12/06/2024
Worth story to read... ๐
"Takpe ayah... nnti kita keluar hospital kita amik insuran ya... biar insuran bayar p**a"
Terdengar kata-kata seorang gadis yang tengah menolak ayahnya yang duduk atas kerusi roda untuk mendaftar masuk hospital pakar disini.
Ayahnya.. dari pemerhatian saya mengangguk lemah dan tidak berkata apa-apa.
"Ayahnya sakit ape?", tanya saya usai sahaja gadis tersebut duduk disebelah
"Ayah ada komplikasi jantung dan masalah kat hati."
"Oh... dah lama ker? Tadi cakap pasal insurans. Ayahnya ni tiada insurans ker? Dah tu.. bayar tadi bagaimana?"
"Sejak tahun lepas lagi. Ayah dah berhenti keje. Dulu company tempat dia tanggung. Sekarang bayar pakai kad kredit. Dekat 10k gak deposit. Mahalkan. Tadi orang kat kaunter tanya kalau ada kad insurans, boleh murah sikit, tu la pasni ingat nak mohon insurans. Ni pun tak tahu la berapa bil ni", terang gadis berkenaan
"Owh.. kenapa tak pergi ke hospital kerajaan je. Murah pun murah", cadang saya.
"Sebelum ni dah pergi., tapi leceh laa.. tak selesa. Nak tunggu buat treatment dan giliran operation pun lama. Sian kat ayah. Tu datang sini"
"Hmmm... takpa, nak service cepat dan selesa memang ramai prefer ke swasta. Tapi mahal la. Kalau orang ada duit cam cik sekeluarga mungkin takda masalah kan. Bagi kami deposit sahaja nak 10k memang taklah. Bagus kalau ada insurans"
"Tulaa.. dulu harap kan company tanggung. Tapi dah berhenti, semua kene tanggung sendiri. Encik ni tunggu siapa? Encik sakit apa?"
"Saya tak sakit. Saya tunggu report client saya ni."
"Client? Client apa?"
"Saya ni agen Aia Public takaful. Client sy baru mohon insurans bulan lepas, sebelum ini ada sejarah kesihatan. Tu nak amik report doktor hari ni. Harap takde masalah la. Sebab certain kes, permohonan ditolak terus."
"Ooo.. kalau kes ayah saya ni boleh tak mohon?"
"Boleh mohon. Tapi saya tidak jamin boleh lulus dgn sakit yang dah ada sekarang ni. Berdasarkan pengalaman saya... maaf cakap... kes ayah cik ni susah sikit."
1024. -No giliran aku dipanggil.
"Okey la cik. Ni kad saya. Saya dah dipanggil. Hubungi saya jika perlu bantuan. Assalamualaikum.."
===
Simpati dengan yang menimpa ayah beliau. Walaupun berat ingin menyatakan betapa kes seperti itu memang takda harapan. Terlalu mengharap insurans company. Bila dah berhenti. Bil ribu-ribu kene tanggung sendiri. Deposit shj dah 10k, belum lagi kos rawatan sebenar. Masa tu baru terfikir nak amik insurans?.... susah la..