Sis Ziela

Sis Ziela Perkhidmatan Pinjaman Kredit Komuniti Berdaftar Dibawah KPKT & Ada Office Tetap

09/08/2025

RESEPI SAMBAL PENYET PALING SEDAP 😍

Saya ni memang sangat s**a makanan indonesia, terutamanya nasi ayam penyet. Dari zaman bujang lagi duk layan nasi ayam penyet ni. Siap belajar macam-macam resepi sambal penyet. Tapi semua resepi tu macam ada tak kena. Masih belum betul-betul puas hati dan belum sama macam kedai faveret. Hahahah.
Haritu, ada lah terfikir nak cuba cari resepi yang memang dari orang indonesia. Cari punya cari, terjumpa lah satu resepi ni. Pelik sikit resepi dia, sebab tak letak bawang merah. 😅 Macam risau jugak, takut tak sedap, sebab sebelum ni resepi sambal penyet semua kena letak bawang banyak-banyak. Haha.

Tapi rupa-rupanya resepi ni memang PERFECT. Sedap sangat-sangat bagi tekak saya. Memang rasa macam tak perlu beli kat kedai dah. Hahaha.
Resepinya mudah saja.

Bahan-bahan :
Tomato (belah 4)
Cili besar
Cili padi
Belacan
Ikan bilis (segenggam)
Minyak masak
**Takde s**atan khusus. Agak-agak je ikut selera kita. Nak sedap, lebihkan tomato. Nak pedas, lebihkan cili padi. Nak merah, lebihkan cili besar. Haaa begitulah.

Cara-cara :
1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.
2. Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.
3. Masukkan p**a cili besar, cili padi dan belacan.
4. Goreng sehingga layu.
5. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk.
6. Setelah sejuk, baru hancurkan. Blend kasar sahaja. Boleh guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu
7. Saya punya ni saya guna hand blender.
8. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.
9. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika s**a.
10. Siap!

Resepi ni memang resepi sambal penyet terbaik yang saya pernah rasa. Dan suami pun memang konpem bertambah nasi bila saya buat sambal penyet ni. Alhamdulillah. 😍
Selamat mencuba semua.

Kredit : Lubuk Resepi

09/08/2025

Apam Milo 3 Bahan (Kukus)
Yer Resepi Tiada Tepung,
Jangan pelik kenapa boleh jadi apam tanpa tepung?

Serbuk Milo tu sendiri dah kaya dengan karbohidrat & agen pemekat, so bila campur dengan telur, cukup untuk hasilkan tekstur gebu macam apam biasa.

Bahan-bahan:

4 sudu besar Milo
2 biji telur (gred A)
4 sudu besar susu pekat manis

---

Cara-cara Membuat:

1. Panaskan pengukus dahulu. Pastikan air mendidih dan tutup pengukus dengan kain bersih supaya wap tak jatuh ke apam.

2. Dalam mangkuk, pukul telur menggunakan garfu/whisk/mixer hingga kembang

3. Masukkan susu pekat manis dan serbuk Milo. Kacau hingga sebati dan licin.

4. Tuangkan adunan ke dalam acuan kecil atau cawan kertas (boleh juga guna loyang kecil jika s**a).

5. Kukus selama 15–20 minit untuk saiz kecil atau 25–30 minit untuk loyang sederhana. Cucuk dengan lidi — jika keluar bersih, apam dah masak.

6. Biarkan sejuk sekejap sebelum dihidang.

---

Tips:

Boleh tambah coklat cip, kismis, atau parutan keju atas apam sebelum kukus untuk lebih rasa.

Address

31, Persiaran Raja Muda Musa Pelabuhan
Klang
42000

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:30
Tuesday 09:30 - 17:30
Wednesday 09:30 - 17:30
Thursday 09:30 - 17:30
Friday 09:30 - 17:30
Saturday 09:30 - 14:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sis Ziela posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share