05/04/2026
Bukan sekadar nyawa anda tetapi kelangsungan hidup orang-orang tersayang di rumah.
tidak menghalang malapetaka itu sendiri tetapi mampu membantu meringankan beban kewangan keluarga.
🚗🏍️ PANDU DAN TUNGGANG DENGAN BERHATI-HATI DI JALAN RAYA! 🛣️
Saban hari kita mendengar berita mengenai nahas jalan raya yang semakin meningkat. Ada yang kehilangan ibu bapa, anak, pasangan dan sahabat hanya kerana satu saat kecuaian di jalan raya.
Ingatlah, apabila berada di jalan raya, keselamatan bukan hanya tentang diri sendiri tetapi juga tentang nyawa orang lain.
✅Patuhi peraturan jalan raya.
✅Patuhi had laju.
✅Jangan mengambil bahan terlarang.
✅Jangan memandu atau menunggang dalam keadaan mengantuk, mabuk atau hilang fokus.
✅Sentiasa fokus ketika memandu dan menunggang.
Jangan sesekali menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Beri tumpuan sepenuhnya kepada jalan raya, kerana satu detik leka mampu mengubah seluruh kehidupan.
Biarlah kita sampai lewat, asalkan kita sampai dengan selamat.
Berhati-hatilah di jalan raya. Pandulah dengan berhemah, tungganglah dengan cermat, dan jadilah pengguna jalan raya yang bertanggungjawab.