12/08/2021
𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟 𝗞𝗘 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟?
𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗗𝗔𝗛 𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗡?
𝗖𝗟𝗜𝗘𝗡𝗧 : "Saya ni kakitangan awam. Dah dilindungi dengan skim kerajaan dah. Penasihat kewangan saya cakap, takpe berhentikan caruman Takaful saya dulu dan gunakan duit tu untuk bayar hutang atau buat pelaburan. Nanti bila kewangan saya dah okay atau dah naik gaji ke, baru mohon balik"
ZUL : Puan dah berkhidmat berapa lama?
𝗖𝗟𝗜𝗘𝗡𝗧 : "7 tahun dah"
ZUL : Pendapatan kasar puan?
𝗖𝗟𝗜𝗘𝗡𝗧 : "Dalam RM4,350 sebulan di mana RM900 adalah elaun, RM3,450 adalah gaji pokok"
ZUL : Puan faham ke apa skim kerajaan yang melindungi puan?
𝗖𝗟𝗜𝗘𝗡𝗧 : "Biasalah.. Saya ambil skim pencen dan kemudahan hospital awam pun percuma"
ZUL : Puan sedar tak berapa pencen puan dapat kalau terpaksa bersara awal kerana kesihatan?
Gaji pokok terakhir x berapa bulan berkhidmat, kemudian bahagi 600. RM3,450 x 84 bulan, bahagi 600
Pencen bulanan = RM483
Dari income RM4,350 sebulan, income puan jatuh kepada RM483 sebulan. Boleh hidup tak? Itu belum tolak hutang yang dipotong melalui Biro Angkasa dan hutang² lain.
Kalau puan sakit kritikal dan dapatkan rawatan di hospital awam, dapat rawatan segera tak?
Saya kasi contoh sakit kanser lah puan. Bila mula² puan pergi hospital, tunggu giliran lama berjam-jam sama warga asing. Puan boleh tahan tak?
Kalau benar sakit kritikal, nak set appointment jumpa doktor pakar, kena tunggu 2 minggu p**ak. Bila nak buat rawatan kanser, kena tunggu giliran 2-3 bulan p**ak, puan boleh sabar tak?
Kalau sel kanser tu merebak 50% dalam masa seminggu, apa puan nak buat?
Sekarang saya tanya puan balik. Skim kerajaan mana yang bantu selesaikan bencana kewangan yang puan hadapi nanti?
Kalau betul puan nak terminate polisi Takaful tu, penasihat kewangan puan tu nak tanggung ke semua kerugian tu dan kasi income bulan-bulan kat puan? Takde kan?
Faham ke Faham?
Semoga Bermanfaat Semua😍
Rujukan : http://www.jpapencen.gov.my/wajib.html
CREDIT : Mohd Zulkarnain Ishak
Azam Abdullah
Takaful Consultant
017-9882181