16/06/2023
Sharing..tq pd yg empunya resepi..
Pada yg ada menanam cili padi@ cili besar...kalau tiba musim buah..mmg banyak..takut nak simpan tak tahan lama..so kita buat lah jeruk cili ya..
Resepi Mudah Buat Jeruk Cili Padi
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Sebelum ni , ada juga buat jeruk cili padi tapi tak tahan lama . Seleps beberapa hari akan berkulat walaupun dok dalam peti sejuk . Cili jeruk berkulat disebabkan cili tak direbus dulu dengan air bercampur cuka . Alhamdulilah , kini dah jumpa cara yang betul buat jeruk cili padi . Tu sebab dikongsikan di sini .
Cara Mudah Buat Jeruk Cili Padi ni cuma perlukan bahan seperti cili padi ( merah ) , cuka , air , gula , garam dan kapur ( jika ada ) . Kalau nak guna cuka epal pun boleh . Nak guna lada besar juga boleh ya . Anda boleh juga hiris - hiris cili padi jika mahu .
1- Rendam cili padi dalam air kapur selama 15 hingga 30 minit . Lepas tu keluarkan dan cuci . Tujuannya supaya cili padi kekal rangup seperti masih segar / tak kecut .
2- Masukkan 1 cawan air ke dalam periuk , masak hingga mendidih .
3- Tutup api , masukkan cili padi . Bila cili padi dah tukar warna / layu , angkat .
4- Masukkan 1/2 cawan cuka , 1/2 gula dan 1/2 sudu kecil garam . Masak hingga mendidih .
5- Biarkan sejuk seketika .
6- Masukkan cili padi ke dalam bekas , lepas itu , tuangkan air yang bercampur cuka tu ya .
7- Simpan dalam peti sejuk semalaman . Esoknya dah boleh makan