Jabatan Bendahari, Universiti Malaya

Jabatan Bendahari, Universiti Malaya Page ini adalah untuk memudahkan pelajar, kakitangan UM, pelanggan2 UM yang ingin membuat sebarang p

01/10/2021

Tick Tock Tick Tock ⏰~~

Pelajar Ijazah Pertama UM yang layak, tiga (3⃣) hari sahaja lagi! Jangan lepaskan peluang untuk menebus RM300 e-tunai anda! Daftar sebelum 3 Oktober 2021! Untuk info lanjut, layari: https://bit.ly/3EN0Hp2

-----

Tick Tock Tick Tock ⏰~~

Eligible UM Undergraduate students, only three (3⃣) days left! Don't miss the chance to redeem your RM300 e-cash! Sign up before 3rd October 2021! For more info, visit: https://bit.ly/3EN0Hp2

20/11/2020

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Semua Pelajar Ijazah Dasar (Warganegara) Kemasukan Semester 1 20/21,

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PERBANKAN DAN PEMBERIAN BANTUAN KEWANGAN SEBANYAK RM50.00 SECARA ONE-OFF KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU UNIVERSITI AWAM

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Untuk makluman, pihak kami telah menyalurkan bantuan tersebut ke akaun pelajar baharu yang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda bagi sesi akademik 2020/2021 seramai 3845 orang pada 16.11.2020.

Walaubagaimanapun, kepada pelajar-pelajar berikut, sila hubungi [email protected] kerana pembayaran kepada anda telah dipulangkan pihak bank atas pelbagai faktor.

1.ASMA SADIQAH BINTI SAHIR - SARJANA MUDA BAHASA DAN LINGUISTIK ARAB
2.LOW YUN NING - SARJANA MUDA BAHASA DAN LINGUISTIK CINA
3.ERNI ELYSA CAMELIA BINTI ZAKARIA - SARJANA MUDA BAHASA MELAYU PROFESIONAL
4.MARIVIC BENEDICT - SARJANA MUDA EKONOMI
5.SUZANA BINTI PAULUS - SARJANA MUDA GEOGRAFI
6.ROSHINI DEVI MISRA AP BIJAY ANAND - SARJANA MUDA KAUNSELING
7.TANG WEI KUANG - SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM
8.TIU JIAN KAI - SARJANA MUDA KEJURUTERAAN KIMIA
9.NURI RUSYDIAH BINTI ROSLE - SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
10.ANIS AISYAH BINTI AZMI - SARJANA MUDA PENGAJIAN ASIA TIMUR
11.WAFFA WADIAH BINTI RODNEY - SARJANA MUDA PENTADBIRAN SOSIAL
12.FIZRUL HAQKIM BIN ABD FILLUS - SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
13.JEFFREY TEE WEI YANG - SARJANA MUDA PERUBATAN DAN SARJANA MUDA PEMBEDAHAN
14.FATIN FARHANA BINTI DAUD - SARJANA MUDA SAINS BIOPERUBATAN
15.THURGA AP GUNASEKARAN - SARJANA MUDA SAINS KIMIA
16.NURUL ATIQAH MUHAMMAD RIDZWAN YAP - SARJANA MUDA SAINS PENGURUSAN SUKAN
17.CHONG PEI NEE - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (SAINS EKSESAIS)
18.MELEENA RAJA KUMAR - SARJANA MUDA SASTERA PENGAJIAN ANTARABANGSA DAN STRATEGIK
19.MUHAMMAD FARIHIN IMAN BIN MOHAMMAD AZHAR - SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT (MULTIMEDIA)
20.NUR NADHIRAH BINTI MOHD NIZAM - SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT (MULTIMEDIA)
21.NEESHA SEGAR - SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG
22.CATHERINE ALICIA NATHAN - SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG
23.AINNATUL AMNI BINTI AZMI - SARJANA MUDA USULUDDIN (SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM)

Segala kerjasama dan perhatian pelajar dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

MOHD ANIES SAZALI
Finance Officer
Head
Student & College Financial Management Division
Bursar's Office

17/11/2020

Berikut adalah maklumat daripada AASC

*********************************************

[uminfo] BANTUAN PELAJARANTUNKU ABDUL RAHMAN 2020

Para Pelajar Ijazah Pertama,

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dihadiahkan BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN. Bantuan Pelajaran ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia.

Bantuan ini khusus untuk pelajar yang berasal daripada keluarga miskin tegar (B40) berpendapatan keluarga RM4,849 ke bawah (mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 oleh Jabatan Statistik Malaysia) bagi membantu menampung kos sara hidup pelajar semasa di Universiti Awam (UA).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program Ijazah Sarjana Muda di UA.
(iii) Berlatar belakang keluarga miskin tegar (B40) berpendapatan keluarga RM4,849 ke bawah.
(iv) Peminjam PTPTN dan lain-lain bantuan kewangan layak memohon

SYARAT TAMBAHAN
Pelajar yang menerima bantuan ini dikehendaki untuk menghantar laporan ringkas pada akhir semester 1 2020/2021 kepada pihak YTAR dan mengisi borang maklum balas pada akhir semester 2 2020/2021. (Maklumat lanjut proses ini akan di susuli dengan emel kepada pegawai yang bertanggungjawab dan para pelajar oleh pihak YTAR)

KADAR BANTUAN DAN BILANGAN PENERIMA
Bagi sesi 2020/2021, amaun bantuan adalah sebanyak RM300 sebulan bagi seorang pelajar (untuk 2 semester bersamaan 10 bulan pengajian sahaja) dan bilangan penerima seramai 15 orang pelajar bagi setiap universiti.

Sila kemukakan borang permohonan yang telah lengkap ke Academic Administration & Services Centre (AASC) melalui email [email protected]

Tarikh tutup permohonan 09 Disember 2020............................................................................................

Warm Regards,

SCHOLARSHIP & SPONSORSHIP UNIT
Academic Administration & Service Center (AASC)
Examination Building
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel : 03-7967 6996

***********************************************

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam SejahteraSemua Pelajar Ijazah Dasar (Warganegara) Kemasukan Semester 1 20/21,PENGEMASKI...
12/11/2020

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Semua Pelajar Ijazah Dasar (Warganegara) Kemasukan Semester 1 20/21,

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PERBANKAN DAN PEMBERIAN BANTUAN KEWANGAN SEBANYAK RM50.00 SECARA ONE-OFF KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU UNIVERSITI AWAM

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi telah menganjurkan Majlis Pelancaran Pakej Pelan Data dan Peranti kepada Pelajar IPT pada 30 Oktober 2020. Di dalam majlis tersebut, YB Menteri turut mengumumkan pemberian Bantuan Kewangan sebanyak RM50.00 secara one-off dalam bentuk pelan data kepada semua pelajar baharu Universiti Awam (UA) bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

3. Sehubungan itu, Universiti Malaya (UM) dalam proses menyalurkan bantuan tersebut ke akaun pelajar baharu yang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda bagi sesi akademik 2020/2021 kategori lepasan STPM/setaraf (tawaran melalui sistem UPUonline).

4. Walaubagaimanapun, pihak kami mendapati seramai lebih kurang 390 pelajar masih belum mengemaskini informasi perbankan dalam portal MAYA. Bagi 390 pelajar ini ,mohon ambil maklum tarikh akhir untuk pengemaskinian akaun dalam portal berkaitan adalah pada 15.11.2020. Kegagalan anda untuk mengemaskini akan mengganggu keseluruhan proses pembayaran.

5. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi [email protected]. Segala kerjasama dan perhatian pelajar dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

MOHD ANIES SAZALI
Finance Officer
Head
Student & College Financial Management Division
Bursar's Office

16/10/2020

[uminfo] PENGURANGAN YURAN PERKHIDMATAN UNIVERSITI | REDUCTION OF UNIVERSITY SERVICES FEE

Bermula Semester 2 Sesi 2019/2020, Universiti Malaya telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian sepenuhnya di mana pelajar dapat meneruskan pengajian tanpa perlu berada di kampus.

Prihatin terhadap kebajikan para pelajar, Universiti melalui inisiatif Bantuan UM Prihatin telah memutuskan supaya pengurangan Yuran Perkhidmatan Universiti sebanyak RM120.00 per semester diberikan kepada pelajar warganegara dan bukan warganegara bagi tiga (3) semester iaitu Semester 2 Sesi 2019/2020 serta Semester 1 & 2 Sesi 2020/2021. Yuran perkhidmatan tersebut merangkumi Sukan dan Rekreasi, Perpustakaan, ICT dan Kesihatan/Kebajikan.

Jumlah keseluruhan pengurangan yuran ini adalah sebanyak RM2.7 juta bagi setiap semester yang melibatkan seramai lebih daripada 22,000 pelajar.

Ia merupakan salah satu daripada 11 inisiatif Bantuan UM Prihatin yang mula disediakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 di seluruh negara.

Universiti akan senantiasa mengutamakan kebajikan para pelajar dalam mendepani cabaran normal baharu mutakhir ini. Sama-sama kita berdoa agar penularan COVID-19 ini akan segera berakhir supaya kita dapat kembali menjalankan kehidupan kampus seperti sediakala.

Sekiranya terdapat pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang pengurangan yuran ini, boleh hubungi Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar & Kolej, Jabatan Bendahari di talian +603-7967 3289 atau melalui e-mel kepada [email protected].

Terima kasih.

Pejabat Komunikasi Korporat
Universiti Malaya

Dikeluarkan pada 16 Oktober 2020.
==================================================================================

REDUCTION OF UNIVERSITY SERVICES FEE

Teaching and Learning (T&L) activities at Universiti Malaya have been conducted fully online since Semester 2, Session 2019/2020, where students are able to continue their studies without having to be physically present on campus.

In the interest of our students' welfare, the University, through the Bantuan UM Prihatin initiative has decided that a reduction of the University Services Fee of RM120.00 per semester will be given to local and international students for three (3) semesters, i.e. Semester 2, Session 2019/2020 and Semesters 1 & 2, Session 2020/2021. The services fee includes Sports and Recreation, Library, ICT and Health/Welfare.

The overall fee reduction amounts to approximately RM2.7 million for each semester, involving more than 22,000 students.

This is one of 11 initiatives under the Bantuan UM Prihatin initiative which has been in place since the implementation of the nationwide Movement Control Order (MCO) on 18 March 2020.

The University continuously prioritises the welfare of our students as we navigate the new normal in the face of these challenging times. Let us hope that the COVID-19 pandemic will come to an end soon so that our campus life may resume its normal course.

For further information on the fee reduction, kindly contact the Student & College Financial Management Division, Bursary Department at +603-7967 3289 or via email to [email protected].

Thank you.

Corporate Communications Office
Universiti Malaya

Issued on 16 October 2020.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,PERHATIAN  untuk pelajar Tahun 1, Sesi 2020/2021.TAHNIAH atas kejayaan anda kerana t...
13/10/2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

PERHATIAN untuk pelajar Tahun 1, Sesi 2020/2021.

TAHNIAH atas kejayaan anda kerana terpilih sebagai mahasiswa Universiti Malaya!

Jika anda tergolong dalam kelompok B40, berkepimpinan dan aktif dalam kokurikulum, jangan lepas peluang anda untuk mendapat tajaan Biasiswa Salihu Saburhan!!

Selamat Berjaya!

DISCLAIMER: Diekstrak daripada emel Sekretariat Biasiswa Salihu Saburhan, Pusat Hubungan Alumni & Kemajuan Institusi

PERHATIAN  untuk pelajar Tahun 1, Sesi 2020/2021.TAHNIAH atas kejayaan anda kerana terpilih sebagai mahasiswa Universiti...
13/10/2020

PERHATIAN untuk pelajar Tahun 1, Sesi 2020/2021.

TAHNIAH atas kejayaan anda kerana terpilih sebagai mahasiswa Universiti Malaya!

Jika anda tergolong dalam kelompok B40, berkepimpinan dan aktif dalam kokurikulum, jangan lepas peluang anda untuk mendapat tajaan Biasiswa Jardine Cycle & Carriage!!

Disclaimer: Diekstrak daripada emel Sekretariat Biasiswa Jardine Cycle & Carriage, Pusat Hubungan Alumni & Kemajuan Institusi

07/10/2020

Salam...akhir2 ini talian telefon Pengawal Kewangan (3205) menerima terlalu banyak panggilan dari pelajar, pembekal dan sebagainya.

Setelah disemak, ianya berpunca dari carian google di mana jika ditaip Jabatan Bendahari Universiti Malaya, akan hanya ada satu nombor yg tertera iaitu 0379673205.

Untuk makluman saudara saudari, Jabatan Bendahari mempunyai laman web sendiri iaitu bendahari.um.edu.my. Saudara-saudari boleh mendapatkan nombor telefon yang tepat dari laman web ini.

Sehubungan itu mohon kerjasama saudara- saudari agar layari laman web berkenaan untuk mendapatkan talian telefon Bahagian yang ingin dihubungi di Hubungi Kami > Direktori Staf.

Sekian, terima kasih.

As-salam and Greetings,NOTIS PEMOTONGAN YURAN BAGI PELAJAR DIBAWAH PEMBIAYAAN PTPTN (IJAZAH DASAR)                      ...
24/09/2020

As-salam and Greetings,

NOTIS PEMOTONGAN YURAN BAGI PELAJAR DIBAWAH PEMBIAYAAN PTPTN (IJAZAH DASAR)

Semua Pelajar Ijazah Dasar di bawah pembiayaan PTPTN,

Adalah dimaklumkan bahawa pelajar telah menerima wang pembiayaan PTPTN pada 23.09.2020. Jabatan Bendahari telah melakukan penolakan yuran (anggaran) untuk Yuran Pengajian dan jumlah sebenar untuk yuran yang tertunggak (sekiranya ada). Pengemaskinian dalam akaun pelajar dalam portal MAYA (kecuali pelajar klinikal DIA/MIA yang masih menggunakan MYUM) akan dibuat secara berperingkat antara 25-30 September 2020.

Sehubungan dengan itu, pelajar dinasihatkan menyemak penyata akaun di MYUM bermula pengesahan pendaftaran semester bagi semester 1 2020/2021 untuk memastikan Yuran Pengajian telah dicaj. Sila ambil maklum bahawa:

- Jika jumlah penolakan PTPTN adalah kurang daripada jumlah yuran sebenar, pelajar dikehendaki menjelaskan baki tunggakan kepada Universiti atau;
- Jika jumlah penolakan PTPTN adalah melebihi jumlah yuran sebenar, pelajar boleh memohon pemulangan lebihan tersebut selepas pengesahan pendaftaran Sem 1 20/21 melalui portal MAYA (rujuk infografik terlampir)

Sila ambil perhatian bahawa semua yuran Semester 1 2020/2021 hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.

Bagi pelajar yang terlibat dengan program-program pertukaran pelajar dan menghadapai sebarang masalah berhubung perkara ini, pelajar boleh menghubungi bahagian ini melalui emel [email protected] untuk semakan lanjut.

Terima kasih.

MOHD ANIES SAZALI
KETUA PENOLONG BENDAHARI
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR & KOLEJ
JABATAN BENDAHARI

PERINGATAN AKHIR PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PERBANKAN DAN PENYALURAN BANTUAN ONE-OFF BAGI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGG...
26/06/2020

PERINGATAN AKHIR

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PERBANKAN DAN PENYALURAN BANTUAN ONE-OFF BAGI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)

As-salam & Greetings,

Sebagaimana yang sedia maklum, pihak kami telah membuat penyaluran bantuan PRIHATIN mulai 24 April 2020 secara berperingkat dan akan berakhir 29 Jun 2020.

Walaubagaimanapun, sehingga kini, terdapat 102 orang pelajar yang masih masih belum mengemaskini informasi perbankan seperti berikut dalam portal pelajar (MAYA & MYUM - bagi MBBS dan ASASI). Maklumat berikut masih belum diperolehi:
i. Nombor akaun bank
ii. nama bank
iii. Nombor telefon bimbit / emel

Mohon agar dapat emel kami butiran akaun anda setelah dikemaskini dalam portal. Hanya akaun SENDIRI dibenarkan. Sekiranya ada pertanyaan berhubung pengemaskinian akaun ini, pelajar boleh menghantar emel terus kepada [email protected].

Tarikh akhir: 28 Jun 2020 supaya bayaran dapat diproses. Mohon emel setelah kemaskini

23/05/2020
PEMULANGAN BANK (BANK REJECTION) - BANTUAN ONE-OFF PRIHATIN Rujuk notis kami terdahulu.Berikut adalah transaksi telah di...
07/05/2020

PEMULANGAN BANK (BANK REJECTION) - BANTUAN ONE-OFF PRIHATIN

Rujuk notis kami terdahulu.

Berikut adalah transaksi telah dipulangkan oleh bank atas pelbagai kesilapan antaranya akaun atas nama orang lain, perkongsian akaun, salah nombor akaun dan lain-lain

Bagi pelajar yang belum menghubungi kami dan mengambil tindakan, mohon agar membuat semakan dan pengemaskinian akaun dalam portal MAYA dan menghantar salinan dokumen berikut untuk rujukan kami ke [email protected]

Maklumat yang perlu dihantar adalah:
i. Salinan kad pengenalan
ii. Nombor akaun bank dan nama bank
iii. Salinan penyata / buku bank (muka surat yang mempunyai nombor akaun bank); dan
iv. Nombor telefon bimbit / emel

Address

Kl

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bendahari, Universiti Malaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jabatan Bendahari, Universiti Malaya:

Share