Mama MC

Mama MC Membantu masyarakat menyediakan perancangan kewangan yang berlandaskan syariah.

Officially Graduated 2025.Ainin Sofiya 26 Nov 2025 DegreeAina Syamimi 4 Dec 2025 DegreeAida Syazwana 7 Dec 2025 DiplomaO...
09/12/2025

Officially Graduated 2025.

Ainin Sofiya 26 Nov 2025 Degree
Aina Syamimi 4 Dec 2025 Degree
Aida Syazwana 7 Dec 2025 Diploma

Officially Alumni UITM
Same like Me!
Since 1990.

Alhamdulillah.
Allah Maha Tahu.
Susah payah cemas semput..
Allah permudahkan untuk sampai ke tahap ini..

Alhamdulillah.

Jika kereta masuk ke dalam sungai atau tenggelam dalam air, keluar dari kereta secepat mungkin adalah sangat penting ker...
08/07/2025

Jika kereta masuk ke dalam sungai atau tenggelam dalam air, keluar dari kereta secepat mungkin adalah sangat penting kerana masa yang ada sangat singkat – biasanya dalam 30 hingga 60 saat pertama.

Berikut panduan langkah demi langkah untuk menyelamatkan diri:

1. Kekal Tenang & Tanggalkan seat belt.

Tanggalkan seat belt dulu, kemudian bantu penumpang lain (jika ada).

2. Jangan Buka Pintu – Buka Tingkap Segera!

Gunakan button tingkap automatik segera. (Ia biasanya masih berfungsi selama beberapa saat sebelum kereta tenggelam sepenuhnya).

Jika tidak boleh buka tingkap automatik:

Gunakan alat pemecah tingkap (window breaker/emergency hammer).

Sasarkan sudut tingkap, bukan tengah – lebih mudah pecah.Jgn cuba pecahkan cermin depan atau belakang.Hampir mustahil untuk pecah segera jika tiada alat khas.

Jika tiada alat, guna kepala penyandar tempat duduk, kasut tumit keras, atau benda tajam.

3. Keluar Melalui Tingkap – BUKAN PINTU

Jangan cuba buka pintu kerana tekanan air akan buatkannya terlalu berat untuk ditolak.

Selepas tingkap dibuka atau pecah:

Keluar satu per satu, paling hampir dengan tingkap dulu.

Tolak tubuh ke arah atas permukaan air (jangan berenang ke bawah).

4. Jika Tingkap Tidak Boleh Dibuka & Tiada Alat Pecahkan

Tunggu kereta tenggelam sepenuhnya dan tekanan air seimbang antara dalam dan luar.

Barulah anda boleh cuba buka pintu (ianya masih s**ar, tetapi mungkin boleh dibuka ketika itu).

PERINGATAN PENTING

Jangan buang masa call orang atau ambil barang.

Latih anak kecil untuk tanggalkan tali pinggang dan ikut keluar ikut tingkap.

Simpan alat pemecah tingkap + pemotong tali pinggang di lokasi mudah capai – seperti visor, dashboard, atau tepi pintu.

✅ Ciri yang WAJIB ada:

Kepala logam keras (tungsten/steel) untuk pecahkan tingkap.

Pemotong/gunting tali pinggang.

Boleh dipasang dekat pemandu – visor, dashboard, atau gear.

Mudah diguna dengan sebelah tangan.

Cara Latih Ahli Keluarga (Termasuk Anak Kecil)

A. Tunjuk dan Ulang 4 Langkah Mudah:

1. Buka tali pinggang
2. Buka tingkap
3. Keluar cepat
4. Naik ke atas air

B. Latih "Senario Pantas"

Simulasi seperti: "Bayangkan kereta masuk air, apa awak buat?"

Ajar mereka tekan tingkap cepat (bukan pintu!)

Ajar cara pegang alat & pecahkan tingkap (guna bantal/objek tiruan)

Tips Extra

Jangan simpan alat dalam glove box – s**ar capai waktu kecemasan.

Simpan alat kedua di bahagian penumpang atau tengah untuk anak-anak.

Ajar anak gunakan siku/tapak kaki kalau tiada alat langsung.

APA NAK BUAT JIKA TAK PANDAI BERENANG

✅ 1. Jangan Panik — Terapung Guna Udara di Paru-Paru

Selepas keluar, jangan panik dan jangan cuba berenang terus.

Ambil nafas dalam, dan biarkan badan terapung secara semula jadi (air sungai dan tasik boleh bantu badan terapung, lebih-lebih lagi jika masih berpakaian penuh).

Posisi terbaik: Telentang, kepala ke atas, kaki dan tangan buka perlahan.

✅ 2. Gunakan Tangan dan Kaki Secara Perlahan

Jangan hentak kuat, gunakan gerakan tangan perlahan-lahan ke belakang (seperti kayuh), dan kaki kayuh perlahan ke arah darat atau objek terapung.

Fokus pada kekalkan muka di atas air, bukan kelajuan.

3. Cari Benda Terapung

Kalau ada:

penutup tayar, kusyen kerusi, beg udara, papan, botol kosong, plastik besar – peluk kuat.

Terap sambil pegang, jangan lepaskan.

✅ 4. Jerit atau Lambaikan Tangan

Jika orang ada di tepi sungai atau lalu lintas:

Lambaikan dua tangan atau jerit minta tolong.

JANGAN LAKUKAN:

Jangan cuba selamatkan beg tangan, telefon atau barangan.

Jangan pegang kawan/anak dengan kuat kalau panik — ini boleh menyebabkan sama-sama lemas. Pegang longgar dan bimbing, bukan tarik.

CADANGAN TAMBAHAN:

🔸 Simpan jaket keselamatan mudah lipat dalam kereta.

Boleh beli jaket keselamatan kompak (RM20–RM40).

Letak satu di bawah tempat duduk atau bonet depan.

🔸 Latih "keterapungan survival" di kolam renang.

Sekali seumur hidup belajar terapung, bukan berenang.

Ada kursus khas ajar “water safety for non-swimmers”

Sumber: Facebook Jeff

🌸 MUTIARA PAGI 🌸Bila berkunjung ke rumah orang, masuklah dalam keadaan buta. Apa yang ada didalamnya, bukan urusan kita....
03/07/2025

🌸 MUTIARA PAGI 🌸

Bila berkunjung ke rumah orang, masuklah dalam keadaan buta. Apa yang ada didalamnya, bukan urusan kita. Dan keluarlah dalam keadaan bisu. Apa kekurangan mereka, jangan kita ceritakan kepada orang lain.

Jangan seronok menceritakan kelemahan dan keaiban seseorang kepada orang lain, kerana kita juga tidak sempurna.

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, ibu ayah kami, pasangan hidup kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami dan kuatkanlah iman kami, tetapkanlah hati kami atas agamaMu, kasihanilah ibu ayah kami sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kami kecil.


Tahniah Achik! Hasil berbaloi dengan usaha.Tiada jalan mudah melainkan melalui Doa usaha ikhtiar dan tawakkal.Syukur All...
01/07/2025

Tahniah Achik!
Hasil berbaloi dengan usaha.
Tiada jalan mudah melainkan melalui Doa usaha ikhtiar dan tawakkal.

Syukur Allah izinkan untuk masih sempat lihat kejayaan anak anak



Kita ni doa banyak-banyak untuk diri kita, tapi ada tak yang kita selitkan untuk kebaikan orang lain? Kita semua ni nak ...
22/05/2025

Kita ni doa banyak-banyak untuk diri kita, tapi ada tak yang kita selitkan untuk kebaikan orang lain?

Kita semua ni nak bahagia, nak kaya, nak berjaya, sebenarnya bukan untuk kita sorang kan?

Sebab tu kita doa sungguh-sungguh, supaya Allah beri kita kemampuan untuk berbakti, beri kegembiraan pada orang lain.☺️

Jom kita bina komuniti saling mendoakan : Puncakkan Rezeki Anda bermula dengan cara ini.


Malam ni, kita doakan kawan-kawan dan ummah boleh.?
Malam Jumaat lagi berkat.
🌹 Mama MC s**a kongsi.

Kadang-kadang kita tak perasan, barang yang kita guna hari-hari ni dah lama sangat “berkhidmat”.Masih elok di mata… tapi...
19/05/2025

Kadang-kadang kita tak perasan, barang yang kita guna hari-hari ni dah lama sangat “berkhidmat”.

Masih elok di mata… tapi mungkin tak selamat lagi untuk tubuh.

Cuba tengok senarai ni ada tak satu yang masih ada kat rumah?

1. Ubat tamat tempoh
Mungkin tak berkesan, atau lebih teruk: bertukar toksik.

2. Kosmetik lama / expired
Boleh sebabkan iritasi, jerawat, jangkitan kulit.

3. Bekas plastik calar / lama
Retakan halus lepaskan bahan kimia ke dalam makanan.

4. Berus gigi lebih 3 bulan
Bulu haus, dah tak bersih, dan penuh bakteria.

5. Penapis air tak pernah tukar
Air nampak jernih, tapi mungkin dah penuh logam berat & kuman.

6. Bantal / tilam lebih 5 tahun
Dalamnya sarang hama, habuk dan alahan.

7. Makeup sponge lama
Kalau tak dibersih kerap, boleh jadi tempat pembiakan bakteria.

Sayangi kesihatan, bukan semata-mata barang.
Masa untuk ‘declutter’ bukan saja untuk rumah, tapi untuk lindungi diri.

Credit to:
PHM.

“PEKERJA KESUMA BANGSA”1 Mei, kita mengiktiraf usaha dan dedikasi para pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan ...
01/05/2025

“PEKERJA KESUMA BANGSA”

1 Mei, kita mengiktiraf usaha dan dedikasi para pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara. Setiap titik peluh, setiap usaha, dan setiap komitmen membawa kemajuan untuk kita semua.

Terima kasih kepada semua pekerja atas kegigihan dan semangat yang tidak pernah pudar! Semoga terus maju, berjaya, dan diberikan kesejahteraan dalam setiap usaha.

Selamat Hari Pekerja 2025!




بسم اللّه الرّحمن الرّحيمالسّلام عليكم ورحمة اللّه وبركاتهOrang yg diuji dengan suatu ujian adalah salah satu tanda Alla...
16/04/2025

بسم اللّه الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

Orang yg diuji dengan suatu ujian adalah salah satu tanda Allah ingin menganugerahkan kebaikan kepada kita..jadi bersabarlah ketika kita mendapat ujian dan cabaran hidup kerana ia bertujuan untuk menggugurkan dosa atau mengangkat darjat kita.
Abi Hurairah R.A..Rasulullah SAW bersabda :

لَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ أَوْ الْمُؤْمِنَةِ فِي جَسَدِهِ وَفِي مَالِهِ وَفِي وَلَدِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ مِنْ خَطِيئَةٍ

Sentiasa ujian itu menerpa mukmin atau mukminah pada jasadnya..harta dan anaknya sampai ia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai dosa.

Hadith riwayat Imam Ahmad dan Imam At-Tirmizi Rahimahumallah.

Untuk itu, setiap kali ujian sampai..jangan mengelabah mengutuk diri merasakan diri sangat hina padahal Allah nak bagi sesuatu untuk menaikkan darjat diri.
Yang paling risau..jika tiada lagi ujian untuk diri kita..

Fahami dan lazimilah beristighfar untuk meletakkan diri dalam fasa tenang, sabar, redha dan bersyukur.

*والسّلام...

Ragam sebelum ke masjid semalam ...sempat  lagi ukur tinggi !!  Anak sulung vs  anak bungsu...Dah jauh ketinggalan sikak...
29/03/2025

Ragam sebelum ke masjid semalam ...sempat lagi ukur tinggi !!

Anak sulung vs anak bungsu...
Dah jauh ketinggalan sikakak !

Umpama dah terlajak berusia dah umur ibu bila lihat semua melangkaui usia...

Syukur ramadhan 2025 Allah izinkan untuk sempurnakan ibadah siang dan malam.

Semoga Allah izinkan untuk bertemu Ramadhan lagi tahun hadapan..dengan kesihatan yang baik.

Ya Allah !
Redhakan kami sebagai hambaMu.

Matikan kami dalam husnol khotimah

Masukkan kami ke dalam syurga FirdausMu.

Aamiin ..ya rabbal aalamiin..





بسم اللّه الرّحمن الرٌحيمالسّلام عليكم ورحمة اللّه وبركاتهSentapnya terasa !!Kita biasanya masuk ke tempat kerja segera ...
17/03/2025

بسم اللّه الرّحمن الرٌحيم
السّلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

Sentapnya terasa !!

Kita biasanya masuk ke tempat kerja segera sebelum waktunya.

Kita biasanya tiba di lapangan terbang cepat sebelum waktunya.

Kita biasanya datang ( menunggu giliran ) di Hospital terburu-buru sebelum waktunya

Kita biasanya berada di dalam stesen kereta api 2 atau 3 jam sebelum waktu berlepas..

Akan tetapi, setiap kali kita mendengar suara azan kita seringkali bersantai..tanpa rasa bersalah apa-apa...

Alahai apa nak jadi dengan diri kita?

Sehingga ke usia emas...masih lagi tak faham bahasa..
Panggilan Allah kita sentiasa lewatkan...

Muhasabahla wahai diri.






*والسّلام...

Address

Kota Bharu
15100

Telephone

+60129503614

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mama MC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share