26/04/2019
Perlindungan pendapatan atau perlindungan gaji adalah asas kepada pengurusan kewangan itu sendiri. Setiap individu akan menghadapi risiko dengan apa-apa musibah apabila dia melangkahkan kaki untuk keluar dari rumah untuk bekerja. Malahan, sekiranya dia hanya duduk sahaja di rumah, dia juga akan menghadapi risiko musibah dan lebih malang lagi dia tidak dapat menambahkan pendapatan.
Sekiranya pendapatan tidak dilindungi, seseorang mengalami musibah yang menyebabkan kecederaan fizikal atau kematian akan gagal mendapat pendapatan seperti biasa dan harus mencari sumber pendapatan yang lain. Perlindungan pendapatan ini terdapat di TAKAFUL yang tujuan utamanya untuk melindungi pendapatan seseorang sekiranya terjadi kematian atau kemalangan yang menyebabkan kecacatan fizikal. Pengendali takaful atau insurans TIDAK dapat melindungi seseorang dari kematian/ lumpuh tetapi dapat melindungi pendapatan anda sekiranya terjadi kemalangan tersebut.
Jika anda mahu memilih untuk mengambil polisi Takaful, pastikan tujuan anda betul dan pastikan polisi yang diambil benar-benar mencukupi untuk perlindungan pendapatan anda.
http://hibahtakafulzurich.wasap.my
http://hibahtakafulzurich.wasap.my