24/07/2024
5 SEBAB UTAMA KENAPA SUAMI ISTERI WAJIB ADA HIBAH TAKAFUL.๐๐ป
1. SUAMI PENYUMBANG UTAMA PENDAPATAN KELUARGA.
Kau kena sedar yang kau adalah penyumbang utama pendapatan keluarga kau. Pampasan daripada takaful ni gunanya untuk cover perbelanjaan yang isteri dan anak-anak perlukan. Kena sediakan 10 tahun punya gaji sebelum kau mati. Boleh?
Katakan kau buat hibah takaful RM500K. Tak panjang umur, kau meninggal dunia. Selepas beberapa hari, isteri dan anak-anak dapat pampasan RM500K tu.
Tak perlu meminta-minta simpati orang lain. Sebab dah buat persediaan awal kan.
2. SUAMI PALING BANYAK HUTANG.
Kereta hutang, rumah hutang. Nanti kalau apa-apa berlaku kat kau, macam mana isteri kau nak bayar hutang tu semua. Kalau boleh, kita tak nak sampai harta kita habis kena lelong. Belum campur lagi hutang kad kredit, hutang dengan orang.
3. SUAMI ADALAH KETUA KELUARGA.
Dah nama pun ketua. Kenalah bertanggungjawab untuk kebajikan ahli keluarga kau sendiri. Kau kalau pergi outstation seminggu, ada bagi RM500 kat isteri kau? Okaylah tu. Kalau kau pergi "outstation" selama-lamanya, apa yang kau nak bagi kat isteri kau buat belanja?
4. SEDIAKAN DANA PENDIDIKAN ANAK
Bila kau dah takda, bukan isteri je susah, anak-anak pun sama juga. Paling kurang kalau kau ada hibah takaful sebagai income protection, sebahagian daripada pampasan tu boleh terus jadi dana pendidikan untuk anak kau. Dengan pendidikan, boleh ubah nasib keluarga yang kau tinggalkan tu.
Berbaktilah kepada keluarga walau kita sudah tiada di dunia.
Sepatutnya nilai hibah takaful tu mestilah sama dengan 10 tahun gaji kita.
Contoh gaji kita RM4,000. Jadi kita perlu sediakan hibah takaful RM4,000 x 12 x 10 = RM480,000 kepada anak-anak dan isteri.
5. ISTERI JUGA PERLU HIBAH TAKAFUL
Zaman sekarang ni ramai isteri bekerjaya. Jadi, jika perkara buruk berlaku kat isteri, keluarga kau akan terjejas financially. Untuk isteri, cukup sediakan 5 tahun gaji mereka.
Contoh gaji isteri RM3,000. Jadi buatlah hibah takaful RM3,000 x 12 x 5 = RM180,000 kat ibu bapa sendiri, anak-anak atau pasangan.
Bekalkan sekali medical card kat isteri supaya dia boleh dapat rawatan yang terbaik jika sakit. Andai isteri sakit, kau sebagai suami pun akan terjejas kewangan akibat kos rawatannya yang tinggi.
Klik link, saya akan bantu anda dengan konsultasi terbaik dan mohon secara Online. Cover satu Malaysia.๐ช๐ป๐ช๐ป
https://linktr.ee/MuhammadAfiqAzmi
Suami dan ayah yang baik, dia takkan tinggalkan isteri dan anak-anak melarat, merempat dan menderita.