Pejabat FELDA Kahang Barat

Pejabat FELDA Kahang Barat SALAM 1 FELDA MAKLUMAT PROFAIL RANCANGAN

i. Pembangunan Rancangan:-

Pkt Tahun Pemb.

Latar Belakang Rancangan:-

Nama Rancangan : Felda Kahang Barat
Lokasi Rancangan : ( Kluang), (Sembrong ) dan (Kahang )

Jarak Rancangan Dari Pejabat Wilayah (KM) : 153km

Jarak Rancangan Dari Bandar Terdekat (KM) : 25km - Kluang

Jarak Rancangan Dari Kuala Lumpur (KM) : 360km

ii. I 1973/74
II 1975/76


III 1978/79
Iv 1983/84


Keluasan Tanaman Sawit : 1844.12 hektar
Keluasan Tanaman Getah : -
Keluasan Kawasan kampung : 131 hektar
Jumlah Keluasan Rancangan : 1975.12 hektar

iii. Penempatan Peneroka :-

Bilangan Peneroka : 418

Tarikh Kemasukan Peneroka Ke Rancangan : Februari 1979

Bilangan Peneroka Mengikut Negeri Asal : Johor (410 ), Melaka ( 2 ), Selangor ( 1 ), Kelantan (1 ), Terangganu ( 2 ), Perak ( 1 ), Sarawak (1 ). Bilangan Peneroka Mengikut Kaum : Melayu 414, India 3, Iban 1, Cina 0

Bilangan Peneroka Mendapat Hak Milik :418 orang

27/05/2022
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan & Puan,Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kluang sedang membuat penilaian risiko ...
20/01/2022

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan & Puan,

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kluang sedang membuat penilaian risiko kepada penduduk Felda Kahang Barat bagi mengenalpasti individu yang berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19.

Sila isikan penilaian ini menggunakan pautan tersebut untuk setiap penghuni rumah.

https://docs.google.com/forms/d/1MOclVAuaBoBe9JyZIywtRPfwrHZSRCkis8ZFSW6vqnU

Mereka yang berisiko akan dihubungi oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kluang.

Terima kasih di atas kerjasama anda.

*BILIK GERAKAN COVID-19 PKD KLUANG*
*20 JANUARI 2022*

Penilaian risiko ini dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kluang bagi mengenalpasti individu yang berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19. Mereka yang berisko akan dihubungi oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dalam masa terdekat.

Hebahan Awal Pemilihan Ketua Blok Sesi 2022 - 2023Sepanjang bulan Oktober 2021, pihak pengurusan Rancangan akan mengadak...
30/09/2021

Hebahan Awal Pemilihan Ketua Blok Sesi 2022 - 2023

Sepanjang bulan Oktober 2021, pihak pengurusan Rancangan akan mengadakan aktiviti pencalonan dan pemilihan Ketua Blok Baru, Penolong Ketua Blok Baru dan juga Ketua Blok Wanita bagi sesi 2022 - 2023

Kesemua undian akan dijalankan secara Google Form yang mana platform tersebut akan dibangunkan oleh pihak pejabat.

Jadual pencalonan, syarat2 lantikan dan pemilihan calon2 kepimpinan Blok akan diedarkan kepada seluruh peneroka rancangan Felda Kahang Barat dalam minggu pertama Oktober 2021 mengikut ketetapan Blok masing2.

Disertakan simulasi pengundian bagi tujuan latihan tuan/puan sebelum pengundian sebenar yang akan dijalankan nanti. Anda digalakkan untuk klik pautan yang disediakan seterusnya mengikut arahan yang diberikan.

Diharap, hebahan awal ini akan membantu persediaan seluruh warga penduduk Felda Kahang Barat menjelang hari pengundian nanti.

Sekian, terima kaseh.

Bp:
Pejabat Pengurusan Rancangan Felda Kahang Barat
30 September 2021

Ini adalah percubaan undian pemilihan. Digalakkan anda semua untuk cuba mengisi maklumat di bawah dan dapatkan bantuan orang lain sekiranya anda tidak memahami. Simulasi ini bertujuan untuk latihan sahaja sebelum proses pengundian sebenar dijalankan. Bagi tujuan latihan simulasi ini, semua nama yang...

Assalamualaikum w.b.tUntuk hebahan peneroka dan waris Felda Kahang BaratPROGRAM PENERANGAN DAN MENANDATANGANI PERJANJIAN...
22/07/2021

Assalamualaikum w.b.t

Untuk hebahan peneroka dan waris Felda Kahang Barat

PROGRAM PENERANGAN DAN MENANDATANGANI PERJANJIAN PENGHAPUSAN PINJAMAN DAN PENGURUSAN KEBUN ANTARA LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)

Susulan pengumunan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Hari Peneroka Kebangsaan bertarikh 7hb Julai 2021 adalah dirujuk dan ada kaitannya.

Pihak pengurusan Pejabat Rancangan akan mengadakan sesi taklimat ringkas serta menandatangi perjanjian tersebut jika peneroka/waris bersetuju ATAU mengisi borang aduan jika peneroka/waris tidak bersetuju.

Sehubungan dengan itu, pihak Pejabat Rancangan sangat berharap agar peneroka/waris yang telah menerima surat jemputan (temujanji) mengikut ketetapan jadual yang telah diberikan agar pelaksanaan program ini dapat berjalan dengan baik.

Sila bawa bersama SURAT JEMPUTAN (TEMUJANJI) yang telah diterima dan juga PENYATA HUTANG yang telah diedarkan oleh ketua blok sebelum ini.

S**a untuk kami ingatkan supaya setiap peneroka/waris yang hadir sentiasa mengikut garis panduan KKM bagi mengekang penularan wabak Covid-19 seperti memakai pelitup muka dan menjaga penjarakkan fizikal.

PATUHI jadual temujanji anda bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan.

Maksima DUA(2) individu sahaja dibenarkan setiap keluarga untuk mengikuti program ini.

Kegagalan peneroka/waris untuk hadir mengikut ketetapan jadual yang diberikan akan mengakibatkan pihak tuan/puan akan dibelenggu tanda tanya berkenaan penghapusan hutang ini.

Sekian, harap maklum dan terima kaseh.

Pengurusan Rancangan
Felda Kahang Barat
22 Julai 2021

Program Cakna Undang-Undang dan Klinik Guaman Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor.Tarikh    : 12hb April 2021 (Isnin)Mas...
08/04/2021

Program Cakna Undang-Undang dan Klinik Guaman Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor.

Tarikh : 12hb April 2021 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Ruang Legar Bangunan (Lobi Bawah)
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kluang
Jalan Pejabat Kerajaan,
86000 Kluang, Johor.

Dijemput semua warga Felda Kahang Barat untuk menghadiri program ini.

31/03/2021

Assalamualaikum wbt..

*Penduduk Felda Kahang Barat yg dihormati*,

Pada hari ini 31.03.2021 sekitar jam 12.00 tghari, akan adanya lawatan *AKRF 2021 (ANUGERAH KECEMERLANGAN RANCANGAN FELDA 2021)*, Peringkat separuh akhir oleh pengurusan tertinggi Felda.

Pasukan vespa Felda Kahang Barat akan mengiringi lawatan penilaian tersebut.

Digalakkan kepada semua penduduk utk bersama-sama menyambut tetamu dihadapan rumah masing-masing. Untuk memeriahkan lg suasana, sudi-sudilah melambai kepada konvoi mereka.

Sekian, terima kaseh.

*"satu untuk ramai, ramai untuk satu" *

*PENGURUSAN FELDA KAHANG BARAT*

Assalamualaikum warga Felda Kahang Barat
21/03/2021

Assalamualaikum warga Felda Kahang Barat

Assalamualaikum wbt..Jawatan kosong kerani FELDA - Nx19 kini dibuka.Bagi yang berminat boleh layari laman sesawang rasmi...
20/10/2020

Assalamualaikum wbt..

Jawatan kosong kerani FELDA - Nx19 kini dibuka.

Bagi yang berminat boleh layari laman sesawang rasmi FELDA.

www.felda.net.my

Atau boleh terus imbas kod yang tertera.

Sekian untuk makluman bersama.

Address

Felda Kahang Barat
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

077867188

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat FELDA Kahang Barat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pejabat FELDA Kahang Barat:

Share