Fire & Flood Insurance 247

Fire & Flood Insurance 247 Fire Insurance Expert

22/04/2021

Terkini!! Condominium terbakar di bukit OUG, Bukit Jalil. Kejadian dirakam oleh orang awam yang berada di sana.

Semoga tiada kemalangan jiwa yang berlaku 🤲

Psst: Video min kongsikan di komen!

RANTAU PANJANG: Sebuah kedai roti canai di pekan Rantau Panjang tetap beroperasi seperti biasa walaupun premis digenangi...
20/12/2020

RANTAU PANJANG: Sebuah kedai roti canai di pekan Rantau Panjang tetap beroperasi seperti biasa walaupun premis digenangi air separas 0.3 meter susulan banjir melanda sejak semalam.

Tinjauan ke kedai terbabit di Kampung Cabang Tiga, di sini, mendapati, pelanggan juga duduk di bangku sambil merendam kaki di dalam air yang mengalir laju seolah-olah tiada apa berlaku, sekali gus memberi suatu suasana yang menarik.

Pemilik kedai, Mohd Fadhli Mat Zain, 53, berkata dia dan isteri, Umi Kalsom Yakub, 42, baru sahaja sebulan membuka kedai terbabit selepas berhenti kerja sebagai penjual buah di Jeli.

Katanya, mereka berdua mengambil keputusan untuk terus berniaga kerana banjir di kawasan itu tidak merbahaya kerana air cetek, malah penduduk sekitar juga tidak mahu kedai ditutup.

"Kedai saya menjadi tumpuan kerana tidak banyak gerai dibuka di sini sepanjang banjir. Namun, saya tetap mengikuti prosedur operasi standard (SOP) selain menasihatkan pelanggan menjaga penjarakan fizikal.

"Ini adalah pengalaman pertama berniaga makanan di dalam air kerana kami juga baru sahaja mula membuka kedai roti canai ini. Tetapi saya akui, agak seronok ditambah p**a pelanggan yang datang masih sama seperti hari biasa.

"Selain itu, pelbagai ragam pelanggan boleh dilihat, tidak kurang juga yang mencuit hati kerana suasana makan sambil berendam kaki di dalam air," katanya ketika ditemui di kedai makan miliknya, semalam.

Mohd Fadhli yang juga bapa kepada empat cahaya mata berkata, barangan asas untuk membuat roti canai sudah dibeli awal dan dijadikan stok kerana dapat mengagak banjir bakal melanda.

"Saya akan terus membuka kedai ini, namun bergantung keadaan banjir, andai kata ia naik semakin tinggi dan membahayakan saya tutup demi keselamatan bersama.

"Alhamdulillah, pendapatan yang diperolehi sama sahaja seperti hari biasa susulan pelanggan yang datang juga tidak berkurangan malah semakin bertambah.

"Tambahan p**a, musim hujan memang kita sentiasa rasa lapar dan ramai penduduk sekitar yang datang membeli roti canai di kedai kami," katanya.

17/12/2020

😹😹😹😹

Undang-undang yang jarang orang kita tahu... 🤔🤔🤔🤔
15/12/2020

Undang-undang yang jarang orang kita tahu... 🤔🤔🤔🤔

One day, you get a call from the Majlis Perbandaran of a certain area. You happen to have a home there that you haven’t been to in years because it’s really far away. The Majlis representative tells you that you’ve been slapped with a hefty fine for leaving your home vacant for that long. They...

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut selepas alat pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya dekat Bandar Pute...
23/11/2020

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut selepas alat pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya dekat Bandar Puteri Jaya di sini, meletup tengah hari tadi.

Letupan alatan terbabit terkena pada kaki, paha dan lengan kiri mangsa.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah itu, mangsa yang berusia 43 tahun, ditemui terbaring oleh isterinya yang berusia 38 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata isteri mangsa bergegas melihat keadaan suaminya sejurus terdengar letupan kuat di hadapan rumah mereka.

Beliau berkata, isteri mangsa dengan bantuan jiran mengejarkan mangsa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan segera.

"Setibanya di zon kuning, mangsa masih sedarkan diri, namun kira-kira 20 minit kemudian doktor memaklumkan mangsa meninggal dunia.

"Siasatan awal mendapati, mangsa dan isterinya adalah peniaga warung di Bandar Puteri Jaya. Mangsa dipercayai bekerja separuh masa membaiki peralatan elektronik di hadapan rumah mereka sebagai pendapatan sampingan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adzli berkata, seorang saksi kejadian memberitahu sedang duduk bersembang di hadapan rumah itu sambil memerhati mangsa membaiki radio yang dihantarnya.

Beliau berkata, pemadam api terbabit adalah jenis kegunaan di dalam kenderaan, namun kemudian dikeluarkan dan berada tidak jauh dari tempat mereka berbual.

"Pemadam api itu dilihat sudah berada di situ sejak dua hari lalu ketika saksi menghantar radio untuk dibaiki.

Alat pemadam api yang meletup menyebabkan seorang lelaki maut di hadapan rumahnya di Bandar Puteri Jaya. - Foto ihsan Bomba
Alat pemadam api yang meletup menyebabkan seorang lelaki maut di hadapan rumahnya di Bandar Puteri Jaya. - Foto ihsan Bomba
"Saksi memberitahu ia kepunyaan mangsa dan tidak mengetahui di mana alatan diperolehnya," katanya.

Adzli berkata, siasatan juga mendapati, alat pemadam api terbabit secara tiba-tiba mengeluarkan asap putih.

"Saksi berusia 43 tahun itu memberitahu, melihat kejadian itu, mangsa terus mengambil alat terbabit untuk membuangnya tetapi alatan itu terus meletup.

"Akibat letupan itu, mangsa mengalami kecederaan di paha, kaki dan lengan kiri.

"Sewaktu kejadian, saksi dan mangsa saja berada di tempat kejadian dan tiada saksi lain yang melihat kejadian itu. Siasatan awal polis dapati tiada unsur jenayah di lokasi kejadian," katanya.

Adzli berkata, Bahagian Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang sampai di lokasi kejadian setakat ini belum dapat memastikan punca letupan pemadam api terbabit.

Beliau berkata, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalankan siasatan pada pemadam api berkenaan dan mendapati ada kesan potong pada alat berkenaan.

"Siasatan lanjut di tempat kejadian tidak menemui alatan yang digunakan untuk memotong pemadam api berkenaan.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan akan dibedah siasat esok," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan masih dilakukan pasukan forensik JBPM Kedah.

SUMBER:

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut selepas alat pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya dekat Bandar Puteri Jaya di sini, meletup tengah hari tadi.

Dengan produk SME Bizcare, kita dapat melindungi premis perniagaan dari kerugian akibat bencana kebakaran dan juga kecur...
21/11/2020

Dengan produk SME Bizcare, kita dapat melindungi premis perniagaan dari kerugian akibat bencana kebakaran dan juga kecurian dan rompakan. Signup sekarang!!

Lindungi aset anda dari bencana kebakaran..hubungi kami sekarang untuk sebut harga
31/05/2020

Lindungi aset anda dari bencana kebakaran..hubungi kami sekarang untuk sebut harga




Eksklusif untuk pesara dan mereka yang telah membayar penuh pinjaman rumah! Lindungi rumah anda dengan perlindungan taka...
12/05/2020

Eksklusif untuk pesara dan mereka yang telah membayar penuh pinjaman rumah! Lindungi rumah anda dengan perlindungan takaful yang komprehensif. Hubungi kami sekarang!

Memiliki polisi kebakaran untuk perniagaan anda akan mengurangkan risiko kerugian sewaktu suasana ekonomi yang sedang mu...
05/05/2020

Memiliki polisi kebakaran untuk perniagaan anda akan mengurangkan risiko kerugian sewaktu suasana ekonomi yang sedang muram. Hubungi kami untuk mendapatkan quotation PERCUMA sekarang.

Dapatkan quotation percuma untuk perlindungan premis perniagaan atau rumah anda sekarang. Hubungi kami 24 jam sehari  7 ...
05/05/2020

Dapatkan quotation percuma untuk perlindungan premis perniagaan atau rumah anda sekarang. Hubungi kami 24 jam sehari 7 hari seminggu sekarang.






MUALLIM: Sebanyak 11 rumah kedai di Jalan Besar Behrang Stesen, dekat sini terbakar tengah malam tadi.Jurucakap Jabatan ...
28/03/2020

MUALLIM: Sebanyak 11 rumah kedai di Jalan Besar Behrang Stesen, dekat sini terbakar tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata panggilan kecemasan diterima pihaknya jam 12.22 tengah malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi memadam kebakaran turut disertai BBP Slim River, BBP Kuala Kubu Bharu, BBP Bidor dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Slim Village.

”Kebakaran itu membabitkan 11 rumah kedai kelas B dengan anggaran 70 peratus musnah dalam kebakaran itu.

“Setakat ini, belum ada laporan mangsa yang terbabit dan punca kejadian belum dikenal pasti,” katanya.

MUALLIM: Sebanyak 11 rumah kedai di Jalan Besar Behrang Stesen, dekat sini terbakar tengah malam tadi.

Address

B-2-13A-A Prima Klang Avenue Jalan Kota/KS 1
Klang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fire & Flood Insurance 247 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fire & Flood Insurance 247:

Share