12/10/2020
Just sharing isu faraid
Ibu dapat 1/6
Isteri dapat 1/8
Anak lelaki dapat baki keseluruhan
Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki
Walaupun anak lelaki itu bawah umur, walaupun anak lelaki itu masih kecil, walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan dia tetap ada hak faraid dia. Kalau taktahu pasal harta pusaka kerana ada anak yatim yang perlu ditunaikan haknya.
Selepas seseorang meninggal, adakah langsung tak boleh gunakan atau ambil hartanya walau sedikit? Adakah semuanya akan terus automatik kena faraid?
Nak urus harta pusaka ada tertib dan aturannya. Faraid itu proses yang paling akhir sekali. Sebelum sampai ke faraid kena melalui proses pentadbiran dan pengurusan harta pusaka terlebih dahulu :
1) Belanja pengebumian
2) Selesaikan hutang- hutang si mati
3) Badal haji jika belum menunaikan Haji
4) Laksanakan wasiat jika ada (wasiat kepada bukan waris)
5) Laksanakan hibah jika ada
6) Selesaikan urusan tuntutan harta sepencarian oleh isteri terlebih dahulu
7) Kos pengurusan termasuklah perbelanjaan yang berkaitan dalam menguruskan pusaka
Dah tolak semua diatas bakinya barulah boleh di faraid.
Bahagian anak bawah umur, ibunya boleh jadi pentadbir dan pemegang amanah. Tugas pentadbir termasuklah menguruskan bahagian anak bawah umur tersebut untuk urusan belanja harian, makan minum, urusan persekolahan dan sebagainya. Tak semestinya kena tggu 18 tahun baru boleh digunakan harta- harta itu. Umur 18 tahun tu untuk proses tukar nama dari nama pentadbir kepada nama anak tu. Tapi tak bermakna pentadbir tak boleh gunakan harta tu untuk urusan pembesaran dan perbelanjaan anak tersebut.
Sesungguhnya..
Perebutan harta pusaka itu benar.
Penganiayaan terhadap balu dan anak yatim itu benar.
Campur tangan dari waris- waris yang tidak berkenaan itu juga benar.
Kita tidak akan faham jika kita sendiri tidak melaluinya. Maka jangan tunggu nak terhantuk baru nak tergadah. Belajarlah dan ambillah pengajaran dari pengalaman orang lain.
“Sesungguhnya orang2 yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala- nyala (neraka)” Surah An- Nisa: ayat 10
Nazihah Wazien Binti Mohd Amir
Prudential Wealth Planner
Free Consultation
Free Quotation
https://wa.me/60172811554
Request for Quotation? Please fill out the form below👇🏻
http://tiny.cc/09v5mz