13/04/2026
REVOLUSI TENAGA & KERETA ELEKTRIK: KENAPA RUMAH LANDED BAKAL JADI "RAJA", DAN PROTON MUNGKIN KEMBALI BERKUASA
Trump buat dah kerja gila dia.
Dia nak block blockage Iran di Selat Hormuz.
Korang kena faham,
Trump memang nak harga minyak tinggi.
Sebab US dan Venezuela ada banyak bekalan minyak.
Inilah cara untuk USA mengekalkan hegemoni petrodollar.
So expect harga minyak akan kekal mahal setahun dua ni.
So apa kita boleh buat?
Kita cari solusi.
Kita adapt.
So pagi ni, izinkan Abe lontarkan buah fikiran Abe.
Tak setuju tak apa.
Kita agree to disagree je.
Cuma komen tu dengan ilmu lah ya?
So jom, kita roll camera, action, zass!
Ramai orang sembang pasal EV,
ramai orang sembang pasal solar.
Tapi tak ramai yang nampak "big picture" macam mana benda ni akan ubah harga hartanah
dan hierarki automotif kita dalam masa 2-3 tahun lagi.
Buka mata,
ni bukan sekadar cerita "save the planet",
ni cerita pasal poket korang.
Landed Property – "The New Power Station"
Dulu orang cari rumah landed sebab nak tanah,
nak parking senang.
Sekarang dan masa depan,
orang cari rumah landed sebab nak Kedaulatan Tenaga.
Kalau korang duduk kondo,
korang nak pasang solar kat mana?
Kat balkoni?
Nak tarik kabel extension dari tingkat 15 ke bawah nak cas Tesla?
Memang menangis la.
Rumah landed ada bumbung sendiri.
Bumbung tu sekarang bukan sekadar peneduh hujan,
tapi "lombong emas" yang tangkap tenaga percuma.
Bila harga minyak makin "bermisteri" dan subsidi mula bersasar,
rumah yang dah siap sistem solar akan jadi aset paling mahal.
Orang bukan beli rumah,
orang beli "stesen minyak peribadi."
Solar & Bateri Dulu, Baru Sembang EV
Ni kesilapan paling ramai orang buat:
Gelojoh beli kereta EV,
tapi kat rumah tak ada solar.
Akhirnya, korang cuma tukar "Bil Petrol" kepada "Bil TNB".
Ingat, bila korang cas EV guna plug rumah waktu malam,
korang tengah guna tarif elektrik yang mahal kalau dah masuk blok penggunaan tinggi.
Logiknya begini:
1. Pasang Solar + Bateri System dulu.
2. Waktu siang, panel solar tu "tuai" (harvest) elektrik dari matahari.
3. Lebihan elektrik tu disimpan dalam Bateri.
4. Waktu malam, korang cas EV guna elektrik dari bateri tadi.
Hasilnya?
Kos perjalanan korang adalah RM0.00. Korang tengah "memandu matahari."
Kalau beli EV tapi tak ada sistem storage kat rumah,
korang sebenarnya masih lagi "hamba" pada grid TNB.
Damage Report (Kos)
Berapa kena standby?
Jangan ingat harga macam beli powerbank kat Shopee.
Teknologi ni "investment", bukan "expense".
• Sistem Solar (PV): Untuk rumah teres biasa (4kWp - 6kWp), kos sekitar RM15,000 ke RM25,000.
• Sistem Bateri (BESS):
Ni yang mahal.
Untuk kapasiti yang selesa (contoh: 5kWh - 10kWh), tambah lagi dalam RM15,000 ke RM30,000.
• Total: Standby dalam RM40k - RM50k.
Nampak macam besar,
tapi kalau korang buat loan rumah atau ambil skim pembiayaan hijau,
ansuran bulanan tu sebenarnya lebih rendah daripada apa yang korang jimat kat bil elektrik dan petrol sebulan.
Tapi kalau korang dah lama follow Abe,
korang tahu Abe bencikan hutang atau bayar ansuran.
So boleh dah fikir nak jual aset mana bayar solar dan bateri ni secara tunai.
Di Malaysia, sistem ini biasanya dipanggil Hybrid Solar System atau Solar PV with Battery Energy Storage System (BESS).
Kalau dulu orang pasang solar hanya untuk jimat bil waktu siang,
sekarang ramai yang mula pasang sekali dengan bateri supaya elektrik yang dijana waktu siang boleh disimpan dan digunakan waktu malam.
Berikut adalah status terkini sistem solar berbateri di Malaysia setakat 2026:
1. Produk yang Tersedia di Pasaran
Jenama-jenama besar sudah pun membawa masuk teknologi bateri rumah (lithium-ion) ke Malaysia:
• Huawei (LUNA2000): Antara yang paling banyak digunakan di Malaysia. Baterinya bersifat modular (boleh tambah kapasiti ikut keperluan).
• Tesla Powerwall: Sudah mula ditawarkan oleh pengedar sah dan pemasang sistem solar tempatan.
• Jenama lain: Seperti BYD, Alpha ESS, dan Sunsynk juga aktif menawarkan penyelesaian "all-in-one" (inverter + bateri).
2. Skim Kerajaan Terkini (Solar ATAP)
Bermula 1 Januari 2026,
kerajaan telah memperkenalkan skim Solar ATAP (Solar Accelerated Transition Action Programme) bagi menggantikan NEM 3.0.
• Skim ini lebih fokus kepada penggunaan sendiri (self-consumption).
• Dengan bateri,
anda boleh memaksimumkan penjimatan kerana anda tidak perlu "menjual" tenaga ke grid pada kadar yang mungkin berubah-ubah,
sebaliknya simpan dan guna sendiri 100%.
Insentif SolaRIS
Jika anda baru merancang untuk pasang,
kerajaan masih menawarkan rebat tunai melalui skim SolaRIS (sehingga RM4,000 untuk pemasangan baru bagi pengguna kediaman TNB).
Rebat ini sangat membantu untuk menampung kos bateri yang biasanya agak mahal.
Kelebihan & Kos
• Kelebihan:
Rumah anda tetap ada elektrik walaupun TNB "blackout" (jika sistem ada fungsi backup).
Anda juga boleh mencapai hampir 80-90% kebebasan tenaga daripada grid.
• Kos: Kos bateri masih merupakan komponen termahal.
Secara kasar,
penambahan unit bateri boleh menambah kos sekitar RM15,000 hingga RM30,000 bergantung kepada kapasiti (kWh) yang dipilih.
Proton’s Secret Weapon vs Perodua
Now jom kita borak pasal industri otomotif p**a.
Abe kan graduate General Motors Institute di Michigan dalam automotive engineering asalnya?
Kenapa Abe kata Proton ada advantage?
Jawapannya satu perkataan:
GEELY.
Perodua memang raja jimat minyak,
tapi mereka masih lagi dalam fasa "tengok-tengok dulu"
Proton p**a dah ada akses terus kepada teknologi EV Geely yang dah bertahun depan (brand e.MAS).
Geely ni bukan kaleng-kaleng.
Mereka ada ekosistem EV yang matang.
Kalau harga minyak melambung tinggi sampai orang terpaksa beralih ke EV secara drastik,
Proton boleh bawa masuk teknologi EV yang affordable dan reliable dengan lebih cepat berbanding pesaingnya.
Proton tak perlu pening kepala buat R&D dari kosong.
Mereka cuma perlu "localize" teknologi yang dah sedia ada.
Dalam perang EV,
siapa yang ada supply chain dan teknologi bateri paling kuat,
dialah yang akan menang.
Dan buat masa ni, "nadi" China dalam perut Proton tu adalah kelebihan yang sangat besar.
Zaman pakai kereta petrol sambil mengeluh harga minyak dah nak sampai penghujung.
Sekarang zaman kita yang kawal sendiri sumber tenaga kita.
Siapa yang ada rumah landed,
ada sistem solar,
ada bateri simpanan,
dan ada kereta EV;
dia adalah "The Real T20" yang tak goyang walaupun dunia luar tengah huru-hara.
Jangan beli kereta dulu,
fikir pasal bumbung dulu.
Abe pun tengah fikir mana nak cekau 120 ribu ni.
60 ribu untuk pasang solar dan bateri.
60 ribu untuk e.mas5 atau second hand ev car.
Kena kerja keras 6 bulan ni nampaknya.
Mujur Abe ni perunding unit amanah tak makan gaji.
Nak duit, kita kerjalah macam kerbau kan?
Tak pun...kita jual benda yang boleh jadi wang tunai...
emmm...ada dalam gambar ni...
takleh sebut...
nanti bini merajuk 😆
Sekian, pesanan ikhlas untuk yang nak kekal relevan dalam ekonomi 2026.
Adakah anda rasa pelaburan RM50k ke RM 60k untuk sistem solar berbateri ni berbaloi untuk elak bayar bil elektrik dan petrol selama 20 tahun?
Until Then, Happy Taking Control of Your Personal Finance & Happy Motoring❗️
Sumber dari internet