Melangkap Baru Village

Melangkap Baru Village Ditubuhkan Kerana Kami Cintakan Kampung Halaman!!!


◕‿‿◕

█▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀█
█ INVITE ALL YOUR FRIENDS █
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀
(1)

05/05/2022
Lauk pebret ni..
14/06/2021

Lauk pebret ni..

Gunung Kinabalu : Tinjauan dari aspek Sejarah dan Mito-Religi Dusun.Gunung Kinabalu merupakan Gunung yang tertinggi dan ...
01/06/2021

Gunung Kinabalu : Tinjauan dari aspek Sejarah dan Mito-Religi Dusun.

Gunung Kinabalu merupakan Gunung yang tertinggi dan paling terkenal sekali di Malaysia, kerana ia merupakan gunung yang paling pop**ar oleh pelancong dalam dan luar negara, juga kerana gunung ini terletak di kawasan “natural World Heritage Site”, oleh UNESCO (diwartakan pada tahun 2000). Ia mula menjadi terkenal sejak munculnya para pengembara-pengembara China dan kemudian Eropah ke Utara Borneo. Rekod terawal Gunung Kinabalu kemungkinan direkodkan oleh pengembara India, di mana beberapa ilmuan seperti Bradell dan Laffan misalnya menggatakan bahwa Epic Ramayana ada menyebut mengenai satu p**au besar di Asia Tenggara yang memiliki tujuh raja, di mana terdapat gunung tinggi yang sering dilawat oleh tuhan-tuhan dan dewa-dewi; gunung tersebut diidentifikasi sebagai Gunung Kinabalu oleh beberapa ilmuan. Menurut beberapa pakar teks purba seperti Robert Goldman, latar belakang dari narasi Epic Ramayana adalah di antara abad-7 SM hingga abad-6 M, sementara ilmuan lain seperti J. L. Brockington, meletakkan latar belakang teks terawal dari narasi Epic Ramayana adalah antara abad-7 hingga abad-4 SM, sementara bahagian dari teks lain berkembang sehingga abad-3 M. Sebutan mengenai Gunung Kinabalu di dalam Epic Ramayana p**a dikatakan pada abad-2 M (132 M). Jikalau demikian, bangsa penutur bahasa Dusunic purba telah muncul seawal abad-2 masihi, kerana nama "Kinabalu" berasal dari bahasa Dusunic.

Para pengembara Cina yang bernama Wang Dayuan p**a merekodkan di dalam bukunya yang dinamakan “Dao Yi Zhi Lue” sekitar tahun 1339 M, mengenai sebuah gunung di sebelah kanan Brunei yang sangat tinggi, yang ia sebut “Gunung Naga” [Longshan]. Di sekitar gunung tersebut beliau merekodkan mengenai satu kawasan tanah rata yang luas, memiliki hawa yang sejuk nyaman, di mana penduduknya s**a berhias dengan rambut disanggul sementara pinggang dililit dengan kain yang berwarna-warni, di mana pakaian mereka juga berwarna-warni. Penduduk asli ini dikatakan memiliki hubungan akrab dengan para pedagang Cina. Penduduk di kawasan ini memperdagangkan hasil tempatan seperti resin/kemenyan, madu lebah, sisik penyu, dan kapur barus, di mana mereka akan membarterkannya untuk mendapatkan barang-barang seperti perak putih, emas tulin, kain sustera, beg kulit kecil, dan peralatan besi dari luar (Karim, 2016:53). Pada tahun 1408, anak Maharaja Karna iaitu Raja Suriwang dikatakan telah melawat Maharaja Yongle dan meminta Gunung Kinabalu yang terletak di wilayah kerajaan Poni untuk diberikan status dan gelaran oleh Maharaja Yongle. Maka Maharaja Ming memberikan status gunung pelindung kerajaan kepada Gunung Kinabalu, dengan gelaran “Chang ning zhen guo zhi shan”, yang ertinya “Gunung yang akan melindungi negara dengan damai” (Sen, 2016:23).

Nama Gunung Kinabalu selain disebut “Longshan”, juga disebut dengan nama lain dalam bahasa Cina, iaitu gunung “Shen Shan”, yang ertinya “Gunung Suci”. Istilah ini disebutkan oleh penulis D**g Xi Yang Kao, yang terdapat di dalam bab-325 dalam dokumen Ming-Shi. Menurut rekod dari China, penduduk asli Brunei ketika itu menyebutkan Gunung Kinabalu sebagai “gunung pertama di dunia”. Gunung ini mengkagumkan, kerana dari jauh kelihatan ketinggianya mencapai awan. Di di hilir gunung tersebut terdapat lima p**au yang disebut “Wu Yu” (Liu & Karim, 1991:7). Mungkinkah kelima p**au yang dimaksudkan itu merujuk kepada p**au-p**au di dekat Kota Kinabalu seperti Pulau Gaya, Pulau Sepanggar, Pulau Sulug, Pulau Mamutik, dan Pulau Manukan? Menurut catatan China, Raja Suriawang, raja yang memerintah Brunei Lama [Boni] sekitar tahun 1408 dan menggantikan Maharaja Karna, Maharaja Ming dikatakan telah menuliskan inskripsi khusus kepada Gunung Kinabalu dan mengirim utusan dari Maharaja untuk meletakkan inskripsi tersebut di Gunung Kinabalu (Rutter, 1922:85). Rombongan utusan China ke Gunung Kinabalu dipimpin oleh Chang Chien (Nicholl, 1980:28). Pertanyaanya, di manakah letaknya inskripsi tersebut? Walaubagaimanapun, Owen Rutter berpendapat bahwa kemungkinan utusan tersebut tidak pernah dikirim ke Gunung Kinabalu, meskipun terdapat banyak cerita lisan Dusun mengenai kedatangan orang Cina ke Gunung Kinabalu.

Di sini merupakan indikasi kuat, bahwa pada tahun 1408, Kerajaan Brunei kuno masih diperintah oleh kaum Dusunic, sebelum kedatangan orang Melayu ke Brunei. Ini kerana, kaum yang menyucikan Gunung Kinabalu dan bahkan menggangap Gunung Kinabalu sebagai pelindung hanyalah kaum Dusun, orang Melayu tidak memiliki kepercayaan religious seperti itu. Cerita mengenai naga di Gunung Kinabalu juga adalah bahagian dari cerita mitiologi Dusun. Sampai hari ini, kaum Dusun masih melaksanakan apa yang disebut “Kakapan do Gayo Ngaran” (menziarahi si Nama Besar), iaitu aktiviti ziarah kepada Gunung Kinabalu, yang merupakan aktiviti tradisi masyarakat Dusun yang memiliki kaitan erat dengan amalan religius serta kepercayaan mereka mengenai Kinabalu sebagai Gunung Suci, di mana ia adalah bahagian terbawah daripada syurga menurut kepercayaan Dusun sejak zaman berzaman. Gunung Kinabalu dalam agama tradisi Momolian disebut “Lipompon” atau “Koimpowon”, merupakan syurga paling bawah, di mana ia secara spiritual terletak di antara “Sondoton” dan “Lingkuwon”, iaitu alam bawah bumi dan alam atas.

Mengapa Gunung Kinabalu dianggap suci, ia tidak hanya berkaitan dengan mytho-genesis Dusun mengenai asal usul bangsa Dusun, ia juga memiliki signifikansi dalam ethno-religi masyarakat Dusun dan kosmologi bangsa Dusun mengenai struktur alam serta penghuni-penghuni di dalamnya. Kerana menurut perspektif masyarakat Dusun, Gunung Kinabalu adalah lokasi terpenting di “Winorun”, kerana ia menghubungkan syurga dan bumi (langit dan bumi), di mana nenek moyang mereka yang menganut agama Momolian yang telah meninggal akan pergi bersemadi. Lungkuwon atau dalam tradisi Dusun di Kota Belud disebut “Tawan” (Evans, 2007:41), adalah alam syurga pertama, di mana Kinabalu adalah lokasi utama bahagian ini. Alam di bahagian ini merupakan alam yang dihuni oleh entiti supernatural yang dipanggil “Sambawon”, “Tompuan”, “Tonsimong” dan juga sosok ilahi yang disebut “Kinorohingan Tumana”; Kinorohingan Tumanah dikatakan s**a membantu manusia di bumi yang memerlukan bantuannya. Dalam mitologi Dusun, Gunung Kinabalu juga memiliki kedudukan istimewa dalam narasi, di mana ia digambarkan pada zaman purbakala sebagai sebuah batu besar di tengah-tengah laut yang mana mengeluarkan dua entiti ilahi terawal iaitu Kinorohingan dan Suminundu, yang keduanya kemudian mencipta manusia.

Di zaman kolonial, para pengembara terawal Eropah begitu tertarik dengan Gunung Kinabalu. Kerana banyaknya cerita dan legenda mengenai Gunung Kinabalu, bermula daripada cerita naga sampai kepada cerita legenda tasik di sekitar Kinabalu, sampai kepada cerita legenda Raja di sekitar Kinabalu, sampai kepada daya tarik naturalistik mengenai flora dan fauna Kinabalu, telah menarik banyak ilmuan dan pengembara Eropah untuk menjelajah gunun tersebut. Antara penjelajah-penjelajah terawal Eropah yang menjelajah Gunung Kinabalu menurut Dr. R. Hanitsch adalah Sir Hugh Low pada tahun 1851, Spenser St. John pada 1858, Burdbidge pada 1877, Little pada tahun 1887, Whitehead pada 1887-1888 dan Dr. Haviland pada tahun 1892, kemudian oleh Hanitsch sendiri pada tahun 1899. Jadi penjelajah Gunung Kinabalu di pertengahan tahun 1800 hingga awal tahun 1900an adalah seperti berikut :

1. Sir Hugh Low : 1851
2. Spenser St. John : 1858
3. F. W. Burbidge : 1877
4. R. M. Little : 1887
5. John Whitehead : 1887-1888
6. Dr. G. D. Haviland : 1892
7. Dr. R. Hanitsch : 1899
8. Prof. Albert : 1910

Lilian Gibbs juga mengikuti rombongan pengembara Eropah pada tahun 1910, seorang pakar botani. Dia merupakan wanita pertama yang berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Banyak orang mengatakan bahwa Aki Gunting Lagadan merupakan orang Dusun pertama yang menjadi guide kepada orang barat menaiki Kinabalu. Ini tidaklah benar, krna menurut St. John dan menurut catatan Sir Hugh Low sendiri, guide Dusun pertama yg menjadi guide kepada Sir Hugh Low adalah Aki Li Maing (Lemaing) dari Kg. Kiau, Kota Belud. Tugas Aki Li Maing sebagai ketua guide kemudian digantikan oleh penggantinya, iaitu Sompat, yang juga berasal dr Kg. Kiau Kota Belud. Menurut St. John, Sompat melakukan ritual tradisi meminta izin kepada penjaga Kinabalu sebelum menaiki gunung tersebut dgn mempersembahkan 7 biji telur dan 2 ekor ayam. Ketua guide akan memastikan setiap pantang larang ditaati sepenuhnya, sepanjang proses ekspedisi naik dan turun gunung, bagi mengelakkan hal yang tidak baik terjadi . Ini menunjukkan bahwa kaum Dusun begitu mengkeramatkan Gunung Kinabalu, kerana adanya signifikasi mito-religi di kalangan kaum Dusun yang berkaitan erat dengan Gunung Kinabalu – Ben Randawi, 23 Mei 2021.
_________________

Note :

1. Artikel disusun dari pelbagai sumber refrensi.

2. Gambar lakaran Gunung Kinabalu dari buku John Whitehead, 1887.

3. Copy Paste dari : https://web.facebook.com/photo/?fbid=970803660396182&set=a.118379075638649

Kredit to : Dusunology

INFO KESIHATANCara buat detox sendiri tanpa membeli detox yang belum tentu selamat untuk kita guna.
12/07/2020

INFO KESIHATAN

Cara buat detox sendiri tanpa membeli detox yang belum tentu selamat untuk kita guna.

Sekarang ini semua orang berlumba-lumba nak jaga badan luar dan dalam supaya sentiasa cantik dan sihat. Betul tak? Kalau lihat dipasaran pelbagai jenis produk kurus dan pelangsingan yang belum tentu selamat penggunaannya. Jadi, daripada korang buang duit beli produk yang belum tentu selamat tu apa k...

Tahu kah Anda?Jika anda disengat lebah, perkara penting yang anda perlu lakukan adalah mengesan dimana lokasi sengat leb...
13/06/2020

Tahu kah Anda?

Jika anda disengat lebah, perkara penting yang anda perlu lakukan adalah mengesan dimana lokasi sengat lebah.

Biasanya, anda akan merasa sakit dan panas di tempat sengatan. Perlahan lahan, buang sengat menggunakan penyelit kecil atau 2 kad kredit yang dirapatkan.

Selepas itu, basuh tempat sengatan dengan air sabun. Tuam ais batu selama 20 minim berulang ulang sehingga bengkak reda.

Jika ada krim sapuan calamine atau hydrocort cream boleh gunakannya. Ambil ubat antihistamine jika ada.

Sekiranya gejala bengkak, sakit dan gatal semakin teruk, dapatkan rawatan segera. Jika kali terakhir anda mendapat suntikan tetanus 10 tahun lalu, suntikan vaksin tetanus juga mungkin diperlukan.

Masakan paling jimat masa PKP!Resipi Sambal Sardin PeriaBahan-bahan ;1. 1 tin kecil Sardin Ayam Brand2. 1 Ulas Bawang Be...
29/04/2020

Masakan paling jimat masa PKP!

Resipi Sambal Sardin Peria

Bahan-bahan ;

1. 1 tin kecil Sardin Ayam Brand
2. 1 Ulas Bawang Besar
3. 5 Ulas Bawang Putih
4. Cili Api (mengikut tahap pedas korang, tadi aku guna 5 biji cili api yang pedas berdengung)
5. 1 inci halia
6. Setengah biji peria
7. Minyak untuk menumis
8. 1 sudu garam halus
9. 1 Batang Serai (diketuk) *optional
10. 1 keping asam keping *optional

Cara-cara ;

1. Blend halus bawang besar, bawang putih, halia & cili (kalau tumbuk lagi sedap) ketepikan
2. Potong peria
3. Panaskan minyak dalam kuali
4. Tumis bahan diblend
5. Masukkan serai yang diketuk
6. Tumis sehingga bahan betul-betul masak
7. Masukkan sardin
8. Masukkan sedikit air (untuk elakkan bahan ditumis menjadi hangit)
9. Masukkan peria
10. Masukkan asam keping dan garam
11. Masak sehingga agak kering
12. Tutup api & sedia dihidang

Ngam makan dengan nasi panas² dengan telur dadar.. Selamat Mencuba..

Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou, juga dikenali sebagai Tip of Borneo dalam Bahasa Inggeris adalah...
29/04/2020

Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou, juga dikenali sebagai Tip of Borneo dalam Bahasa Inggeris adalah bahagian paling utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, di negeri Sabah, Malaysia. Merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Tanjung ini telah dibangunkan sebagai tarikan pelancong. Sebuah taman berbentuk persegi telah dibina dengan meletakkan tiang bendera Malaysia dan glob gangsa besar. Glob gangsa menandakan lokasi Tanjung Simpang Mengayau di latitud 7 darjah utara dan longitud 116 darjah timur dengan peta yang memaparkan p**au Borneo adalah timbul dan diletakkan di atas permukaan yang rata pada sudut dengan tulisan untuk menandakan Peta Borneo. Tanjung Sampang Mengayau juga menghidangkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari tenggelam kepada pelancong.

Nama asal Tanjung Sampang Mangazou berasal dari bahasa kaum Rungus, sebuah kump**an etnik yang tinggal terutamanya di daerah Kudat. Tanjung (tanjung), Sampang (kesatuan) dan Mangazou (pertempuran) perkataan merujuk kepada lokasi ini pertempuran berlaku apabila Rungus etnik mempertahankan wilayah mereka terhadap serangan dari lanun. Menurut legenda, tempat ini adalah dijadikan kawasan pendaratan bagi lanun.

Sumber :
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Tanjung_Simpang_Mengayau

27/11/2019

Address

Kg. Melangkap Baru
Kota Belud
89158

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Melangkap Baru Village posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share