Purse KOYAK II

Purse KOYAK II Kepakaran kami dalam membantu menjana pendapatan pasif dengan memberi khidmat runding cara kewangan. boleh hubungi kami di talian 0137270545

𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓? 𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐭𝐚𝐮! “Saya dah sakit tapi tak ada Hibah Takaful. Mesti dah tak boleh mohon kan? Yelah dulu ...
24/10/2024

𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓? 𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐭𝐚𝐮!
“Saya dah sakit tapi tak ada Hibah Takaful. Mesti dah tak boleh mohon kan? Yelah dulu masa sihat tak fikir”
Dah sakit pun kami masih bagi peluang untuk ambil Hibah Takaful❗️
Sebab, sekarang ada Pelan Hibah Takaful Gerenti Lulus!
Alhamdulillah. Tak rasa risau lagi sebab masih ada peluang kedua untuk dapatkan perlindungan.
Mohon terus Lulus❗️.
Permohonan mudah dan cepat Lulus.
Tak perlu susah-susah buat Medical Check-Up‼️
Pelan HIBAH Gerenti Lulus ni, KHAS hingga hujung bulan ni sahaja!
Ingat, Peluang tak selalu datang,
Tekan butang link Whatsapp untuk dapat PROMOSI HIBAH GERENTI LULUS‼️

Jangan Pernah Penat untuk Memperbaiki DiriJangan pernah penat untuk memperbaiki diri agar menjadi yang lebih baik. Perja...
27/06/2024

Jangan Pernah Penat untuk Memperbaiki Diri

Jangan pernah penat untuk memperbaiki diri agar menjadi yang lebih baik. Perjalanan menuju kebaikan adalah satu proses yang berterusan dan memerlukan usaha serta kesabaran. Dalam kehidupan ini, tiada seorang pun yang sempurna, namun setiap daripada kita diberi peluang oleh Allah SWT untuk sentiasa memperbaiki diri dan meningkatkan amal ibadah.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ankabut, ayat 69:

"Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."

Usaha untuk menjadi lebih baik harus datang dari keinginan yang ikhlas dan tulus dalam hati. Kita perlu sentiasa bermuhasabah diri, mengenal pasti kelemahan dan kesalahan yang dilakukan, serta berusaha untuk memperbaikinya. Setiap kali kita berusaha untuk memperbaiki diri, kita semakin dekat dengan keredhaan Allah.

Rasulullah SAW bersabda dalam Hadis Riwayat Muslim:

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, namun pada keduanya ada kebaikan. Bersemangatlah terhadap apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah. Jika engkau tertimpa sesuatu, maka janganlah engkau mengatakan: 'Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini dan begitu,' tetapi katakanlah: 'Ini sudah takdir Allah, dan apa yang Dia kehendaki pasti Dia lakukan.' Sesungguhnya kata 'seandainya' membuka (pintu) perbuatan syaitan."

Sahabat,

Marilah kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri, walau ses**ar mana sekalipun. Ingatlah bahawa setiap usaha yang kita lakukan demi kebaikan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Jangan pernah berputus asa dan teruslah berusaha untuk menjadi hamba yang lebih baik di sisi-Nya.

Dengan memperbaiki diri, kita bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup kita, tetapi juga memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut serta melakukan kebaikan. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan ketabahan dalam usaha memperbaiki diri dan mencapai keredhaan Allah SWT

Semoga artikel ini dapat memberi motivasi kepada kita semua untuk terus berusaha memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik setiap hari.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISKemanisan Imanعن أنسٍ رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ ...
23/04/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kemanisan Iman

عن أنسٍ رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Daripada Anas RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Ada tiga perkara, barangsiapa ada pada dirinya tiga perkara ini, maka dia akan merasakan manisnya iman (yaitu, yang pertama): Allâh Azza wa Jalla dan Rasul-Nya lebih dia cintai berbanding dengan yang lain, (kedua) dia mencintai seseorang dan dia tidak mencintai kecuali kerana Allâh dan (ketiga) dia benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan kedalam api neraka (Sahih Muslim No: 43) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Tiga perkara jika dimiliki oleh seorang Muslim akan menjadikannya memperoleh kemanisan iman:

a. Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selain keduanya.

b. Apabila ia mencintai seseorang, ia hanya mencintainya kerana Allah.

c. Ia tidak s**a untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

2. Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).

3. Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bidah dan kesesatan.

4. Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah sebagai tanda mencapai kemanisan iman. Mengikut ulama: “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.

5. Kemanisan iman juga tercapai apabila ia tidak s**a untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.







24hb April 2024
15hb Syawal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISJalan Taqarub Dan Mendapat Kecintaan Allah عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ص...
28/11/2023

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jalan Taqarub Dan Mendapat Kecintaan Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَالَ مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Allah berfirman; Siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku umumkan perang kepadanya. Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada yang telah Aku wajibkan kepadanya. Tidaklah seseorang itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan sunat, kecuali Aku akan mencintainya. Jika Aku sudah mencintainya, maka Akulah pendengarannya yang ia jadikan untuk mendengar, dan pengelihatannya yang ia jadikan untuk melihat dengannya, dan tangannya yang ia jadikan untuk melakukan sesuatu, dan kakinya yang dijadikannya untuk berjalan, jikalau dia memohon kepada Ku, pasti akan Aku akan memberinya, dan jika meminta perlindungan daripada Ku, pasti Aku melindunginya. (HR Bukhari No: 6021) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Wali Allah adalah orang yang taat dan ikhlas dalam beramal, beriman dan bertaqwa, beramal dengan al-Quran dan Sunnah.

2. Orang yang menyakiti mukmin yang bertakwa maka Allah akan membinasakannya.

3. Melaksanakan amal fardhu adalah yang paling afdal dan dis**ai Allah.

4. Meninggalkan maksiat adalah sebahagian daripada melaksanakan kefardhuan.

5. Mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan fardhu juga melalui amalan sunat akan melayakkan seseorang hamba mendapat kecintaan Allah.

6. Ibnu Rajab menyatakan: sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan fardu dan sunat, darjatnya akan diangkat di sisi Allah. Jika dia bertutur, dia bertutur kerana Allah. Jika dia melihat, dia melihat kerana Allah.

7. Diantara penghormatan yang Allah kurniakan kepada orang yang dicintai Allah ialah Allah akan memperkenankan doanya jika dia meminta.

Hadis 38







29hb Nov. 2023
15hb Jamadil Awal 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

28/09/2023

Bila sebut Rasulullah… tergambar sifat baginda yang sangat indah, akhlak baginda yang sangat mulia. Subhanallah.

Bila dengar kisah baginda, mengalir air mata kerinduan. Ya Allah betapa rindunya kita kepada baginda Rasulullah

Kita ingin mencintai baginda Rasulullah tetapi cinta itu juga perlukan ilmu.

Kita perlu tahu apa yang Rasulullah s**a buat, apa yang Rasulullah larang. Bagaimana Rasulullah menjalani hidupnya seharian. Apa yang Rasulullah perjuangkan?

Kita kata kita cinta kepada Rasul?..Apa buktinya?

“Saad bin Abi Waqas menjadi perisai Rasulullah biarpun badannya dihujani puluhan panah”… Asalkan Rasulullah selamat.

“Ali bin Abi Talib menggantikan tempat tidur Rasullullah di saat hijrahnya ke Madinah biarpun dia tahu di luar sana ada orang yang akan membunuhnya”… Asalkan Rasulullah selamat.

“Abu Bakar sanggup menutup lubang binatang berbisa di Gua Hira’ hinggakan menitis air matanya di p**i Rasulullah kerana kesakitan”… Asalkan Rasulullah selamat.

“Di saat semua gembira ketika khutbah terakhir Rasulullah, namun Abu Bakar menangis kerana tugas Rasulullah telah selesai”… Rasulullah akan meninggalkan mereka.

“Umar Al-Khattab yang kuat, berani dan gagah, pengsan saat mendengar Rasulullah wafat”… Rasulullah telah tiada di sisi mereka.

“Bilal bin Rabah tidak mampu melaungkan azan selepas kewafatan Rasulullah kerana teringatkan Rasullullah”… Aku hanya melaungkan azan untuk Rasulullah.

Kita? Semestinya kita tak mampu untuk menjadi sehebat para sahabat tetapi jika kita mencintai Rasullullah ikutilah ajarannya (Islam) dan sunahnya

“Demi sesungguhnya, pada diri Rasullullah SAW ada contoh yg baik bg kamu, iaitu org yg mgharapkan (keredhaan) Allah dan (kebahagiaan) hari akhirat serta banyak berzikir mgingati Allah”
-surah al ahzab ayat 21-

Salam Maulidur Rasul buat semua
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم❤️🌹

14/09/2023

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*Salam Sejahtera & Selamat Pagi Jumaat Pejuang Subuh*
*29 Safar 1445H*
*15 September 2023*

*Mutiara Pagi*
*"Anda mempunyai akal di kepala anda. Anda mempunyai kaki di dalam kasut anda. Anda boleh memandu diri anda ke mana mana arah yang anda pilih".*

*DOA PADA PAGI HARI JUMAAT*

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

*Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..*
Di pagi *Jumaat bulan Safar* yang tenang dan penuh baraqah ini, kami bermohon, permudahkanlah segala urusan kami baik dalam urusan agama, duniawi dan ukhrawi. Lancarkanlah lisan kami agar mereka mengerti ucapan kami.

*Ya Allah,* kurniakanlah kepada kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap dugaan dan ujian kehidupan yang mendatangi kami.
*Ya Allah,* kurniakanlah kami jiwa yang tenang dan hati yang lapang agar hari ini menjadi antara hari yang terindah dalam kehidupan kami. Akhirilah hidup kami dalam husnol khotimah.

*Ya Allah,* peliharalah ukhwah antara kami semua hingga ke jannah dan akhirnya tempatkanlah kami semua di dalam Syurga FirdausMu.

*Ya Allah* jadikanlah hari *Jumaat bulan Safar* yang penuh barokah ini baik bagi kami dan pengakhiranya juga yang baik dan dilindungi kami dari segala musibah dan kemudaratan..

*Ya Allah Ya Tuhan* kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu agar diberi taufiq dan hidayah untuk mencapai kesucian diri dan bertaqwa secara istiqomah denganMu.

*Ya Allah* jauhilah kami dari perasaan kebingungan dan was was serta.hilang keyakinan dan jati diri, muliakanlah kami dengan cahaya ilmu dan kefahaman yang jelas dan nyata. *Ya Allah* hiasilah kami dengan sifat pemaaf dan sikap bertoleransi didalam segenap ruang dan peluang, perindahkanlah kami dengan kesihatan walafiah tubuh badan yang sihat.dan sempurna lagi berterusan.

*Ya Allah* bukakanlah kepada kami pintu makrifatMu dan permudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniaanMu. *Ya Allah Ya Tuhan* kami, sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenankan olehMu.

*Ya Allah* dekatkan kami dengan orang-orang yang soleh dan solehah agar kami berjaya mengikuti jejak kesolehan mereka demi mendapat manfaat dan keredhoaan dariMu *Ya Allah.*

*Ya Allah* lancarkanlah semua urusan kami untuk hari ini dan hari hari yang seterusnya demi kelangsungan hidup kami sebagai jalan ke arah ibadah di sisiMu.

*Ya Allah* sinarilah hati kami dengan petunjukMu, sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu. *Ya Allah* berilah kami punca jalan pencarian rezeki yang mudah lagi barokah dan jauhkan kami dari perkara yang.bersifat haram dan ciri ciri subhah yang akhirnya menjerumus serta memudaratkan diri ke lembah kehinaan dan kesengsaraan.

*َYa Allah* kami memohon *Ya Allah,* kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa disyurga FirdausMu *Ya Allah*

*Ya Allah Ya Ghaffar* ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, saudara mara kami, guru-guru kami, sahabat- sahabat kami, jiran tetangga kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada yang sentiasa bersifat sabar dan beristiqomah terhadap pengabdianMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami *Nabi Muhammad SAW* serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu *Ya Allah.*
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

* Huma Soli Wasalim Ala Saiyyidina Muhammad SAW*
* Keredhaan Allah*
* Berselawat*
* Fardhu Jumaat*
* Bersedekah*
* Jaga Kita/Kita Jaga Kita*
* Ukhuwah*

18/08/2023

Nahas Pesawat Di Elmina,
Kita Penumpang Yang Mana?

Sepanjang perjalanan pulang saya dan family semalam, kami ditemani berita tentang nahas flight ringan yang mengorbankan 10 nyawa.

Katanya flight yang membawa 8 penumpang tersebut dari Langkawi dan dijangka akan mendarat di Airport Subang lagi 2 minit.

Atas takdir Allah, seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal turut menjadi korban.

Ternyata, apabila ajal sudah tiba seminit pun tidak ditangguh lagi, walaupun kesemuanya pasti ada yang sedang menanti kepulangan mereka di rumah.

Penantian itu tidak akan bertemu titiknya sampai bila-bila. Sekumpulan isteri yang ditinggalkan kerana suami masing-masing pergi bertugas di Langkawi.

Seorang pasangan yang mungkin sedang memandu kereta untuk pulang ke pangkuan keluarga.

Juga seorang anak muda yang gigih mengumpul modal melalui servis penghantaran demi pernikahannya dalam seminggu lebih lagi.

Segala-galanya ternoktah dalam sekelip mata!

Begitulah kehidupan kita semua kerana setiap yang hidup pasti akan mati. Kata ustaz, kita hanyalah musafir di dunia ini dalam perjalanan menuju negara abadi.

Terbukti, nahas Elmina benar-benar mengetuk jiwa jika kita merenungnya dengan mata hati.

1. Penumpang pesawat private yang pastinya ada-ada.
2. Pemandu kereta yang menjalani rutin seperti biasa.
3. Atau anak muda yang baru merencana untuk membina hidup.

Namun penamatnya semua sama!

Begitu juga dengan kita. Sekiranya kita golongan hebat yang sedang berada di puncak, kita tetap akan mati.

Jika kita golongan biasa-biasa yang hidup serba sederhana juga akan mati.

Atau kita benar-benar marhaen yang sedang mencari sesuap dua rezeki juga akan bertemu Ilahi.

Jadi untuk apa rasa bangga dan sombong dengan kelebihan yang sejemput cuma sehingga terlupa kita semua dari tanah dan bakal reput menjadi tanah kembali?

Al-Fatihah untuk semua mangsa nahas pesawat di Elmina dan muslimin muslimat yang telah pergi.

💐Sediakan Hibah sebelum Hiba💐




Mati itu terlalu hampir.
Jom muhasabah bersama

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
Allahumma sholli ala Sayyidina Muhammad wa ala Ali Sayyidina Muhammad❤️🌹

01/08/2023

12 AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI.

1 - Solat awal waktu.
2 - Jangan buat mak dan ayah marah.
3 - Rajin tolong orang.
4 - Rajin Bersedekah.
5 - Tidak mengungkit pemberi.
6 - Niat cari rezeki kerana Allah SWT.
7 - Rajin buang sampah atau halangan di jalan raya.
8 - Baca Surah Al-Waqiah.
9 - Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 1000x sehari.
10 - S**a menyampaikan ilmu walaupun sedikit.
11 - Rajin Berpuasa sunat.
12 - istighfar 100 kali sehari

Bila Allah berkehendak pasti tiada yang dapat menghalangnya, semua dengan atas izin-Nya.

Letakkan pengharapan hanya pada Allah. Berusaha, Berdoa dan Bertawakkal ..

DOA MURAH REZEKI MELIMPAH RUAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

‎ٱللَّهُمَّ رَبَّنَآ أَنزِلۡ عَلَيۡنَا مَآٮِٕدَةً مِّنَ ٱلسَّمَآءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِّأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِّنكَ‌ ۖ وَٱرۡزُقۡنَا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرَّٲزِقِينَ

Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki .."
Aamiin Ya Rabbal Alamin

~ Surah Al-Maidah : Ayat 114

Alhamdulillah ♥️

17 Ramadhan:Pandangan ulama berkaitan Nuzul Al-Quran dan  tarikh peperangan Badar?🟢 Dalil mana menunjukkan 17 Ramadhan a...
08/04/2023

17 Ramadhan:

Pandangan ulama berkaitan Nuzul Al-Quran dan tarikh peperangan Badar?

🟢 Dalil mana menunjukkan 17 Ramadhan adalah tarikh Nuzul Al-Quran?

Permulaan turunnya wahyu Al-Quran yang diturunkan oleh malaikat Jibril di Gua Hira dengan membawa permulaan surah Iqra. Dan para ulama mengatakan: Ia bertepatan dengan 17 Ramadhan.

Para ulama berdalilkan firman Allah Taala di dalam Surah Al-Anfal ayat 41:

إِن كُنتُمۡ ءَامَنتُم بِٱللَّهِ وَمَآ أَنزَلۡنَا عَلَىٰ عَبۡدِنَا يَوۡمَ ٱلۡفُرۡقَانِ يَوۡمَ ٱلۡتَقَى ٱلۡجَمۡعَانِ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ عَلَى شَىۡءٍ قَدِيرٌ (٤١)

Ertinya: “Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh kami (Allah), kepada hamba kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqan" iaitu hari bertemunya dua Angkatan tentera (Islam dan kafir di medan Badar). Dan ingatlah, Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (Surah Al-Anfal: 41).

Address

No 12, A&B, Aras 1, Jalan Persiaran Ismail Hassan
Kluang
86000

Telephone

+60137070593

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Purse KOYAK II posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Purse KOYAK II:

Share