata lain ia hanya memerlukan satu pihak sahaja yang menentukan pemberian tersebut tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada pihak yang satu lagi. Untuk fahaman semua, sebagai contoh pemberi hibah menghadiahkan sebuah rumah kepada penerima hibah semasa hayat si pemberi tanpa mengharapkan balasan daripada penerima hibah tersebut terhadap hadiah pemberiannya. Jadi, untuk lebih memahami konsep ini kami akan menerangkan kepada anda beberapa perkara penting yang perlu anda fahami tentang hibah.

1. Rukun dan Syarat Hibah

1.1 Rukun Hibah
Pertama sekali, kita haruslah jelas dengan rukun hibah yang terdiri daripada pemberi hibah, penerima hibah, harta yang hendak dihibahkan dan juga lafaz ijab dan qabul (sighah).

1.2 Syarat Hibah
Seterusnya, kita beralih p**a kepada syarat hibah di mana kita harus melihat dahulu syarat untuk pemberi hibah itu sendiri. Sebagai pemberi hibah, seseorang itu haruslah merupakan pemilik kepada harta yang hendak dihibahkan, seorang yang sempurna akal, telah mencapai umur majoriti, seseorang yang layak untuk menguruskan hartanya dan juga seseorang yang rela hati untuk melakukan hibah tanpa sebarang paksaan daripada orang lain.
Untuk penerima hibah p**a, seseorang itu mestilah mempunyai keupayaan untuk memiliki harta tersebut. Walaubagaimanapun, syarat ini adalah tidak mutlak di mana jika penerima hibah itu tidak berkeupayaan untuk memiliki harta seperti masih di bawah umur ataupun seorang OKU, harta yang hendak dihibahkan itu boleh diberikan melalui lantikan pemegang amanah sebagai wakil penerima hibah tersebut.
Selain itu, kita beralih kepada syarat harta yang hendak dihibahkan. Harta tersebut mestilah sah dan bernilai di sisi syarak, harta yang dimiliki oleh pemberi hibah itu sendiri dan juga harta yang wujud dan mampu diserahkan kepada penerima hibah semasa harta tersebut hendak dihibahkan.
Bagi lafaz ijab dan qabul (sighah) p**a, lafaz tersebut mestilah membawa pengertian pemberian dan penerimaan hibah itu sendiri.

2. Jenis-Jenis Hibah

2.1 Hibah Mutlak
Cara perlaksanaan hibah ini adalah dengan memberikan harta yang hendak dihibahkan secara terus kepada penerima hibah. Dalam erti kata lain, pemberian ini berlaku semasa hidup tanpa sebarang syarat.

2.2 Hibah Bersyarat
Hibah jenis ini merupakan kontrak hibah yang mana pemberi hibah meletakkan syarat bagi perlaksanaan pemberian hibahnya. Terdapat dua hibah bersyarat yang utama iaitu hibah umra dan juga hibah ruqba.
Bagi hibah umra, jenis hibah ini merupakan pemberian harta kepada seseorang dengan menetapkan syarat atau menghadkan tempoh milikan pemberian harta tersebut berdasarkan kematiannya atau kematian si penerima hibah.
Berbeza p**a dengan hibah ruqba, jenis hibah ini merupakan pemberian harta kepada seseorang yang mana jika salah seorang daripada pemberi atau penerima hibah itu meninggal dunia, harta yang dihibahkan itu akan menjadi milik orang yang masih hidup tidak kira sama ada yang masih hidup itu pemberi ataupun penerima.

3. Manfaat dan Kepentingan Hibah
Terdapat banyak manfaat dan kepentingan hibah antaranya ialah hibah boleh dilakukan atau diberi kepada sesiapa sahaja tanpa mengikut nasab keturunan malah hibah juga boleh dilaksanakan kepada orang yang bukan Islam sebagai contoh atas dasar persahabatan. Selain itu, tiada persetujuan atau kebenaran mana-mana pihak diperlukan untuk melaksanakan hibah. Hal ini berbeza dengan wasiat ataupun faraid di mana persetujuan waris diperlukan selepas kematian pemilik sesuatu harta.
Seterusnya, untuk pemberian harta secara hibah tiada had bagi kadar pemberiannya. Seperti kita sedia maklum, wasiat tertakluk kepada 1/3 bahagian sahaja manakala faraid p**a akan ditentukan bahagiannya seperti mana yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. Dalam erti kata lain, dalam melaksanakan hibah, pemberi hibah ini sendiri boleh menentukan kadar harta yang hendak diberikan kepada penerima. Tambahan p**a, penerima hibah juga mempunyai manfaat seperti masih boleh menggunakan hartanya seperti biasa dengan meletakkan syarat iaitu dengan melaksanakan hibah bersyarat seperti yang telah diterangkan di perenggan di atas. Hal ini adalah bertujuan bagi menjaga kepentingan pemberi hibah itu sendiri terhadap harta yang dimilikinya.

Akhir sekali, hibah tidak akan terbatal dengan sendirinya tanpa persetujuan daripada penerima hibah itu. Jika pindahmilik harta itu telah berlangsung selepas hibah, pemberi hibah tiada hak untuk sesuka hati membatalkan hibah tersebut melainkan jika hibah itu di antara ibu/ayah dan anak atau datuk/nenek dan cucu, maka hibah tersebut boleh dibatalkan.
Kesimp**annya, seringkali kita dengar atau baca tentang pergolakan dan masalah yang timbul antara waris-waris setelah kematian yang kesannya menyebabkan sesuatu harta itu tidak diuruskan dengan cara yang sepatutnya atau lebih teruk lagi terbiar begitu sahaja. Maka, disebabkan itu hibah merupakan salah satu cara pengurusan harta yang efektif pada masa kini kerana ia bukan sahaja memberi peluang kepada pemilik harta merancang dengan sebaiknya malah waris-waris juga akan mendapat manfaatnya jika hibah ini dilaksanakan semasa hidup.

01/07/2022

Soalan :

Ibu saya baru meninggal dunia tahun 2021. Masa nak urus pusaka, baru tahu rupanya rumah dan tanah yang kami duduki belum turun milik daripada nama atuk yang telah meninggal dunia tahun 2002.

Waris atuk hanya mak dan Pak Long. Waris mak p**a kami empat beradik, dua lelaki dua perempuan.

Rumah tu atuk memang dah wasiatkan kepada mak sebelum meninggal dunia dulu. Pak Long dulu setuju nak bagi. Tapi sekarang tanah mak dah naik harga berlipat kali ganda, jadi Pak Long pun nak bahagian dia. Ada tak cara nak dapatkan semula rumah tu?

Jawapan :

Dalam kes ini kita perlu kenal pasti dahulu waris-waris datuk dan ibu serta bahagian yang layak diperoleh oleh setiap waris.

Contoh harga semasa rumah dan tanah peninggalan atuk bernilai RM 500,000. Semua masih atas nama datuk.

WARIS DATUK:

Anak Lelaki (bapa saudara)
Anak Perempuan (ibu)

WARIS IBU

Anak lelaki 1
Anak lelaki 2
Anak perempuan 1
Anak perempuan 2

Pembahagian harta datuk selepas ibu meninggal dunia:

Bapa saudara - 12/18 (RM 333,333.33)
Anak lelaki 1 - 2/18 (RM 55,555.56)
Anak lelaki 2 - 2/18 (RM 55,555.56)
Anak perempuan 1 - 1/18 (RM 27,777.78)
Anak perempuan 2 - 1/18 (RM 27,777.78)

Pak Long iaitu anak lelaki datuk layak menerima bahagian terbesar dalam pusaka yang ditinggalkan. Walaupun semasa hidup dahulu datuk telah mewasiatkan rumah dan tanah kepada ibu, namun wasiat tersebut terbatal kerana tidak mendapat persetujuan daripada waris datuk yang lain (Pak Long).

Menurut jumhur fuqaha', wasiat kepada waris yang layak menerima harta pusaka adalah tidak sah walaupun dengan kadar 1/3 melainkan mendapat keizinan daripada waris-waris lain. Ini kerana, sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah telah berikan kepada setiap orang yang berhak itu akan haknya, maka tidak boleh berwasiat kepada waris. "

(Hadis riwayat al-Tirmidhi)

Dalam situasi seperti ini, waris boleh berbincang semula bersama semua waris untuk mendapatkan kata putus terbaik.

Antara pilihan yang waris boleh buat adalah:

1. Muafakat bersama Pak Long untuk dapatkan bahagian rumah. Jika Pak Long tidak bersetuju,

2. Waris boleh menebus rumah dan tanah dengan membayar bahagian Pak Long. Ataupun,

3. Waris boleh berkongsi bahagian rumah yang mana nama semua waris di masukkan ke dalam geran. Untuk kes ini, sebarang transaksi melibatkan rumah perlu mendapatkan persetujuan daripada waris-waris lain. Ataupun,

4. Waris boleh menjual tanah dan rumah kemudian memberikan bahagian tersebut kepada setiap waris mengikut nilai yang telah ditetapkan.

Ini adalah contoh kes kematian berlapis. Jika pengurusan pusaka dilewatkan, urusan pembahagian juga akan semakin sukar apatah lagi jika waris tidak bersepakat.

Dan seandainya anda berhasrat untuk membahagikan harta anda kepada waris-waris tertentu, pilihlah instrumen yang tepat agar pembahagian tersebut dapat dilaksanakan sesuai hasrat anda.

Semoga harta yang anda tinggalkan menjadi barakah dan bukannya punca perpecahan dalam keluarga.

Jika anda berminat untuk dapatkan perkhidmatan pengurusan pusaka, anda boleh hubungi kami pada link di bawah.

https://linktr.ee/puanumi

PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com






©️Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI.

AssalamualaikumBUAL BICARA SANTAITajuk : Pengurusan harta berlandaskan Syariah✍️Nak tahu ilmu pengurusan harta?✍️Nak ran...
28/06/2022

Assalamualaikum

BUAL BICARA SANTAI

Tajuk : Pengurusan harta berlandaskan Syariah

✍️Nak tahu ilmu pengurusan harta?
✍️Nak rancang Wasiat?
✍️Anda atau ahli keluarga ada masalah kes Faraid ?
✍️Nak tahu tentang hibah?
✍️Anda ada perancangan untuk hibahkan harta anda?
✍️Nak urus harta anda?

Jemput datang ke Bual Bicara Santai Pengurusan harta berdasarkan Syariah

Pm saya, penasihat syariah anda
Nur Aizat
01110920855

23/06/2022

Rancang Harta Elak Sengketa
*******************************
Kenapa nak kena rancang harta?
Faraid kan dah ada?
Untuk kita yang masih hidup, Faraid adalah perkara pertama sekali yang kita akan rujuk semasa kita hendak membuat perancangan harta.
Apabila kita dah meninggal nanti, Faraid adalah yang terakhir sekali waris2 kita akan rujuk selepas urusan untuk mentadbir dan mengurus harta pusaka kita selesai iaitu selepas dilangsaikan hutang2 kita, ditunaikan badal haji (sekiranya belum menunaikan haji), ditunaikan fidyah, ditolak harta sepencarian, dilaksanakan wasiat dan akhir sekali barulah diagihkan secara faraid kepada waris2 yang berhak.
Keperluan perancangan harta setiap orang tak sama. Bergantung kepada siapa waris2 faraid mereka. Saya kongsikan beberapa situasi sebagai contoh untuk mudah faham :
Situasi 1 :
Seorang lelaki mempunyai ibu, ayah, isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Waris faraidnya :
Ibu - 1/6 (12/72)
Bapa - 1/6 (12/72)
Isteri - 1/8 (9/72)
Anak lelaki - asobah (2 bahagian) - (26/72)
Anak perempuan - asobah (1 bahagian) - (13/72)

Cadangan instrumen perancangan harta yang boleh diambil semasa hidup :

1)Surat Pengisytiharan Hibah sekiranya beliau ingin memberikan bahagian yang lebih kepada isteri atau anak perempuan.

2)Deklarasi Harta Sepencarian untuk isteri.

3)Wasiat Pentadbiran-melantik pentadbir untuk memudahkan urusan pentadbiran pusaka (optional-sangat diperlukan jika harta melebihi rm2 juta).

4)Wasiat Pembahagian-1/3 sahaja untuk tujuan amal jariah.

Situasi 2 :
Seorang wanita mempunyai ibu, ayah,suami dan seorang kakak.

Waris faraidnya :
Ibu - 1/3 (1/6)
Bapa - asobah (2/6)
Suami - 1/2 (3/6)
Kakak - bukan waris faraid

Cadangan instrumen perancangan harta yang boleh diambil semasa hidup :

1)Surat Pengisytiharan Hibah sekiranya beliau ingin memberikan harta kepada kakak atau ingin berikan harta tertentu kepada waris2 yang lain.

2)Deklarasi Harta Sepencarian untuk suami.

3)Wasiat Pentadbiran-melantik pentadbir untuk memudahkan urusan pentadbiran pusaka (optional-sangat diperlukan jika harta melebihi rm2 juta).

4)Wasiat Pembahagian-1/3 sahaja untuk tujuan amal jariah atau nak berikan 1/3 harta kepada kakak (jika tak nak beri melalui hibah).

Situasi 3 :
Seorang suami hanya mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak perempuan.

Waris faraidnya :
Isteri - 1/8 (3/24)
2 anak perempuan - berkongsi bahagian 2/3 - 8/24 (16/24 seorang)
Baitulmal - asobah (5/24)

Cadangan instrumen perancangan harta yang boleh diambil semasa hidup :

1)Surat Pengisytiharan Hibah sekiranya beliau ingin memberikan harta yang lebih kepada 2 orang anak perempuannya.

2)Deklarasi Harta Sepencarian untuk isteri.

3)Wasiat Pentadbiran-melantik pentadbir untuk memudahkan urusan pentadbiran pusaka (optional-sangat diperlukan jika harta melebihi rm2 juta).

4)Wasiat Pembahagian-1/3 sahaja untuk tujuan amal jariah.

Dah tau siapa waris Faraid kita? Itulah permulaan kita untuk mula merancang harta. Kena ambil tau juga ilmu faraid walaupun yang asas. Semoga semua harta yang kita tinggalkan nanti dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh waris2 kita dan kita pun dapat juga pahalanya. Yang meninggalkan tenang, yang ditinggalkan pun senang.

cc : Roslina Sabiyah

Alhamdulillah ramai yang dah buat hibah takaful. 👍Hibah Takaful ialah seseorang menghibahkan caruman Takafulnya kepada p...
22/06/2022

Alhamdulillah ramai yang dah buat hibah takaful. 👍

Hibah Takaful ialah seseorang menghibahkan caruman Takafulnya kepada penerima seperti ahli keluarga iaitu isteri dan anak-anak.

Ada persoalan yang menarik telah diutarakan?

"Hibah takaful boleh disambung selepas kematian seseorang?"

Ya, boleh.

Camna?

Anak si mati boleh menyambung hibah tersebut.

Nur Aizat
+60 11-1092 0855

Anda sebagai isteri/penjaga, nak sambungkan hibah Takaful untuk anak si mati? Boleh hubungi saya.

Address

PT 2512 TINGKAT 2, KOTA KENANGAN Jalan HOSPITAL
Kota Bharu
15400

Telephone

+601110920855

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nur Aizat Mohmiddin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nur Aizat Mohmiddin:

Share