Syarifah Nadhirah - Pengurusan Harta, Hibah, Wasiat & Pusaka

Syarifah Nadhirah - Pengurusan Harta, Hibah, Wasiat & Pusaka Penasihat Syariah Nadhirah

12/04/2023

Penerangan ringkas hibah oleh Ustaz Azhar Idrus. Untuk info lanjut mengenai hibah, wasiat dan wakaf boleh hubungi 016-368 6874

04/03/2023

ANTARA SEBAB PERLU MENYEGERAKAN PROSES PEMBAHAGIAN FARAID

*KEMATIAN BERLAPIS*

Sekiranya hal ini berlaku kes tersebut akan bertambah rumit untuk diselesaikan. Kematian berlapis-lapis akan menyebabkan proses pengurusan pusaka menjadi renyah & mengambil masa yang panjang. Tidak dilupakan kos pengurusan juga akan meningkat.

Ini kerana setelah berlakunya kematian berlapis, pentadbir pusaka perlu mencari satu demi satu waris-waris yang terlibat atau ada hak ke atas harta tersebut.

Contoh: Si mati meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki & ibu kandung.

Ibu kepada si mati telah meninggal sebelum harta si mati dibahagikan. Ini akan menyebabkan bahagian ibu si mati akan jatuh kepada adik beradik si mati.

Katakanlah adik beradik si mati ada 3 orang lelaki. Dan dalam proses untuk membahagikan harta tersebut, salah seorang daripadanya (adik si mati) p**a telah meninggal. Adik si mati p**a meninggalkan seorang isteri & 2 orang anak lelaki.

Jadi bahagian yang sepatutnya milik adik si mati tadi yang diperoleh daripada bahagian arwah ibu tersebut akan turun p**a kepada isteri & anak beliau.

Selagi harta tersebut tidak diagihkan mengikut caranya, selagi itulah perkara tersebut akan bersambung dan ini dipanggil sebagai kematian berlapis.

Apa yang terjadi apabila berlaku kematian berlapis? Akhirnya waris-waris akan lepas tangan dan tidak sanggup lagi untuk menguruskan hal pengurusan pusaka arwah. Dan harta tersebut akan kekal dengan keadaan yang sedia ada.

Cuba anda fikirkan, apabila sudah berlaku kematian berlapis, siapa yang sanggup meluangkan masanya untuk menguruskan hal ini? Siapa yang akan sanggup untuk mengeluarkan wang untuk membiayai kos pengurusan tersebut? Adakah anda pasti waris-waris yang kita temui akan memberikan kerjasama yang baik? Adakah anda pasti hal pengurusan pusaka tidak akan tergendala akibat pertelagahan, ketidaksetujuan waris-waris yang berkaitan?

Dalam menyelesaikan proses pengurusan pusaka, banyak hal-hal yang kita tidak pasti akan berlaku. Mungkin dengan izin Allah urusan itu dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Mungkin juga akan berlaku beberapa kesulitan yang perlu kepada penyelesaian yang sesuai.

Maka saya memohon kepada waris-waris, segerakanlah pengurusan pusaka. Faraid adalah hukum yang ditetapkan oleh Allah untuk memudahkan hambanya. Janganlah bertangguh sehingga perkara yang mudah menjadi sulit untuk dilaksanakan.

Bermuafakatlah antara ahli-ahli waris. Ambillah hanya sekadar hak kamu sahaja. Janganlah mempersoalkan bahagian yang telah ditetapkan. Janganlah menuntut harta tersebut sekiranya kamu tiada hak. Laksanakanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik.

Wallahu A'lam
Semoga bermanfaat.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
http://www.wasap.my/60163686874


02/03/2023

*KISAH BENAR: PASANGAN MENINGGALKAN DUNIA, ADAKAH ANDA BERSEDIA MENGHADAPINYA?*

Kredit: IIUMC

*Suami Mati Mengejut Tinggalkan Hutang Bank Rumah & Kereta.*

*Panduan Untuk Isteri*

Setiap pasangan yang berkahwin berharap mereka akan melayari hidup bersama hingga ke anak cucu.

Namun ajal dan maut itu ketentuan Tuhan.

Mungkin juga suami yang menjadi tempat isteri bergantung hidup pergi dulu ketika usia masih muda dan anak-anak masih kecil.

Tiada wanita yang mahu perkara ini terjadi tapi ketentuan Tuhan tidak boleh dielak.

Justeru sedikit sebanyak panduan tentang perkara ini perlu kita ketahui.

Perkara ini telah dikongsi oleh seorang wanita di iiumc yang kematian suami secara mengejut.

Bagaimana beliau menguruskan pinjaman bank untuk rumah dan kereta yang dibuat atas nama bersama selepas ketiadaan suami, begitu juga urusan insuran, akaun bank dan juga Socso.

*Suami meninggal selepas koma tiga minggu*

Saya kematian suami hampir 4 tahun lalu kerana meningtis atau jangkitan kuman pada otak.

Tiba-tiba suami yang sihat ceria terpaksa dikomakan akibat sawan yang tak henti-henti walaupun dia tak pernah ada sejaran epilepsi.

Setelah koma 3 minggu, Allah ambil dia.

Alhamdulillah, saya terima ketentuan ini dengan redha.

Namun , saya macam hilang arah sekejap sebab suami yang buat semua semasa hayatnya.

Sampaikan nak makan apa pun dia yang uruskan. Alhamdulillah Allah tempatkan insan-insan yang menolong untuk selesaikan bermacam urusan.

Banyak benda kena buat sebenarnya tau, especially berkenaan harta pusaka.

Saya cuba jelaskan sebaiknya walaupun agak panjang.

1. *Pencen Socso*

Kalau si mati meninggal sebelum usia pencen i.e. 50 tahun dan dia bekerja di syarikat yang mencarum, warisnya akan terima Pencen Penakat. Isteri akan dapat pencen ni seumur hidup walau dia kahwin lain, anak-anak akan dapat hingga tamat belajar.

Kiraannya saya tak tahu, kena tanya Socso tapi berdasarkan gaji terakhir. Alhamdulillah majikan saya yang sibuk ambilkan borang dan suruh isi. Saya mrmang tak tahu langsung kewujudan pencen ni. Kemudian setiap tahun kena hantar borang ‘renew’ pada Socso ye, kalau nak pencen bulanan tu.

2. *Pinjaman perumahan*

Kalau suami ada beli rumah guna nama dia saja, pinjaman akan ‘settle’ sebab dilindungi MRTA. Tapi kami buat joint loan jadi hanya separuh loan settle. Saya terus bayar bahagian saya macam biasa tapi tiba-tiba lepas 2 tahun bank call kata ada tunggakan. Banyak! Dalam RM10k.

Rupanya kena inform bank untuk buat rescheduling bayaran. Sebabnya kata pihak bank waktu tandatangan agreement loan, kita kata kita akan bayar RM3000 sebulan i.e. separuh suami bayar, separuh saya bayar.

So bank expect RM3k tiap bulan. Tapi tau-tau dah dekat RM10k skali dgn interest lewat bayar. So, ingat, sila reschedule monthly payment kalau buat pinjaman bersama. Senang je, isi borang je kat bank.

3. *Kereta*

Ni lagi satu pening. Kalau masa buat loan beli kereta, pastikan ambil insurans ke atas pinjaman tu tau. Ia insuran berbeza dengan insuran kereta. Insurans kereta yang kita guna bila accident tu semua biasa kan.

Ini adalah insuran macam MRTA yang kita ambil bila buat loan rumah. Tak ingat apa namanya tapi kena tanya kat bank, KENA TANYA! Cos they don’t usually volunteer the info sebab rugi kalau owner meninggal, bank kena continue bayar.

Kalau kereta murah bank offer tanpa ditanya tapi kalau yang mahal, takdenye. Takpelah, saya continue guna kereta tu walau mahal sebab masa arwah pergi, kereta baru beli setahun. Nak trade in tak mampu sebab loan kat bank banyak lagi, kena top up puluh ribu.

Takpe, Allah sentiasa pastikan rezeki saya cukup. Satu lagi, kereta tu waris boleh guna sampai bila-bila kalau ada Surat Kuasa. Kalau takde surat tu, boleh renew insurance dan road tax up to 3 years saja. Surat Kuasa ni saya explain kat bawah nanti. Tapi bila renew road tax kena renew every 6 months, bukan setahun macam biasa ye.

4. *Insurans*

Kalau si mati ada ambil insurans waris dapat pampasan la. Semua tahu kan. Yang saya nak cerita kalau si mati ambil insurance utk org lain, contoh untuk anak dan isterinya. Bila dia meninggal, insurans tu akan sambung secara automatik sebab selalunya ia dilindungi oleh insurans. Alhamdulillah kan?

5. *Akaun Bank*

Kalau waris tahu no pin kad ATM si mati, senang. Saya dan suami tak kongsi maklumat bank, termasuk la no pin. Ye la, kan takleh bagitau orang. Lagipun, saya shopaholic sedangkan suami jimat dan s**a buat investments. Bahaya la kalau saya tau no pin dia kan? So, bila dia sakit tu, susah la sikit. Mujur saya bekerja.

Tapi nak access akaun dia kat bank bergantung kepada jumlah duit dalam akaun. Kalau ada kurang daripada RM5k, bank boleh transfer ke akaun waris jika ada akaun di bank yg sama. Jika lebih drp RM5k, duit tu pergi ke Amanah Raya. Kalau melalui Amanah Raya, tak beraya la jawabnya. Haha. Sorry, lame joke.

6. *Surat Kuasa*

Okay yang ni agak renyah. Waris kena ambil borang A di Pejabat Pusaka Kecil dan senaraikan harta si mati IN DETAIL ye. Harta ni termasuk rumah, tanah, kereta, wang dlm bank, unit amanah, etc., Lepas tu submit ke Pejabat Pusaka Kecil beserta dokumen berkenaan sbg bukti. Contohnya kalau rumah, kena ada geran.

Kalau loan bank tak habis lagi, maknanya geran takde dgn kita selalunya. So kena pergi ambil geran sementara. Saya di Selangor jadi saya ambil di Bangunan SUK di Shah Alam. Kena bayar RM50 kalau tak silap. Geran sementara tu sah sebulan je tau so lepas settle tu silalah bergegas submit dgn Borang Tuntutan Harta Pusaka (Borang A) di Pejabat Pusaka Kecil.

Lepas tu, tunggu surat utk dipanggil bicara di Pejabat Pusaka Kecil kalau nilai harta kurang daripada RM2 juta. Saya tunggu dalam 6 bulan kot. Bila hadir bicara, kena bawa 2 saksi ye. Jangan lupa bawa dokumen sokongan mcm geran tanah, geran kereta, statement bank, etc. Bicara tak lama pun tapi pegawai bicara akan tanya soalan tentang si mati. Saya dan saksi (kawan saya) menangis sebab soalan yang ditanya agak brutal (si mati ada beristeri lain? ada anak dgn perempuan lain? dll.)

Berdoalah agar urusan dipermudahkan
Pengalaman saya tuntut harta pusaka ni mudah sebab keluarga arwah suami tak nak tuntut apa-apa sebab kesiankan anak-anak saya. Masuk bicara pun mereka tak nak hadir, sampaikan pegawai bicara pun hairan diorg tak nak tuntut sebab arwah suami tinggalkan banyak duit. Tapi kalau keluarga si mati tu nak tuntut, itu akan ambil masa, especially untuk capai persetujan semua pihak.

Kemudian pegawai bicara akan buat estimation nilai harta dan kita kena buat bayaran berdasarkan kiraan tu dlm tempoh sebulan rasanya. Kalau dlm RM200k, kena byr dlm RM1000 lebih. Surat Kuasa sebagai pentadbir harta boleh ambil di Pejabat Pusaka Kecil lps sebulan lebih.

Doalah supaya Dia permudahkan urusan kita. Surat Kuasa ni penting sangat untuk waris mentadbir dan mengurus harta ye, macam nak renew road tax n insurance kereta, nak keluarkan duit di bank, unit trust, etc. Simpan elok-elok dan buat salinan banyak-banyak sebab kadang-kadang pihak bank akan ambil bila kita buat urusan.

Rasanya ni saja urusan yg saya boleh share. Seperkara untuk ingatan semua, bila kehilangan orang tersayang, surround yourself with people who remind you about akhirat.

Kata-kata dari orang-orang sebegini akan membuatkan kita rasa kematian dia adalah satu khabar gembira kerana dia sudah di barzakh, tak lagi berbuat dosa dan disibukkan dgn hal-hal dunia.

Semoga Dia juga memberi kita kesudahan yang baik.

*KLIK UTK BUAT PERANCANGAN SEKARANG:*

*http://www.wasap.my/60163686874*

*KISAH BENAR SEORANG ISTERI MUDA YG KEMATIAN SUAMI*Pagi ni berkesempatan join zoom talk perkongsian oleh seorang ibu tun...
07/02/2023

*KISAH BENAR SEORANG ISTERI MUDA YG KEMATIAN SUAMI*

Pagi ni berkesempatan join zoom talk perkongsian oleh seorang ibu tunggal mengenai kisah pengurusan harta pusaka suami beliau. Banyak cabaran dihadapi oleh beliau dan pelbagai input yang dikongsikan oleh Puan S kepada kami semua. Ini ringkasannya.

Puan S berkahwin dalam usia yang muda, dan mengikuti suaminya belajar PhD di luar negara. Suaminya seorang pensyarah Fakulti Kejuruteraan di UKM.

Satu hari, suaminya tiba-tiba jatuh pengsan beberapa minit. Tapi masa tu kat luar negara susah nak dapat rawatan segera. Pendekkan cerita, suaminya disahkan ada kanser otak dan sambung rawatan di Malaysia.

Masa tu suami dia layak untuk warded di wad kelas 1 sebab dia dikira sebagai staff kerajaan. Walaupun suami kerja kerajaan, nak buat ujian MRI di hospital kerajaan terpaksa tunggu sehingga 6 bulan. Untuk rawatan kimoterapi, terpaksa habiskan RM12 ribu untuk setiap 2 minggu.

Akhirnya suami meninggal dunia selepas 3 tahun fighting with cancer. Dan bermulanya cabaran buat si isteri. Isteri tak bekerja, tapi berpelajaran. Ada anak kecil 2 orang. Bila orang cerdik, mestilah nak selesaikan semua harta pusaka suaminya. Maka berurusanlah dia dengan keluarga mertua. Huraian dalam bentuk point.
▪️Bila suami meninggal, ramai bersimpati tapi sekadar kata-kata.
▪️Masalah kewangan paling utama
▪️Alami tekanan perasaan
▪️Orang fikir dia muda dan akan kahwin lain & masalah selesai
▪️Tak dapat kerjasama dari keluarga mentua
▪️Duit dalam bank suami dikeluarkan oleh keluarga mertua dan disedekahkan pada anak yatim.
▪️Balu arwah tanya, macam mana p**a untuk duit anak yatim saya?
▪️Arwah suami beli rumah atas nama dia sendiri dan mak sebagai penjamin.
▪️Balu nak minta surat S&P rumah untuk selesaikan pusaka, tapi dianggap tamak nak rebut pusaka.
▪️Kereta yang habis loan orang ambil, kereta yang dalam loan semua tak nak.
▪️Isteri terpaksa tanggung hutang
▪️Ada takaful, tapi bukan ambik hibah
▪️Dapat duit ASB, terus bayar hutang RM75 ribu
▪️Sampai sekarang masih tak selesai sepenuhnya lagi urusan pusaka

*Pesanan Puan S*

▪️Ramai tak buat persediaan kewangan dan perancangan harta sebab fikir masih muda. Lambat lagi nak mati.
▪️Bab harta, yang pakai kopiah, pak haji pun boleh gelap mata.
▪️Kaum isteri kena bijak, belajar ilmu pusaka
▪️Ubah mentaliti, belajar urus kewangan

*KLIK UNTUK MERANCANG HARTA:*

http://wasap.my/60163686874/penasihatsyariahnadhirah

*MENGAPA KITA PERLU BUAT WASIAT*Menurut undang-undang di Malaysia, jika seseorang membuat wasiat, maka ia *MEMUDAHKANNYA...
02/02/2023

*MENGAPA KITA PERLU BUAT WASIAT*

Menurut undang-undang di Malaysia, jika seseorang membuat wasiat, maka ia *MEMUDAHKANNYA* mendapat *Surat Kuasa Pentadbiran Pusaka*

Oleh kerana itu, adalah dicadangkan semua orang Islam yang mempunyai harta atau hutang utk membuat surat wasiat.

Kelebihan membuat Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka semasa hidup ialah ia akan *MEMPERCEPATKAN* proses mendapatkan Surat Kuasa Pentadbiran Pusaka sama ada di Pejabat Pusaka Kecil ataupun di Mahkamah Tinggi.

Sekiranya kita meninggal dunia tanpa Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka, maka ahli waris akan menghadapi pelbagai masalah dan birokrasi dalam menguruskan harta pusaka.

*Pengurusan Harta Pusaka Dengan Wasiat*

Orang yang menyediakan wasiat sebelum mati kebiasaanya akan melakukan dua perkara penting, iaitu:

✅ Mengumpul semua dokumen yang diperlukan (berkaitan harta dan waris)

✅ Melantik pentadbir (wasi).

Pentadbir yang dilantik boleh terdiri daripada waris, bukan waris, peguam atau institusi pengurusan harta pusaka seperti Amanah Raya Berhad.

Dengan adanya dua perkara ini, proses tuntutan harta pusaka akan menjadi lebih mudah.

1️⃣ Pentadbir (wasi) yang dinamakan dalam wasiat membuat permohonan Geran Probet di Mahkamah Tinggi. Geran Probet ini seolah-olah LA yang membolehkan pentadbir menguruskan harta pusaka tersebut.

2️⃣ Pentadbir juga boleh memohon pengesahan wasiat di Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk mengesahkan sesuatu dokumen pewarisan seperti wasiat, hibah, deklarasi harta sepencarian, penyerahan amanah dan pengisytiharan wakaf.

3️⃣ Selepas Geran Probet diperoleh, pentadbir boleh mencairkan harta pusaka tersebut dan menggunakannya untuk membayar hutang-hutang si mati.

4️⃣ Pentadbir juga boleh membahagikan harta pusaka mengikut wasiat yang ditinggalkan atau mengikut faraid dan memohon pindahmilik di institusi berkaitan.

Proses tuntutan harta pusaka yang mempunyai wasiat boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat dalam masa sekitar setahun sahaja. Bahkan, kosnya lebih murah.

Walaupun, proses tuntutan dengan wasiat lebih mudah dan murah, namun masih tidak terlepas daripada masalah (terutamanya untuk orang Islam) yang mungkin timbul seperti:

▪Wasiat melibatkan jumlah harta melebihi 1/3 daripada nilai keseluruhan harta pusaka

▪Wasiat tidak dipersetujui oleh waris-waris yang berhak

▪Wasiat tidak memenuhi syarat seperti tidak mempunyai dua saksi

▪Wasiat diragui kerana pembahagian tidak munasabah atau disediakan dalam keadaan tenat/hampir mati Maka, di sinilah peranan Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti ini.

Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk mengesahkan wasiat yang dilakukan oleh orang Islam.

Sekiranya wasiat tersebut disahkan, Perintah Pembahagian akan dikeluarkan oleh Mahkamah Sivil atau Pejabat Pusaka Kecil sepertimana peruntukan dalam wasiat.

Namun, jika Mahkamah Syariah mendapati wasiat tidak sah atau dipertikaikan, maka wasiat boleh terbatal dan harta akan dibahagikan mengikut hukum faraid.

Cc: Maziah Yong

*SILA KLIK UNTUK INFO LANJUT:*

*wasap.my/60163686874/SyInginBerwasiat*

Business Account

23/01/2023

*"PEMOTONG" HARTA PUSAKA*

Lumrah kehidupan setiap yang hidup pasti akan mati. Segigih mana harta yang kita cari semasa hidup tetap tidak boleh dibawa mati kecuali 3 perkara iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh.

Apabila ajal menjemput seseorang maka sesaat selepas itu harta yang selama ini menjadi miliknya telah bertukar tangan menjadi milik waris-waris yang berhak.

Anda meninggal jam 3.30pm, maka pada jam 3.31pm harta anda telah menjadi harta waris dan ia perlu difaraidkan.

Lambat diurus maka akan timbullah isu-isu lain yang akan menyebabkan proses pembahagian harta menjadi semakin rumit.

Waris-waris mula bertelagah, hubungan makin renggang, doa kepada si mati kian dilupakan yang sentiasa disebut hanyalah kemarahan atau rungutan kerana s**arnya mengurus pusaka si mati.

Namun, buat mereka yang masih mempunyai jiwa suci yang ingin segera menyelesaikan urusan amanah harta si mati didunia maka ada beberapa perkara perlu diketahui sebelum pembahagian harta pusaka dibuat, waris perlu tahu beberapa *‘Pemotong’* yang perlu dilalui oleh harta pusaka.

✳️ Pembayaran Mengenai Urusan Pengebumian.

Ini hanya terhad kepada upah berkaitan urusan pengebumian. Kenduri-kendara atau pemberian hadiah kepada tetamu yang hadir perlu dari poket waris sendiri – tidak dibenarkan menggunakan harta pusaka untuk perbelanjaan ini.

✳️ Urusan Hutang-piutang

Sama ada kereta, rumah, hutang kepada bank seperti pinjaman peribadi dan pinjaman daripada rakan-rakan.

✳️ Cukai atau Zakat

Urusan Percukaian yang tertunggak atau zakat yang masih belum diselesaikan.

✳️ Hibah

Waris juga perlu tahu, samada ketika hidup arwah ada meng-hibahkan harta tertentu kepada insan tertentu.

Sudah pasti, harta dihibahkan tidak boleh difaraidkan. Juga, pastikan perjanjian hibah itu mempunyai dokumen hitam dan putih.

✳️ Harta Sepencarian.

Adakah harta sepencarian dimiliki bersama isterinya; misalnya rumah, hartanah tertentu, kenderaan dan simpanan tertentu?

Mempunyai dokumen deklarasi harta sepencarian adalah lebih memudahkan urusan tuntutan harta sepencarian.

✳️ Wasiat 1/3

Bagaimana dengan wasiat, adakah arwah telah mewasiatkan 1/3 dari harta untuk tujuan amal jariah.

Adakah arwah ada menyediakan wasiat melantik pentadbir harta pusakanya.

Setelah kesemua ini diketahui dan diselesaikan, barulah harta pusaka itu di Faraidkan.

Segalanya dapat dipermudahkan sekiranya sewaktu hidup, pemilik harta telah merancang harta pusakanya.

Waris-waris tidak perlu bertelagah atau bermasam muka. Hubungan kekeluargaan terus kekal bahagia.

Mereka yang mempunyai harta walaupun sebuah rumah atau sebuah kereta atau wang simpanan perlu membuat perancangan harta pusaka walaupun dengan hanya membuat sesuatu yang boleh membantu percepatkan urusan tuntutan harta pusaka.

*BAGAIMANA CARA MEMBUAT DOKUMEN WASIAT DAN HIBAH?*Sebelum itu, anda perlu faham. Kenapa anda perlu membuat dokumen wasia...
22/01/2023

*BAGAIMANA CARA MEMBUAT DOKUMEN WASIAT DAN HIBAH?*

Sebelum itu, anda perlu faham. Kenapa anda perlu membuat dokumen wasiat atau hibah. Ya sekarang harta beku hampir 70 billion, dan sejuta lebih geran tanah belum ditukar nama. Malang bukan?

Kenapa anda perlu merancang harta anda?

✴️ Supaya harta yang anda tinggalkan tidak menjadi beku, kita tidak mahu semua waris bergaduh kerananya dan ada waris yang makan harta batil

✴️ Supaya harta yang anda anda cari setiap hari selama ini menjadi asbab waris anda bersatu, berkasih sayang dan pahala sentiasa mengalir setiap hari walaupun kita sudah di kubur dengan manfaat harta tersebut disedekahkan.

Antara faktor harta beku di Malaysia ini ialah:

1. Waris tak tahu urus pusaka.

2. Waris tiada masa nak urus pusaka

3. Anggap pusaka tidak perlu disegerakan dan kalau nak urus cepat dianggap tamak

4. Tiada muafakat waris

5. Tiada duit untuk uruskan

Jadi bagaimana cara mudah untuk rancang harta anda dengan membuat dokumen?

*1️⃣ Ketahui Faraid Anda*

Ketahui faraid anda, kenapa dalam dokumen kita nyatakan faraid anda?

Sebab supaya anda dan waris anda tahu siapa waris mengikut hukum faraid.

Elakkan pengaduhan yang tak perlu dengan waris yang bukan waris faraid..

Saya banyak jumpa kes. kematian yang tiba-tiba ada orang kata dia waris faraid sedangkan ikut syarak beliau bukan waris.

Jadi itu langkah pertama. Tahu waris faraid anda siapa.

*2️⃣ Lantik Wasi*

Buat wasiat pelantikan wasi.

Wasi boleh dibahagikan kepada dua:

1. Syarikat Amanah
2. Individu

Apa itu wasi?

Wasi ini panggilan lain ialah pentadbir. Jika kita tiada, wasi inilah yang akan melakukan tuntutan pusaka kita. Sangat penting dalam perancangan harta pusaka

Saranan saya, jika harta kita tidak lebih 2 juta. Lebih sesuai lantik individu sahaja.

Kalau lebih, barulah lantik syarikat Amanah seperti MyAngkasa Amanah.

Kenapa lantik wasi penting?

Beri rasa tanggungjawab kepada waris.

Jika kita tak lantik siapa siapa, anak pertama akan mengharapkan anak kedua urus pusaka si arwah. Anak kedua p**a berharap anak ketiga urus pusaka si arwah. Jadi, jika kita dah lantik siap siap, terus beliau ada rasa tanggungjawab untuk uruskan pusaka si arwah.

Bantuan kepakaran akan diberikan kepada wasi yang dilantik waktu hidup akan diberi surat. Jika kita tiada hari ini. Waris boleh membuka surat, boleh hubungi syarikat. Wakil syarikat akan datang ke rumah untuk beri khutbah pusaka, dapatkan persetujuan waris dan proses pusaka terus dibuat segera

Dalam 1 ke 6 bulan sudah selesai! Ya cepat sahaja

Kenapa?

Kerana kita sudah membuat pelantikan wasi, serta wasi diberi bantuan kepakaran oleh pihak syarikat.

Sama konsepnya dengan khairat kematian, jika kita memanggil orang masjid, yang pakar dalam urus jenazah, mandikan jenazah, urus proses kebumikan arwah, dan sebagainya. Proses jadi lebih cepat dan mudah bukan?

Sama di sini, proses jadi lebih cepat dan dibuat dengan betul dengan bantuan pakar.

*3️⃣ Buat Wasiat Sedekah*

Buat wasiat sedekah. Ini saya galakkan semua umat Islam buatlah wasiat . Kerana inilah yang akan menjadi saham akhirat kita nanti

Kenapa?

Harta yang kita milik berjuta-juta sekarang, bukanlah milik kita sepenuhnya.. Betul tak Tuan/Puan?😊

Tapi harta yang disedekahkan, itulah benar benar menjadi milik kita. Jadi buatlah wasiat sedekah 1/3 dari harta kita. Lebih baik buat wakaf terus. Lebih baik dan pahala berterusan hingga ke hari Kebangkitan

*4️⃣ Dokumenkan Dengan Bantuan Pakar*

Dokumenkan segala perancangan, wasiat, hasrat anda. Dibuat dengan bantuan pakar. Jangan buat pesanan mulut. Jangan buat sendiri.

Sini sudah banyak saya jumpa masalah pesan dengan mulut. Buatlah dokumen dengan mana mana syarikat pengurusan pusaka.

*5️⃣ Dana Pantas Untuk Waris*

Bantu wasi dan waris dari segi kewangan dengan sistem penamaan. Apabila kita meninggal, semua aset akan beku, Termasuklah duit dalam akaun dan sebagainya.

Namun, ada beberapa instrumen yang tak beku dan dalam masa 1 ke 2 minggu saja terus ditransfer masuk ke akaun penama.

*1. KWSP*

Buatlah penama di KWSP. Apabila kita tiada, duit itu akan ditransfer ke penama dalam masa 2–4 minggu. Waris boleh guna duit ini untuk kos pengurusan pusaka, bayar hutang arwah dan sebagainya

Namun perlu diingat, penama bukan milik mutlak harta. Mereka hanya pemegang amanah sahaja dan boleh gunakan duit apa yang dibenarkan oleh syarak sahaja

*2. Penama Tabung Haji*

Sama konsepnya seperti penama KWSP. Pastikan anda buat untuk memudahkan urusan waris anda nanti.

*3. Penama di polisi Takaful*

Takaful ada dua akad, satu akad hibah dan satu penama.

Saya cadangkan buat kedua-duanya.

Kedua-dua ada fungsinya tersendiri.

*6️⃣ Dokumen Hibah*

Jika faraid anda termasuk dalam. golongan kritikal, buatlah dokumen hibah. Mudahkan urusan waris anda

Jadi cukuplah 6 langkah nak memudahkan waris anda dengan membuat Dokumen Perwarisan Yg Lengkap.

1. Ketahui faraid dan rekodkan
2. Lantik wasi
3. Buat wasiat sedekah
4. Dokumen dengan bantuan pakar
5. Dana pantas untuk waris
6. Buat dokumen hibah (jika perlu)

Rancanglah secepat mungkin. Kerana kita apabila kita dipanggil ilahi, tak lewat sesaat, tak cepat sesaatpun

Jadikan harta anda dapat menghasilkan pelaburan pahala yang berkekalan apabila anda tiada nanti

Moga semua amal kita diterima oleh Allah swt dan dimasukkan ke syurga. Amin😊

*Bagaimana proses ingin membuat perancangan harta yg lengkap?*

*Insyaallah sy blh bantu anda*

*SILA PM UNTUK INFO LANJUT:*

17/11/2022

*HIBAH ATAU FARAID?*

KREDIT: Ahmad Termizi Abdullah

1. Lebih baik hibahkan semua harta semasa hidup. Nanti mati, tak payah susah-susah nak faraid lagi.

2. Faraid dah ada, buat apa susah-susah nak buat hibah.

3. Kedua-dua statement melampau di atas adalah *TIDAK TEPAT*.

4. Hibah dan Faraid ada peranan masing-masing. Jangan dilebihkan yang satu & meninggalkan yang satu lagi.

5. Hibahkanlah harta kita kepada orang yang kita sayang secara ikhlas. Pastikan cukup rukun & syarat hibah, dan disahkan oleh undang-undang. Pastikan penerima hibah menerima harta hibah, menguasainya, dan bebas berurusan dengan harta yang kita hibahkan.

6. Dalam masa yang sama, tinggalkanlah juga harta kita kepada waris faraid supaya mereka tidak papa kedana dan meminta-minta.

7. Fahamilah bahawa faraid adalah formula penyelesaian bagi kes pembahagian harta pusaka yang digariskan oleh Allah. Walaupun begitu, kita boleh merancang pembahagian harta kita setelah kita memahami pembahagian secara faraid.

8. Jadikanlah ilmu faraid sebagai asas untuk kita merancang pembahagian harta.

9. Ada orang yang kita sayang, mungkin tidak berhak menerima secara faraid seperti anak angkat, anak susuan, cucu dari anak perempuan, anak saudara daripada adik beradik perempuan, dan sebagainya.

10. Mungkin ada harta yang mahu kita wakafkan supaya menjadi amal jariah yang berterusan kepada kita. Tinggalkan harta ini utk difaraidkan tidak akan memenuhi hasrat asal kita tadi.

11. Pengurusan harta pusaka juga boleh jadi tidak teratur jika tiada perancangan semasa hidup.

12. Sememangnya instrumen perancangan harta dan faraid adalah saling melengkapi.

13. Kedua-duanya perlu difahami secara holistik dan menyeluruh.

14. Keperluan kepada hibah atau faraid adalah bergantung kepada kes masing-masing.

*KLIK UNTUK INFO LANJUT:*

http://wasap.my/60163686874/infolanjut

SUDAHKAH ANDA MERANCANG HARTA PUSAKA APABILA ANDA MENINGGAL DUNIA??Setiap hari kita sibuk mengumpul harta dan membiayai ...
14/11/2022

SUDAHKAH ANDA MERANCANG HARTA PUSAKA APABILA ANDA MENINGGAL DUNIA??

Setiap hari kita sibuk mengumpul harta dan membiayai keperluan keluarga tapi tidakkah kita sesekali terfikir apa yang akan terjadi kepada harta-harta, isteri, anak-anak yang kita sayangi setelah kita meninggal dunia?

Tahukah anda bahawa waris anda perlu melalui proses pengurusan harta pusaka yang memakan masa yg *LAMA, RUMIT, LECEH & MAHAL* sebelum mereka boleh menerima harta pusaka yg kita tinggalkan?

*JOM KITA MERANCANG HARTA KITA SEBAGAI PERSEDIAAN UTK KEMATIAN YG AKAN DATANG PD BILA2 MASA.*

*KASIHANILAH ANAK2 DAN ISTERI YG AKAN DITINGGALKAN*..😢😢😢

Untuk info yang lebih lanjut sila hubungi

Business Account

𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐩𝐫𝐨𝐬𝐞𝐬 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚? “Bila dah mati, pandai-pandai la mereka urus sendiri. S...
26/10/2022

𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐩𝐫𝐨𝐬𝐞𝐬 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚?

“Bila dah mati, pandai-pandai la mereka urus sendiri. Saya mati, harta saya tak bawa pun”

Tahukah anda bagaimana proses pengurusan pusaka selepas kita meninggal dunia?

Apabila seseorang telah meninggal dunia, seluruh harta yang dimiliki akan menjadi beku. Waris-waris perlu melalui beberapa proses sebelum harta tersebut dipindah milik kepada waris yang layak.

Terdapat tiga peringkat utama dalam pindah milik harta si mati kepada waris-waris.

1️⃣ Proses perolehan kuasa

Jika si mati meninggalkan harta melebihi RM2 juta, maka proses mendapatkan kuasa perlu dilakukan di Mahkamah Tinggi Sivil. Jika harta yang ditinggalkan di bawah RM2 juta, maka proses ini akan pergi ke Pejabat Pusaka Kecil, dan sekiranya si mati hanya meninggalkan harta alih bernilai RM600 000 ke bawah, maka proses tersebut di bawah Amanah Raya Berhad. Waris-waris perlu mendapatkan perolehan kuasa terlebih dahulu sebelum melakukan proses yang seterusnya.

2️⃣ Proses Pentadbiran

Wasi boleh berurusan dengan pendaftar di badan-badan atau institusi di mana harta si mati didaftarkan. Misalnya, jika si mati meninggalkan kenderaan, waris perlu pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mengisi borang-borang berkaitan bagi urusan pindah milik.

3️⃣ Proses pembahagian

Jika si mati tidak membuat sebarang perancangan semasa hidup seperti hibah ataupun wasiat, maka pembahagian yang telah ditetapkan selepas seseorang mati ialah pembahagian mengikut hukum faraid ataupun sekiranya waris ingin muafakat, maka muafakat boleh diguna pakai mengikut syarat-syarat dan kaedah yang betul.

Proses-proses ini perlu dilalui oleh setiap waris apabila pemilik harta telah meninggal dunia. Akibat daripada proses yang panjang dan memakan kos, ramai waris berhenti di pertengahan jalan untuk menguruskan harta tersebut.

Ayuh bertindak sekarang. Pastikan harta kita dapat dimanfaatkan sebaiknya selepas kita tiada kelak.

Kredit: Puan Umi Yusof

Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi sekarang 👇

http://wasap.my/60163686874/penasihatsyariahnadhirah



Business Account

📌Di sini beberapa situasi yang mungkin boleh membantu anda dalam membuat perancangan harta semasa hidup. ‼️👉 Jika ada an...
20/10/2022

📌Di sini beberapa situasi yang mungkin boleh membantu anda dalam membuat perancangan harta semasa hidup. ‼️

👉 Jika ada anak perempuan sahaja dan berhasrat untuk memberi bahagian yang lebih kepada mereka, buatlah Hibah.
👉 Jika ada anak angkat, boleh buat wasiat atau pun hibah.
👉 Jika banyak hutang dan tanggungan yang ramai terutama sekali anak bawah 18 tahun, ambil hibah takaful supaya selepas kematian waris dapat selesaikan baki hutang dan keluarga ada duit untuk kelangsungan hidup sementara menunggu proses pusaka dapat di selesaikan.
👉 Jika ingin membuat amal jariah seperti infaq kepada anak yatim atau pun organisasi, boleh buat wasiat 1/3
👉 Jika ingin mengikut hukum faraid ataupun tiada apa-apa keperluan yang mendesak, buatlah wasiat untuk melantik Wasi bagi menguruskan harta pusaka selepas kematian.
👉 Jika mempunyai anak kelainan upaya (OKU) boleh lantik Syarikat Amanah yang berdaftar sebagai Pemegang Amanah, supaya kehidupan mereka lebih terjamin selepas kematian ibu bapa.

Hibahkan harta seperti rumah kepada orang yang dipercayai agar anak-anak ini ada tempat untuk berteduh.
👉 Jika berpoligami, maka maklumkan harta sepencarian untuk setiap isteri. Boleh juga buat hibah mengikut keperluan.
👉 Jika harta anda seperti rumah atas dua nama dan masing-masing ada membuat sumbangan terhadap rumah tersebut, lakukan Hibah
Pilihlah perancangan harta yang sesuai buat waris anda. Semoga tindakan anda hari ini dapat membantu waris anda pada masa akan datang dan dapat elak dari perebutan harta yang tiada kesudahannya.

Sebarang persoalan boleh diajukan :

http://wasap.my/60163686874/khidmatnasihatpercuma

Sumber : Puan Umi




Business Account

Address

PT 2512 T2 TAMAN KENANGAN
Kota Bharu
15200

Telephone

+60163686874

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syarifah Nadhirah - Pengurusan Harta, Hibah, Wasiat & Pusaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Syarifah Nadhirah - Pengurusan Harta, Hibah, Wasiat & Pusaka:

Share