20/09/2018
Menghadapi suatu keadaan getir bukan suatu perkara mudah bagi seorang insan biasa seperti saya. Pada malam 6 September 2018, sesuatu yang tidak dijangka berlaku betul-betul di hadapan mata saya. Ketika sedang menanti giliran untuk masuk ke court badminton, tiba-tiba sy dapati court berdekatan saya penuh dgn ramai orang. Rupa-rupanya, terdapat seorang lelaki (pemain) jatuh tersungkur secara tiba-tiba ketika dia sedang berehat. Pantas rakan-rakannya cuba membantu apa yang patut dan membawanya keluar ke pintu utama dewan. Lalu, saya lantas mengiringi mereka. Di sana, ruang lebih luas. Saya mengarahkan orang ramai yang berada di situ utk memberi ruang bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk kepada mangsa. Saya dan abang mangsa memangkunya sambil cuba memanggil nama mangsa. Pada saat itu, saya cuba memberikan bantuan sebaik mungkin sementara menunggu ambulans tiba. Malangnya, keadaan mangsa sudah teramat teruk pada ketika itu. Pada ketika itu, jam menunjukkan pukul 11:36 malam. Beberapa minit selepas itu, mangsa sudah tidak memberikan respon setelah saya memanggilnya. Pada ketika itu, keadaan menjadi semakin cemas. Sebelum mengangkat mangsa ke dalam kenderaan utk dibawa ke hospital, sy cuba utk memeriksa nadi mangsa. Malangnya, saya dapati mangsa sudah tidak bernyawa lagi. Sesudah sampai di Unit Kecemasan & Trauma Hospital Jitra, doktor mengesahkan yang mangsa sudah meninggal dunia. Bermakna di sini, mangsa menghembuskan NAFAS TERAKHIR atas pangkuan saya dan abang sulungnya. Saya berasa amat sedih dan agak kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa. Untuk pengetahuan semua, arwah masih muda dan berumur 30-an. Apa yang lebih menghibakan adalah arwah meninggalkan dua orang anak comel yang baru berusia 4 tahun & 3 bulan serta seorang isteri.
Lantas saya terfikir, apakah nasib anak2 & isterinya seandainya arwah tidak mempunya PERLINDUNGAN TAKAFUL? Arwah adalah seorang yang sihat dan tiada langsung masalah kesihatan kronik sebelum ini. Selain itu, arwah juga seorang yang aktif bersukan. Pemergiannya adalah sesuatu yang tidak diduga. Ya betul, memang ajal maut di tangan Tuhan. TETAPI, pernahkah kita terfikir apa yang akan berlaku kepada insan-insan yang kita sayangi apabila kita ditakdirkan dijemput Ilahi suatu hari nanti?
APAKAH PERSIAPAN KITA UNTUK MEREKA BAGI MEMASTIKAN KELANGSUNGAN HIDUP MEREKA?
Pm saya 017-5114323 Siti Nafsiah
Kisah benar. Perkongsian ikhlas drpd M. Hafiz M.P. @7/9/2018