Koperasi Wawasan Felcra Sungai Sepuluh Paloh

Koperasi Wawasan Felcra Sungai Sepuluh Paloh Ikuti page kami untuk dapatkan info-info,aktiviti,produk dan perkhidmatan dari koperasi kami..

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI WAWASAN FELCRA SG SEPULUH. Makluman kepada semua anggota koperasi, anda dijemp...
18/06/2026

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI WAWASAN FELCRA SG SEPULUH.

Makluman kepada semua anggota koperasi, anda dijemput hadir di mesyuarat agung pada tarikh dan tempat tertera seperti dibawah.

❌ WAKIL anggota koperasi tidak sama sekali dibenarkan.

Pastikan anda hadir awal sebelum kaunter pendaftaran ditutup pada jam 10.00 pagi. Sila bawa kad pengenalan dan surat jemputan untuk memudahkan urusan pendaftaran.

Terima kasih .

17/06/2026
🐄 15 EKOR LEMBU KORBAN SOLD OUT ✅Alhamdulillah, pihak koperasi telah berjaya menyelesaikan penghantaran kepada semua pel...
28/05/2026

🐄 15 EKOR LEMBU KORBAN SOLD OUT ✅

Alhamdulillah, pihak koperasi telah berjaya menyelesaikan penghantaran kepada semua pelanggan yang membeli lembu ternakan kami bagi ibadah korban tahun ini yang diketuai oleh Pegawai kami, Encik Zainur zaman dan Puan Amirah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua pelanggan yang sudi bermuamalat serta memberi kepercayaan kepada pihak kami. 🤝✨

Justeru itu, pihak kami percaya perniagaan ternakan lembu ini akan terus memberi impak positif kepada perniagaan koperasi seterusnya mendatangkan hasil yang baik kepada kami.

Semoga segala urusan ibadah korban dipermudahkan dan diterima Allah SWT.
Insya-Allah, semoga ada rezeki untuk terus berkhidmat lagi pada masa akan datang. 🌙🐄

Pada tang berminat untuk membeli lembu daripada kami, boleh hubungi Pn Amirah

http://wasap.my/60177750794/lembukowas10

🐄 JUALAN LEMBU KORBAN 2026 🐄Tempahan lembu korban kini dibuka!✔️ Lembu sihat & cukup syarat korban✔️ Harga berpatutan✔️ ...
30/03/2026

🐄 JUALAN LEMBU KORBAN 2026 🐄

Tempahan lembu korban kini dibuka!

✔️ Lembu sihat & cukup syarat korban
✔️ Harga berpatutan
✔️ Sesuai untuk individu / kumpulan

📌 Slot terhad – siapa cepat dia dapat!

💰 Harga: RM4,500-RM5,500/ekor
📍 Lokasi: Ladang Felcra Berhad Kawasan Sg Sepuluh

📲 Berminat? Hubungi/WhatsApp:
https://wasap.my/60177750794/lembukorban
https://wasap.my/60122627420/lembukorban

Jom sama-sama merebut pahala ibadah korban tahun ini 🤲

Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir dan BatinAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Di kesemp...
23/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Di kesempatan yang mulia ini, kami dari barisan Ahli Lembaga Koperasi dan pihak pengurusan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh anggota koperasi serta masyarakat yang meraikan.

Hari kemenangan ini adalah masa untuk kita mensyukuri nikmat, mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam keluarga dan komuniti. Semoga Aidilfitri yang disambut membawa keberkatan, kebahagiaan dan kedamaian kepada kita semua.

Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kegembiraan bersama insan tersayang. Berhati-hati di jalan raya dan semoga perjalanan pulang ke kampung halaman dipermudahkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Koperasi Wawasan FELCRA Sungai Sepuluh telah berjaya menjalankan Sesi Audit Nurseri Anak Benih Sawit di bawah pemantauan...
22/01/2026

Koperasi Wawasan FELCRA Sungai Sepuluh telah berjaya menjalankan Sesi Audit Nurseri Anak Benih Sawit di bawah pemantauan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Sesi audit ini dilaksanakan bagi memastikan pengurusan nurseri, kualiti anak benih serta pematuhan terhadap piawaian Kod Amalan Baik Nurseri (CoPN) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak MPOB sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Pihak koperasi telah memberikan sepenuh komitmen untuk mengekalkan amalan pengurusan yang sistematik dan berkualiti demi menjamin pengeluaran anak benih sawit yang bermutu tinggi serta mampan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sesi audit ini.

🌱 Kualiti Terjamin, Kelestarian Diutamakan 🌱



SELAMAT TAHUN BARU 2026 ✨
01/01/2026

SELAMAT TAHUN BARU 2026 ✨

Address

7, Jalan Emas, Taman Kluang Jaya
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+6077721442

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Wawasan Felcra Sungai Sepuluh Paloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share