10/06/2022
*Pelaburan Atau Perlindungan ? Yang Mana Lagi Penting ?*
==============================
Jawapan bagi persoalan ini adalah subjektif. Bergantung kepada tahap kewangan masing-masing.
Tapi jika merujuk kepada Segitiga Kewangan, asas kepada kewangan kita adalah perlindungan.
*Apa beza antara pelaburan dan perlindungan ?*
Pelaburan = Cara untuk mengembangkan kekayaan.
Contoh = ASB, Unit trust, Saham, Hartanah dan lain-lain.
Perlindungan = Cara untuk melindungi kewangan diri dan keluarga jika berlaku musibah seperti kematian, sakit, kemalangan dan kebakaran.
Contoh = Takaful hayat, medical card, takaful kereta, takaful rumah dan lain-lain.
Dari segi kepentingan, dua-dua sama penting.
Hasil pelaburan bertujuan digunakan untuk pelbagai tujuan hidup kita.
Dalam hidup kita, semua benda memerlukan wang.
Berkahwin, beli rumah, beli kereta, pendidikan anak, umrah & haji, melancong, dan lain-lain.
Ini semua perlukan wang.
Jadi kita perlu simpan atau laburkan sebahagian daripada gaji bulanan.
Perlindungan p**a kita jarang sedar kepentingannya.
Sebab ia berkaitan dengan kematian dan sakit. Semua orang taknak mati cepat dan taknak sakit.
Tapi yang pasti, setiap orang pasti akan mati. Cuma masanya adalah rahsia.
Mungkin kita merancang untuk menyimpan dana pendidikan anak, tapi pastikah kita akan hidup sampai waktu tersebut ?
Atau adakah kita akan sihat sampai masa yang ditetapkan ?
Bagaimana kalau kita meninggal dunia sebelum anak kita membesar ?
Dari mana datangnya dana pendidikan mereka ? Tak payah fikir pasal dana pendidikan pun takpe. Fikir dulu dari mana mereka nak dapat duit untuk beli beras ?
Sebagai backup plan kepada setiap pelaburan kita, kita mesti wujudkan tabung perlindungan segera.
Jika berlaku musibah seperti sakit contohnya, duit simpanan kita tak perlu digunakan untuk rawatan jika kita ada takaful, itu ikhtiar kita.
Kalau tiada takaful, kemungkinan besar duit simpanan dah habis pun belum mampu cover kos perubatan.
Jadi, takaful ni fungsinya untuk melindungi duit simpanan/pelaburan yang kita kumpul selama ini.
*Berapa kos bulanan untuk kedua-dua tabung pelaburan dan perlindungan ?*
Kos ni bergantung kepada kemampuan masing-masing.
Ikut rule, 10% daripada pendapatan kena gunakan untuk perlindungan.
Tapi kalau gaji RM5000 sebulan, 10% = RM500. Mungkin ramai tak mampu sebab kos hidup lain-lain pun tinggi.
Bagi saya benda ni simple je, katakan selama ini boleh simpan RM500 setiap bulan. Lepas ni cuba bahagikan kepada 2 tabung.
RM400 pergi ke tabung pelaburan, RM100 ke tabung perlindungan atau sebaliknya.
Jadi komitmen bulanan masih sama, cuma tabung saja berbeza.
Memang part simpanan akan berkurang, tapi kita terus ada perlindungan segera jika berlaku musibah.
Backup plan kena kuat.
Jangan simpan semua telur dalam bakul yang sama.
Ambil dulu perlindungan minimum.
Nanti bila gaji dah naik, ada rezeki boleh tambah nilai perlindungan yang lebih tinggi.
Maklumat lanjut :
http://www.wasap.my/601124808391/takaful
http://www.wasap.my/601124808391/takaful
http://www.wasap.my/601124808391/takaful
http://fb.me/hibbah4u
SIR Agency