Mymcchoco

Mymcchoco Makan coklat sambil jana income�� Kami bantu dari zero to hero! ��Berminat klik link di bio ye

Sedap ni makan dengan nasi, kicap dan telur goreng.
23/10/2025

Sedap ni makan dengan nasi, kicap dan telur goreng.

Sambal Getuk Berapi 🔥

Bahan-bahan:

- ikan bilis
- bawang putih
- bawang merah
- cili apii
- serbuk perasa
- limau kasturi

Cara membuat:

- Goreng bilis hingga rangup.
- Goreng bawang + cili padi hingga layu.
- Tumbuk sehingga hancur, tambah serbuk perasa & gula.
- Perah limau kasturi.
- Makan dengan nasik panas panas + telur mata + kicap.. syahduu.

Resepi Oleh: Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas

Boleh Cuba Sambal Ni Juga, Memang Berapi >> https://s.shopee.com.my/9KXtTmSlZJ

29/06/2025

NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI
Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,
"Kenapa aku tak beramal banyak?"
Kita kena berlumba-lumba, kita kena dulu (beramal).
Kita berasa cemburu orang beramal.

Saya pesan pada Tuan-tuan, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun.

Sembahyang (sunat):
1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat
2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat
3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam)
4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat
5. Solat sunat Witir - 3 rakaat

Dalam solat sunat Hajat, minta satu saja:
"Ya Allah makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan."

Akhir sekali, witir 3.
Semuanya 21 rakaat.
Kalau tak boleh (buat 21 rakaat).. buat satu rakaat je lah, witir 1 rakaat.

Kalau tak boleh, tak payah.
Tidur je lah. 😁😅

Fadhilat (apa untungnya, kelebihan)..?

1. "Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji."

2. Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit.
Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita?
Amalan kita.
Amalan kena sentiasa tambah.
Tambah.
Tambah.

Saya selalu pesan supaya kita sama-sama senang dalam kubur.
Mati tak tau bila.
Senang-senang mati.
Tak semestinya orang sakit itu mati.
Tak semestinya orang sihat tak mati.
Silap-silap orang sihat mati dulu sebelum orang sakit.
Orang sakit di hospital bertahun-tahun, tak mati-mati.

Tiba-tiba, orang sihat p**ak mati.
Itu sebabnya orang mati kadang-kadang senyum sebab dah nampak balasan, Allah Taala dah tunjukkan.

Ada orang berkerut mukanya sebab Malaikat dah tunjukkan tempat dia di Neraka.

Kita esok bila mati, biar senyum.

TUAN GURU DATO' ISMAIL KAMUS

26/06/2025

Petua 50 painkiller semulajadi, disusun ikut kategori jenis sakit:
---

1. Sakit Kepala / Migrain

1. Daun betik muda – Tumbuk, sapu dahi – Lega pening.

2. Ais batu – Tuam kepala – Kurang migrain.

3. Air limau nipis – Sapu kepala – Sejukkan otak panas.

4. Kulit tembikai – Tuam kepala – Sejuk & lega pening.

5. Daun kari – Tumbuk sapu – Migrain ringan.

6. Serbuk kopi – Minum sedikit – Sempitkan salur darah kepala.

7. Minyak biji anggur – Aromaterapi – Legakan tekanan kepala.

8. Air barli – Minum sejuk – Turunkan suhu badan.

9. Serbuk cendana – Campur air, sapu dahi – Sejuk & redakan ketegangan.

10. Bunga kenanga – Aromaterapi – Tenangkan otak.

---

2. Sakit Sendi / Otot / Lenguh

11. Minyak gaharu – Sapu urat – Lega saraf & sendi.

12. Ubi kentang mentah – Hiris & tuam – Tarik panas & bengkak.

13. Minyak bijan – Urut – Panaskan sendi.

14. Biji pala – Campur minyak & sapu – Kurang lenguh.

15. Daun senduduk – Tumbuk, tampal – Anti-radang semula jadi.

16. Serbuk halia + garam – Campur minyak, sapu – Panas dalam.

17. Daun jambu batu – Tumbuk + sapu – Sakit urat.

18. Getah betik – Titik sikit luar – Sakit otot.

19. Minyak habbatus sauda + cengkih – Urut sendi.

20. Akar serai wangi – Rebus mandian – Legakan urat.

---

3. Sakit Perut / Gastrik / Senak

21. Biji jintan manis – Rebus minum – Kembung, gastrik.

22. Air lengkuas – Minum suam – Sakit ulu hati.

23. Teh halba – Minum panas – Lega gastrik.

24. Daun pudina + madu – Minum – Senak, angin.

25. Air beras – Minum – Lembutkan perut.

26. Jus aloe vera – Minum – Redakan ulser perut.

27. Kayu sepang – Rebus minum – Perut bisa.

28. Air rebusan pegaga – Minum – Baiki sistem penghadaman.

29. Teh serai + limau – Minum – Lega kembung.

30. Buah kundur – Rebus – Sejukkan perut.

---

4. Senggugut / Masalah Wanita

31. Bunga lawang – Rebus minum – Kurangkan senggugut.

32. Buah manjakani – Rebus minum – Sakit rahim.

33. Air halia + madu – Minum – Panaskan rahim.

34. Daun inai – Rebus mandian – Sakit pinggang haid.

35. Minyak bunga cengkih – Sapu perut – Reda senggugut.

36. Akar belalai gajah – Rebus minum – Seimbang hormon.

37. Daun kacang botor – Rebus – Reda sakit haid.

38. Minyak herba panas – Sapu pinggang – Lega.

39. Teh roselle – Minum – Hormon stabil, elak sakit.

40. Bunga melur – Tumbuk tuam – Rahim sakit lepas bersalin.

---

5. Sakit Kulit / Luka / Radang

41. Air daun gelenggang – Sapu – Gatal & sakit kulit.

42. Air rebusan kulit rambai – Mandian – Ruam kulit.

43. Daun belimbing buluh – Tumbuk sapu – Gatal & luka.

44. Getah lidah buaya – Sapu luka – Luka cepat pulih.

45. Kulit kayu manis + madu – Tampal – Luka kecil.

46. Daun jarak – Layur & tuam – Bisul & sakit kulit.

47. Air bunga telang – Cuci mata/luka – Sejukkan.

48. Minyak tamanu – Sapu – Luka bakar, ekzema.

49. Minyak neem – Sapu – Gatal, ruam.

50. Serbuk kunyit + madu – Tampal – Luka kecil.

Kredit : Pertanian Satu Perniagaan

05/06/2025
02/06/2025

Gunakan Petua Mudah Ini di Rumah: Tiada Lagi Lalat atau Lipas Selepas Satu Jam

Jika anda bosan melawan lalat dan lipas di rumah anda, terdapat helah yang sangat mudah yang boleh membantu menghilangkannya — dan hanya mengambil masa sejam untuk melihat perbezaannya.

1. Apa yang Anda Perlukan 1 mangkuk kecil atau cawan 1⁄2 biji bawang merah (dicincang) 4 ulas bawang putih (tumbuk) 1 sudu teh baking soda 1 sudu besar cuka putih Air (pilihan)

2. Cara Menyediakan Campuran Dalam mangkuk, satukan bawang merah cincang, bawang putih yang dihancurkan, dan soda penaik. Tuangkan cuka perlahan-lahan - ia akan berdenyut. Anda boleh menambah percikan air untuk menipiskan adunan jika perlu. Kacau rata.

3. Di mana untuk meletakkannya Letakkan mangkuk di kawasan tempat anda pernah melihat lalat atau lipas — di bawah singki, di belakang peti sejuk, berhampiran tong sampah atau di sudut dapur atau bilik mandi anda.

4. Apa yang berlaku seterusnya Dalam masa sejam, baunya (kuat bagi kita, tetapi tidak dapat ditanggung oleh perosak) akan menghalau lalat dan lipas. Bawang putih dan bawang merah bertindak sebagai penghalau semula jadi, manakala cuka dan soda penaik memecahkan bau mereka dan mengganggu habitat mereka.

5. Ulang mengikut keperluan Tukar campuran setiap beberapa hari untuk memastikan ia berkesan. Dari masa ke masa, anda akan melihat semakin sedikit penceroboh.

26/05/2025
25/05/2025

"PETUA MENGHILANGKAN KELETIHAN BADAN"

Seharian sibuk bekerja pastinya badan rasa lemah dan letih. Sampai sahaja di rumah rasa terus nak tidur. Tapi sebelum tidur apa kata anda mandi dulu dengan air daun limau purut supaya tubuh badan berasa lebih segar.

Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut step di bawah ini:

1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus

2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4

3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam

4. Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya

5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi

6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut

7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda

Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.

Semoga Bermanfaat!

Kredit: SuzyHoneyHerbs

21/05/2025

Seorang tenaga pengajar bidang sains pemakanan memberi saya petua ini semasa kami berkongsi bilik di Mekah minggu lepas.

Yussof Ahmad, ProfAbdullah Hassan, Abu Samah Mohd Amin, Mohamed Idris Saman, Idrus Abdul Ghani, Ghazali Othman, Ridzwan Salleh, Rizal Muhammad.

A. CARA SUSUTKAN BERAT BADAN.
Langkah 1.
Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).

Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.

Langkah 2.
Selesai yang di atas, makanlah p**a buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.

Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.

B. CARA KUATKAN LUTUT.
Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.

Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.

Kredit Muhammad Abdul Wahab

19/05/2025

Saya pernah terbaca satu kisah yang membuatkan saya berfikir.

Seorang wanita dalam usia 45 tahun, hidupnya penuh dengan tanggungjawab. Setiap hari dia uruskan rumah tangga, pastikan anak-anak makan minum terjaga, menjaga ibu bapa mertua yang uzur, mengurus segala keperluan suami. Segalanya atas bahunya.

Ada dia luahkan perasaan:

"Saya penat. Semua orang perlukan saya, tapi saya rasa tiada siapa yang betul-betul hargai saya."

Tapi dia teruskan juga. Sebab dia fikir dia tak boleh berhenti.

Sehinggalah satu hari, dia jatuh sakit… dan pergi buat selamanya.

Selepas pemergiannya, keluarga bersedih. Tapi hidup tetap berjalan.

Suaminya?
Dia mula bers**an dan bersosial supaya tidak terus larut dalam kesedihan.

Dia mengupah tukang masak, menggaji penjaga untuk ibu bapanya, dan memastikan semua urusan rumah berjalan lancar tanpa isterinya.

Dan mungkin, tak ambil masa yang lama untuk berkahwin baru.

Anak-anak?
Mereka tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.

Wanita itu, yang selama ini fikir dia tidak tergantikan, akhirnya hanya menjadi satu memori.

Saya baca kisah ini, dan tiba-tiba rasa sebak.

Sebab...

Berapa ramai daripada kita yang hidup untuk orang lain, sampai lupa untuk hidup untuk diri sendiri?

Berapa ramai yang terlalu sibuk menguruskan semua orang, sampai terlupa mengurus diri?

Kita fikir kalau kita berhenti, dunia akan hancur.
Tapi hakikatnya? Dunia akan terus berjalan.

Saya teringat buku The Courage to Be Disliked.

Dalam buku ini, Alfred Adler cakap. Kita sering hidup dalam bayangan ekspektasi orang lain. Kita fikir kalau kita sentiasa buat sesuatu untuk orang lain, barulah kita akan dihargai.

Tapi realitinya?

Jika kita tak hargai diri sendiri, orang lain pun takkan hargai kita.
Jika kita tak letakkan diri sendiri sebagai keutamaan, lama-lama kita yang akan hilang.
Kalau kita sentiasa hidup untuk menyenangkan orang lain, sampai bila-bila kita takkan benar-benar bahagia.

Tetapi sebagai Muslim, kita buat kerana Allah.

Bila kita letih, ingatlah:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan." (Surah At-Taubah, 9:120)

Jadi, kita bukan buat sebab nak dihargai manusia.
Kita bukan buat sebab nak dipuji.
Kita buat kerana Allah.

Dan dalam masa yang sama, kita juga perlu menjaga diri. Kerana tubuh, minda, dan hati ini juga amanah daj pinjaman

BAGAIMANA UNTUK JAGA DIRI & SAYANGI DIRI KERANA ALLAH?

1️⃣ Niatkan Setiap Perbuatan Kerana Allah

✅ Tidur cukup – agar badan sihat untuk beribadah
✅ Jaga pemakanan – supaya kekal bertenaga
✅ Ambil masa untuk berehat – supaya tak burnout

2️⃣ Berhenti Merasa Bersalah Bila Ambil Masa Untuk Diri

Kita rasa bersalah kalau kita berehat, kalau kita keluar sekejap untuk ‘me time’. Tapi kalau kita terus paksa diri tanpa rehat, akhirnya kita yang akan burnout.

3️⃣ Letakkan Boundaries dalam Hidup

✅ Tidak perlu sentiasa berkata ‘ya’ pada semua orang
✅ Boleh tolak permintaan jika ia membebankan
✅ Beri masa untuk diri tanpa rasa bersalah

4️⃣ Luangkan Masa untuk Perkara yang Membahagiakan

🔹 Makan makanan yang kita s**a
🔹 Pergi bercuti tanpa rasa bersalah
🔹 Buat sesuatu yang buat kita rasa hidup

5️⃣ Berhenti Cari Penghargaan Daripada Orang Lain

Kadang-kadang kita terlalu nak orang nampak pengorbanan kita. Tapi hakikatnya, penghargaan yang paling penting ialah daripada diri sendiri dan Allah.

6️⃣ Jaga Minda, Bukan Hanya Badan

✔ Tulis jurnal sebelum tidur
✔ Luangkan masa untuk refleksi
✔ Dekatkan diri dengan perkara yang membina minda

7️⃣ Hentikan Fikiran “Saya Kena Buat Semua”

Percaya atau tidak, kalau kita tak buat sesuatu, orang lain akan cari jalan untuk buat. Jangan biarkan keletihan menjadi identiti.

8️⃣ Mulakan Hari dengan Menyayangi Diri Sendiri & Ingat Tujuan Hidup

Bangun pagi, lihat cermin dan katakan:
✨ “Saya berhak untuk bahagia.”
✨ “Saya cukup dan bernilai.”
✨ “Saya buat semua ini kerana Allah.”

Saya baca kisah wanita tadi dan rasa… mungkin ini juga kisah kita.

Mungkin kita juga pernah rasa seperti dia.
Mungkin kita juga pernah rasa kita tak boleh berhenti.
Mungkin kita juga pernah letakkan semua orang di hadapan, dan diri sendiri di belakang.

Tapi hari ini, kita niat untuk satu perubahan kecil membawa domino effect yang luar biasa.

Mulakan dengan satu langkah kecil untuk sayangi diri sendiri kerana Allah. Tak perlu tunggu esok. Buat hari ini.

Kerana kalau kita tiada, hidup tetap akan berjalan.

"You can’t pour from an empty cup. Take care of yourself first."

"Ya Allah, ajarkan aku mencintai diri sendiri dengan cara yang Engkau redhai. Jadikan aku hamba-Mu yang seimbang dalam memberi dan menerima. Berikan aku kekuatan untuk menjaga diri, kerana tubuh, hati, dan minda ini adalah amanah daripada-Mu. Aamiin."

Sayangi diri. Hargai diri. Sayangi diri kerana Allah, bukan kerana dunia.
Perkongsian DrAzuraHashim

04/03/2025

Ibu selalu berpesan kepadaku :

"Nak, tertawalah riang di hadapan ayahmu masa beliau p**ang ke rumah..

Kerana dunia luar itu begitu kejam sehingga dapat membahayakan ayahmu.

Tahukah kau nak, apa beza ibu dengan ayah?

Ibu membawamu (mengandungmu) di dalam rahim selama 9 bulan.

Namun ayahmu membawamu seumur hidupnya, tanpa kau sadari..

Ibu berupaya kuat agar kau tak merasa lapar.

Namun ayahmu lah yang mengajarimu agar kau tak kelaparan lagi, tanpa kau fahami..

Ibu gendongmu (dengan memelukmu) di dada, namun ayahmu menggendongmu di hatinya, tanpa kau perhatikan..

Cinta ibu ini sudah kau kenali mulai dari semenjak kau lahir.

Namun cinta ayahmu, akan kau ketahui setelah kau menjadi seorang ayah atau kehilangannya..

Kerana itu, bersabarlah dengan baik...

Ibu, memang tak ternilai harganya, sementara ayahmu, takkan bisa dikembalikan oleh waktu."

Sayangi & Hargai Ayahmu... 😭😢

Address

Klang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mymcchoco posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mymcchoco:

Share