22/08/2026
Gaji besar tidak semestinya kewangan terurus.
Kadang-kadang bukan sebab kita tidak cukup duit, tetapi sebab kita tidak ada perancangan kewangan yang jelas.
Antara kesilapan yang biasa kita buat:
❌ Tiada disiplin menyimpan
❌ S**a berbelanja ikut kehendak
❌ Berhutang berlebihan
❌ Tiada perlindungan kewangan
❌ Pelaburan tanpa ilmu
❌ Tidak pantau kedudukan kewangan sendiri
Yang paling bahaya ialah “keseronokan segera” — kita mahu menikmati hari ini, sampai terlupa untuk menyediakan kehidupan esok.
Sebenarnya, mengurus kewangan bukan tentang berapa banyak kita dapat.
Yang penting, bagaimana kita urus apa yang kita ada. 🤍
Mulakan dengan 3 perkara:
👉 Simpan
👉 Lindungi
👉 Rancang
Sebab kewangan yang terancang bukan untuk nampak kaya, tetapi untuk hidup lebih tenang. 🌱