Jual dan beli rumah selangor

Jual dan beli rumah selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jual dan beli rumah selangor, Insurance Agent, no 6377, Jalan kempas, bukit kapar, Klang.

Di zaman sekarang ni. Takaful  insurance ni sangat penting dan ramai yang terlepas pandang.
06/10/2021

Di zaman sekarang ni. Takaful insurance ni sangat penting dan ramai yang terlepas pandang.

Nusa suria.Bandar Puncak Alam. 2sty  semi D cluster (corner lot) untuk dijual. pm admin segera
24/09/2018

Nusa suria.Bandar Puncak Alam. 2sty semi D cluster (corner lot) untuk dijual. pm admin segera

Tips beli rumah di usia muda.Ini tips beli rumah yg sy boleh share. & tips ni amat berguna buat anda yg bisnes. Sbb tips...
23/01/2018

Tips beli rumah di usia muda.

Ini tips beli rumah yg sy boleh share. & tips ni amat berguna buat anda yg bisnes. Sbb tips nilah yg sy gunakan ntk beli rumah dulu kemudian beli kereta idaman.

Jgn beli kereta dulu lepas tu plan beli rumah nanti loan anda susah nak lulus, sbb loan kereta 9tahun shj, loan rumah pulak bole ikat sampai 30tahun keatas ikut umur kita, wlwpon kita beli rumah RM200k@300k bulanan tetap boleh dgr sbb ikat lama x macam beli kereta.

Ntk yg keje dgn majikan lebih mudah klw ikut tips ni sbb ade bbrp doc anda yg majikan dah siapkan. Usia pon main peranan klw muda sgt bank susah nak bg lulus sekurang2nye 18Tahun sbb adik sy backup penjamin sy die umur 19 kot tahun ni, sy pulak 24. Klw tua sgt pon bank bg lulus takat brp % je loan.

So pd usia muda ni amik peluang ntk beli rumah. Kita buat lain dari yg lain, mcm kawan2 beli kete dulu, kita beli la rumah dulu, naik kete lama pon xpe janji nama xde hutang kat kereta. Ini pengalaman sy beli rumah yg sy nak share :
1. Pilih/kaji/aim kawasan perumahan yg anda nak beli dari segi geografi@ekonomi ikut tujuan anda.

2. Cari pemaju & buat bayaran buking fee,jumlah bayaran buking pemaju yg tetapkan dalam lingkungan RM500 keatas jika loan anda x lulus duit booking fee ni akan dikembalikan(perkara ni kene tye dari awal). Lepas buat bayaran buking anda akan dapat 1document iaitu SALE & PURCHASE AGREEMENT S&P. & doc ni bawa ke bank yg pemaju syorkan @ bank yg anda nk buat loan.

3. Bank akan mintak :
a) SSM & ic.

b) Penyata kewangan untung/rugi ntk 2tahun : ini bg yg berniaga, doc ini kita akan dapat bila kita buat dgn juru audit bertauliah, segala resit beli stok & perbelanjaan bil, Sijuru audit ni yg akan kira ntk kita, yg bergaji bank akan minta slip gaji ntk bbrp bulan.

b) Slip bank akaun semasa, sape yg bisnes x buat akaun bank semasa sgt lah rugi sbb bank nak tgok benda ni duit keluar masuk bisnes kita.

c) Lengkap kan dokumen E-Filing kene daftar online dalam laman web LHDN. Dalam dokumen E-Filing ade nombor Cukai pendapatan kita nombor cukai pendapatan kita sgt penting.

d) Slip bayar cukai pendapatan ke LHDN, dokumen ni bank pon nak 2Tahun, sbb bank nak tgok mcm mana tumbesaran bisnes kita. Dokumen ni jgn risau juru audit bole satel kn ntk kita jgk.

e) 10% deposit drpd harga rumah yg kita nak beli.

f) X cukup dgn 10% deposit anda kene lebihkan duit ntk YURAN GUAMAN, YURAN PINDAH NAMA PEMILIK & DUTY SETEM, serta YURAN PENILAIAN RUMAH. Jumlah semuanye mungkin 5% dari harga rumah. So kene steandby duit lebih sikit. Klw anda bernasib baik ade pemaju yg tanggung semua kos ini.

4. Lengkap semua dokumen diatas semoga permohonan kita lepas dari segi “scoring bank“ & clear dari ccris walaupon ccris ptptn, klw ade tunggakan ptptn cepat2 lah clearkan klw x mmg permohanan kita gagal.

5. Jika permohanan bank luluskan kita dah bole baya baki deposit + duit buking masa mula2 nk dapatkan S&P. & bole buat segala bayaran urusan bank & guaman.

6. Proses terakhir makan masa sikit ikut bank & pihak peguam uruskan mcm mana. Bila loan kita lulus & masuk dalam poket pemaju kita dah boleh dapat kunci rumah kita. Lepas tu boleh lah setup bekalan TNB, Air & dll.

7. Selain tu anda boleh sertakn doc simpanan ASNB, penyata KWSP, simpanan Tabung Haji atau combine segala doc dgn adikberadik/isteri/suami bg kukuhkan permohonan anda. Deposit yg dah dibayar pon kene pastikan ditolak dari jumlah pembiayaan yg kita mohon & kire balik faedah % yg di kenekan. Supaya xde pihak ketiga yg amik kesempatan atas pembelian rumah kita.(takut ade yg amik deposit tu sbg duit poket mereka)

Sy nasihatkan kawan2 yg nak beli rumah seelok2nye buat persediaan 2tahun awal. Pastikan akaun semasa dah buat, segala resit yg berkaitan bisnes simpan dalam fail, klw malas sgt buat penyata untung rugi cari juru audit ntk buatkan ntk bisnes kita. Nak beli kereta pon gunakan doc yg sama.

Sbnrnye 2tahun lepas permohonan loan Rumah sy pernah ditolak disebabkan ade bbrp dokumen yg sy xde. Sy belajar dr situ bertapa susahnye bank nak bg kita pinjam duit wlwpon gaji kita beribu2 tapi klw dokumen yg bank perlukan kita xsedia kan mmg bank x layan kita. Kalau nak beli rumah cash x pasti macam mana.

Sy bersyukur pd usia sy 24tahun sy dah ade rumah & kereta yg sy impikan. Beruntung sgt disaat kawan2 belum tahu pasal beli rumah sy dah tahu. & sy harap anda semua berjaya beli rumah yg anda nak dgn perkongsian sy ni. Kalau ade dokumen yg x paham atau x tahu tu boleh lah tye sy jgn segan2 ye.

TIPS-TIPS UMUM MEMBELI RUMAH PERTAMA BAGI GOLONGAN MUDA.Menjadi satu kesukaran bagi golongan muda untuk membeli rumah ke...
17/01/2018

TIPS-TIPS UMUM MEMBELI RUMAH PERTAMA BAGI GOLONGAN MUDA.

Menjadi satu kesukaran bagi golongan muda untuk membeli rumah kediaman. Kenaikan kos sara hidup, kenaikan harga rumah dan nilai wang yang semakin kecil menjadi punca utama. Berikut adalah beberapa tips umum yang boleh dilakukan bagi membantu golongan muda membeli rumah pertama mereka.

Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang hartanah

Sebelum merancang untuk membeli rumah, adalah dinasihatkan agar golongan muda menambah pengetahuan di dalam bidang hartanah. Ilmu pengetahuan ini melibatkan proses pembelian rumah, pengetahuan mengenai kos-kos yang terlibat dan cara memilih rumah yang diingini. Pengetahun ini penting agar mereka dapat membuat keputusan yang tepat dan mengelakkan sebarang masalah ketika membeli rumah yang diidamkan. Pengetahuan ini boleh diperolehi dengan membaca buku, mempelajari pengalaman orang lain melalui blog dan forum, bertanya kepada agen perumahan atau mendapatkan nasihat daripada orang yang pernah membeli rumah.

Merancang dengan teliti

Setelah memahami secara mendalam proses pembelian rumah, langkah seterusnya adalah dengan merancang secara teliti. Perancangan ini termasuklah penentuan lokasi dan jenis kediaman yang ingin dibeli, harga, keluasan kediaman dan masa untuk melakukan pembelian. Jangan terburu-buru untuk melakukan perancangan tersebut kerana sebarang kesilapan akan menyebabkan kehilangan beribu-ribu ringgit.

Mulakan simpanan seawal mungkin

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh golongan muda adalah dengan tidak memulakan simpanan seawal mungkin. Pembelian rumah melibatkan harga beratus ribu ringgit. Walaupun tidak perlu menyediakan kesemua wang tersebut, kos-kos yang terlibat di dalam pembelian rumah adalah agak tinggi. Ini termasuklah kos guaman, kos pinjaman, deposit rumah dan kos membaiki. Ketidakupayaan dalam menyediakan wang pendahuluan ini menjadi punca utama mengapa ramai golongan muda tidak mampu membeli rumah.

Tunda kehendak lain

Utamakan pembelian rumah. Ini kerana harga rumah secara puratanya akan meningkat setiap tahun. Lebih lambat membeli, lebih mahal harganya. Tundakan kehendak lain seperti pembelian kereta yang terlalu mahal, telefon bimbit yang canggih, makan di tempat-tempat mewah, keahlian kelab dan lain-lain. Gunakan wang yang diperolehi setiap bulan bagi mendapatkan keperluan asas sahaja. Jangan terikut-ikut dengan trend dan rakan-rakan yang lain. Simpan selebihnya.

Beli mengikut kemampuan

Pilihlah kediaman yang mampu dibeli. Anda akan merana berpuluh tahun kerana terpaksa membayar pinjaman bulanan sekiranya membeli rumah yang terlalu mahal. Rumah adalah tempat untuk beristirehat, maka jangan jadikan bayaran pinjaman sesuatu yang akan merisaukan anda.

Semoga tips-tips yang diberikan ini akan dapat membantu golongan muda mendapatkan rumah idaman mereka. Selamat beramal!

10 TIPS PENJAGAAN RUMAH KEKAL BERSIH WAJIB PATUH!=================================1. Amalkan sikap membasuh pinggan mang...
17/01/2018

10 TIPS PENJAGAAN RUMAH KEKAL BERSIH WAJIB PATUH!
=================================

1. Amalkan sikap membasuh pinggan mangkuk selepas makan & pastikan dapur sentiasa bersih & kering.
2. Tarik & kemas cadar serta biarkan ia terdedah pada udara sementara anda mandi & sarapan. Buka tingkap bilik tidur, ini dapat mengurangkan kelembapan serta debu hama pada cadar & ruang bilik.
3. Tukar kain tuala dapur & tuala teh setiap hari.
4. Vakum/mop lantai dapur setiap hari sebab kotoran dapur sangat mudah merebak berbanding ruang lain.
5. Pastikan sinki bersih & tuala tangan sentiasa ditukar baru. Setiap malam, ambil masa 5 min utk bersihkan dapur anda sepenuhnya. Lakukan setiap hari, jgn tunggu sampai sinki anda berkulat!
6. Pastikan tandas sentiasa bersih & kemas. Tandas yg sentiasa kering itu yg terbaik!
7. Letakkan semula setiap barang yg diambil & digunakan supaya anda tak kusut nak cari lebih lagi time nak gunakannya di waktu kecemasan.
8. Basuh kain setiap hari, jangan tunggu weekend dah bertimbun2 baru nak basuh. Jadikan tabiat basuh kain setiap hari.

Bangun tidur je terus masukkan kain dlm mesin basuh. Dah siap basuh, jemur atau guna dryer. Takdela anda terbeban di hujung minggu nnt.
9. Buang sampah, bunyi mcm senang kan? Ini yg selalu org pandang remeh, nak tunggu sampai ulat sampah membiak baru terhegeh-hegeh nak buang sampah. Amalkan buang sampah setiap pagi sblm anda nak pergi kerja.
10. Jika anda bela haiwan, sentiasa bersihkan & cuci najis haiwan. Kalau anda buat dek je, tggulah berbau satu rumah & dikecam netizen yg datang ke rumah anda nanti.
Tu je nak share kali ni, LIKE & SHARE dgn kwn2 jika bermanfaat 😘

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.Perkongsian tips pada hari ini untuk pengubahsuaian rumah.Nama Produk: Philipine ...
17/01/2018

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Perkongsian tips pada hari ini untuk pengubahsuaian rumah.

Nama Produk: Philipine Grass

Rumput memainkan peranan penting dalam menghasilkan lanskap yang indah untuk kediaman, bangunan, taman, padang dan sebagainya. Kesan hijaunya menyejukkan mata memandang, membuatkan perasaan menjadi tenang dan ceria.

Rumput ini sesuai di tempat yang lapang dan terdedah pada cahaya matahari sehingga 5 jam jika tidak rumput akan cepat panjang dan tidak rata.

Kebaikan dan tips:

1) Sesuai ditanam dihalaman rumah kerana status penjagaan lebih mudah, tahan lasak, tahan serangan virus/serangga perosak.
2) Digalakkan mengunakan baja urea 48% kerana baja kimia cepat dan mengelakkan dari jangkitan kulat.
3) Pastikan rumput liar dicabut untuk mengelakkan pembiakan berlaku dikawasan rumput.
4) Setiap bulan rumput dipotong dan baja, jangan risau kalau kawasan yang di potong kelihatan kuning selepas dipotong ianya memerlukan masa seminggu untuk naik hijau, rata dan cantik
5) penjagaan philipine grass ini mudah jika rumput ini terdedah kepada cahaya matahari dan pengudaraan.

17/01/2018

2 Cara Rawatan ANAI-ANAI

✔ Teknik Kawalan / Rawatan #1. General Pest Control

Rawatan jenis ini merupakan jenis rawatan pembasmian serangga yang dilakukan secara berjadual. Dengan menggunakan kaedah rawatan seperti ini, kawalan serangga jenis ini wajib dilakukan mengikut jadual dimana pada setiap bulan atau dua bulan sekali semburan bahan kimia yang sesuai akan dilakukan secara berkala.

Sasaran rawatan PENCEGEHAN serangga ini khususnya serangga perosak, ANAI-ANAI, semut dan lipas termasuk didalam golongan rawatan ini. Sistem kawalan serangga perosak seperti ini menggunakan kaedah SEMBURAN dan akan dilakukan diseluruh kawasan termasuklah didalam dan diluar premis atau bangunan bangunan yang dirawat.

✔ Teknik Kawalan / Rawatan #2. Spot Treatment

Syarikat pakar kawalan serangga yang menggunakan kaedah rawatan Spot Treatment akan menjalankan rawatan pada bahagian yang dikenal pasti sahaja. Mungkin ditempat seranggan Anai-Anai yang aktif, atau pada lokasi yang terlibat sahaja. Ini juga boleh dipanggil rawatan setempat.

Hanya pada bahagian-bahagian tertentu sahaja dan tempat-tempat yang disyaki terlibat dengan pembiakan akan dirawat dengan menggunakan kaedah Spot Treatment.

Sebelum rawatan spot treatment dijalankan, pemeriksaan yang teliti akan dibuat dikawasan yang disyaki atau punca serangan serangga anai-anai akan dikesan. Kemudian rawatan Spot Treatment akan dilakukan pada bahagian yang terlibat dengan serangan serangga berkenaan.

Punca pembiakan akan dikenal pasti terlebih dahulu dan laporan kerja akan direkod untuk rujukkan dimasa pemerikasaan berikutnya. Sesetengah syarikat kawalan serangga akan melakukan pemeriksaan selanjutnya pada bulan seterusnya dan rujukan laporan kerja yang lepas amat memerlukan untuk membantu dan meneliti keberkesanan rawatan atau ujian rawatan.

Address

No 6377, Jalan Kempas, Bukit Kapar
Klang
41

Telephone

0172747872

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jual dan beli rumah selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share