Perkhidmatan Kredit Komuniti Sabah

Perkhidmatan Kredit Komuniti Sabah Our company is a licensed financial loan services in Sabah that has many years of servicing experience.

We strike to cater our clients with effective & efficient financial solutions by providing loan schemes with low interest rates & quick approval. We provide loan servicing, the process of collecting payments on a loan and passing along distributions to the parties involved. The servicer collections a portion of each payment as payment for servicing the loan.

Inilah peluang bayar balik pinjaman PTPTN menerusi tawaran menarik insentif diskaun sehingga 15%Nak tahu lebih lanjut? I...
10/03/2022

Inilah peluang bayar balik pinjaman PTPTN menerusi tawaran menarik insentif diskaun sehingga 15%
Nak tahu lebih lanjut?
Ikuti Facebook Rasmi PTPTNOfficial untuk mengetahui info terkini mengenai Diskaun Bayaran Balik Pinjaman.





10/03/2022
Syarikat berdaftar di bawah KPKT✅Ada agreement yang sah bawah LHDN✅Hanya perlu dokumen ringkas✅Semak kelayakan secara pe...
09/03/2022

Syarikat berdaftar di bawah KPKT
✅Ada agreement yang sah bawah LHDN
✅Hanya perlu dokumen ringkas
✅Semak kelayakan secara percuma
✅Tiada upfront payment/deposit
Sektor Pekerjaan
SWASTA/KERAJAAN/PENCEN/PERKESO/EPF
✅Gaji autodebit masuk bank
✅Kerja melebihi 3 bulan ke atas
✅Bekerja tetap/kontrak
✅Dokumen ringkas
✅EPF/KWSP 50/55 tahun sahaja
Appointment secara walk-in boleh dtg ke office kami melalui appointment di lokasi :

Untuk maklumat lebih lanjut dan applikasi melalui online, sila klik link di bawah untuk berhubung dengan pegawai kami. 📲⬇️⬇️
https://perkhidmatankreditkomunitisabah.wasap.my
https://perkhidmatankreditkomunitisabah.wasap.my


UJIAN PENGESANAN COVID-19: RTK ANTIGEN (RTK-Ag) DAN REVERSE TRANSCRIPTION - POLYMERASE CHAIN REACTION (RT-PCR)Seseorang ...
09/03/2022

UJIAN PENGESANAN COVID-19: RTK ANTIGEN (RTK-Ag) DAN REVERSE TRANSCRIPTION - POLYMERASE CHAIN REACTION (RT-PCR)

Seseorang itu boleh dijangkiti COVID-19 jika mereka berada berdekatan dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin. COVID-19 boleh tersebar terutamanya antara individu yang mempunyai kontak rapat. Jangkitan berlaku apabila titisan yang mengandungi virus dihirup melalui udara atau bersentuhan langsung dengan mata, hidung, atau mulut seseorang. Virus ini lebih mudah merebak dalam persekitaran tertutup yang kurang ventilasi dan sesak.

Ujian RTK-Ag biasanya boleh mengesan jangkitan pada hari ketiga hingga hari ketujuh selepas seseorang terdedah kepada pesakit COVID-19 (Peeling et. al, 2021), manakala ujian RT-PCR boleh mengesan jangkitan seawal hari kedua hingga hari keempat belas selepas dijangkiti (Rajah 2). Justeru itu, ketepatan ujian RTK-Ag dan RT-PCR adalah bergantung kepada tempoh jangkitan sewaktu sampel diambil. Penggunaan RTK-Ag adalah disarankan kepada individu bergejala atau berada dalam kump**an berisiko tinggi sekiranya tidak bergejala. KKM telah meluluskan penggunaan RTK-Ag sebagai suatu kaedah alternatif pengujian COVID-19 selain RT-PCR. RTK-Ag membantu memudahkan proses pengesanan dan pengawalan jangkitan COVID-19 kerana kaedah ini adalah ringkas, mudah, murah, dan boleh dilakukan di lapangan atau point-of-care testing (POCT). Proses pengujian RTK-Ag adalah pantas dan keputusan ujian boleh diperolehi dalam masa 20 hingga 30 minit.

KKM telah menggunakan RTK Ag sejak 6 Mei 2020 dan kit yang digunakan adalah dinilai oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi memastikan ia mematuhi standard yang diperlukan dan kemudiannya diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk kegunaan lebih meluas dalam komuniti.

Dimaklumkan bahawa ujian RT-PCR masih merupakan gold standard bagi mengesan jangkitan COVID-19. RT-PCR mengesan kehadiran asid nukleik (virus genetic material) virus SARS-CoV-2 yang lebih spesifik. Ujian ini mempunyai kadar sensitiviti sebanyak 99.9% dan kadar spesifisiti sebanyak 100%. Namun begitu, ujian ini memerlukan proses dan peralatan makmal yang lebih canggih, kos yang lebih tinggi, tenaga kerja terlatih, dan masa pengujian yang lebih lama iaitu memakan masa antara 6 hingga 24 jam (tidak termasuk masa untuk pengangkutan ke makmal).

KIT UJIAN PANTAS COVID-19
Kit ujian pantas antigen atau Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) merupakan kit ujian untuk mengesan kehadiran antigen (protein nukleokapsid) pada virus SARS-CoV-2 terhadap orang yang dijangkiti COVID-19.

Terdapat dua jenis RTK-Ag iaitu kit kegunaan profesional dan kendiri. Kit profesional hanya boleh dijalankan oleh anggota kesihatan terlatih di fasiliti kesihatan menggunakan sampel Nasopharyngeal Swab (NPS) atau Oropharyngeal Swab (OPS). Manakala RTK-Ag kendiri boleh dilakukan oleh orang awam tanpa seliaan anggota kesihatan. Ini adalah kerana RTK-Ag kendiri hanya perlu menggunakan sampel yang kurang invasif dan mudah diambil seperti air liur dan swab nasal.

Pesakit yang dikesan positif RTK-Ag kendiri perlu melaporkan keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera, mengemaskini status kesihatan (Home Assessment Tool), dan perlu menjalani isolasi seperti yang ditetapkan oleh KKM. Bagi ujian RT-PCR dan RTK-Ag profesional p**a, pihak makmal atau pengamal perubatan yang menjalankan ujian tersebut perlu melaporkannya dengan kadar segera kepada KKM melalui Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).

KKM menyarankan semua ujian RTK Ag kendiri atau professional ataupun RT-PCR yang dijalankan perlu dilaporkan kepada KKM melalui MySejahtera atau SIMKA, tidak kira sama ada keputusannya adalah positif atau negative. Ini bagi membantu KKM mendapatkan gambaran lebih jelas kadar jangkitan yang berlaku di dalam komuniti.

INTERPRETASI KEPUTUSAN UJIAN RTK-Ag
Ujian RTK-Ag dijalankan dengan menggunakan teknik immunoassay chromatography. Pada kit antigen ini terdapat dua garisan (pre-coated) iaitu: garisan kawalan (C) dan ujian (T). Sekiranya terdapat antigen SARS-CoV2 pada sampel, kompleks partikel antigen–antibodi akan terbentuk dan warna di garisan T akan muncul. Warna garisan kawalan C perlu ada pada setiap ujian yang dijalankan untuk membuktikan ujian adalah sah (valid). Sekiranya tiada warna garisan pada C, ujian adalah tidak sah (invalid) dan perlu diulang semula.

RTK-Ag yang diluluskan penggunaannya perlu mempunyai sekurang-kurangnya 95% kadar sensitiviti dan 95% kadar spesifisiti. Oleh itu, terdapat kemungkinan 5% berlaku keputusan false positive atau false negative. False positive berlaku apabila kit memberi keputusan positif bagi individu yang tidak dijangkiti. Antara faktor penyumbang yang menyebabkan keadaan ini adalah jangkitan silang dari pesakit COVID-19 atau kontaminasi virus dari persekitaran. Manakala false negative berlaku apabila kit tersebut tidak dapat mengesan kehadiran antigen dalam pesakit yang dijangkiti COVID-19. Antara faktor penyebab false negative adalah teknik pengambilan sampel yang salah dan masa sampel diambil di luar tempoh jangkitan.

PENGGUNAAN RTK-Ag KENDIRI
KKM telah meluluskan penggunaan kit ujian kendiri antigen bermula pada 14 Julai 2021. Penggunaan RTK-Ag kendiri sebagai ujian pengesahan di sektor-sektor tertentu, seperti sektor pendidikan, pop**asi sasaran, dan kump**an berisiko tinggi adalah penting supaya keputusan yang lebih cepat diperolehi bagi membolehkan tindakan kawalan dilakukan dengan segera. Penggunaan RTK-Ag kendiri juga dapat mengatasi masalah logistik dan pengangkutan sampel terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Penggunaan RTK-Ag kendiri juga selaras dengan polisi KKM, TRIIS bagi mengurangkan penularan COVID-19 iaitu:

Test – melakukan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri;
Report – melaporkan keputusan ujian pengesanan kendiri (negatif, positif, atau tidak sah) melalui aplikasi MySejahtera;
Isolate – menjalani pengasingan atau isolasi kendiri sekiranya positif COVID-19;
Inform – segera memaklumkan kepada kontak rapat dan ahli keluarga terdekat sekiranya positif, di samping memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan atau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) berhampiran; dan
Seek –mendapatkan rawatan segera di pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya gejala bertambah teruk.
Pengguna perlu menjalankan pengujian seperti yang disarankan di dalam arahan kit untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Semua keputusan ujian kendiri sama ada positif, negatif, atau invalid wajib dimasukkan ke dalam aplikasi MySejahtera (self-reporting). Sekiranya positif, arahan Home Surveillance Order (HSO) akan dikeluarkan.

KKM ingin menekankan bahawa ujian tidak perlu diulang selepas individu yang positif COVID-19 selesai menjalani kuarantin. Ini kerana ujian yang sangat sensitif seperti RT-PCR masih dapat mengesan kehadiran bahan genetik virus pada sampel saluran pernafasan sehingga 2-3 bulan lamanya setelah dijangkiti ,misalnya dalam tempoh viral shedding. Namun, virus tersebut sudah tidak dapat membiak dan individu tersebut tidak mungkin boleh menyebarkan jangkitan.

KAWALAN KUALITI RTK-Ag KENDIRI OLEH PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA)
Semua kit ujian COVID-19 yang dibawa masuk ke negara ini perlu melalui penilaian oleh Jawatankuasa Expert Committee dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia iaitu Medical Device Authority (MDA). Jawatankuasa ini bertindak menyaring dan memutuskan sesuatu kit itu layak dan disyorkan untuk berada di pasaran atau Recommended for Use (RFU) berdasarkan prestasi kit ujian setelah melalui evaluasi atau penilaian makmal di pusat evaluasi terpilih iaitu Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC), Institut Kanser Negara (IKN), Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan Hospital Sungai Buloh (HSgB).

Pada 2 September 2021, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan KKM telah dipertanggungjawab menetapkan harga runcit bagi kit ujian kendiri di pasaran tempatan. Sebelum penetapan harga ini, kit ini dijual pada harga RM35.00 – RM40.00. Penetapan harga maksimum ini dibuat atas dasar keprihatinan kerajaan dalam usaha menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini.

Pada masa ini, terdapat premis yang telah menawarkan harga kit berkenaan pada paras serendah RM4.80-RM6.60. Walaubagaimanapun, orang awam perlu memastikan hanya menggunakan jenama kit kendiri yang telah mendapat kelulusan dari pihak MDA. Semak senarai terkini di laman MDA: https://www.mda.gov.my/announcement/631-self-test-covid-19-test-kit-for-conditional-approval-approved.html

Sehingga 18 Februari 2022, terdapat 128 kit ujian kendiri di pasaran yang telah mendapat rekomendasi ini. Kit ini juga telah diluaskan penjualannya bukan saja di farmasi dan fasiliti kesihatan, malah ia juga mudah didapati di kedai-kedai terpilih.

Pihak MDA turut memantau keselamatan dan prestasi kit ujian kendiri yang mendapat kelulusan bersyarat dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang isu dengan kit ujian kendiri yang digunakan, orang awam dinasihatkan melaporkan kepada pembekal yang menjual kit ujian berkenaan dan MDA.

Justeru, KKM amat menyarankan agar orang awam mengoptimakan ujian RTK-Ag kendiri sebagai ujian saringan bagi mengesan jangkitan COVID-19 dan membuat laporan kendiri bagi keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera. Langkah ini penting bagi memastikan masyarakat boleh menjalankan aktiviti harian dengan selamat dan membantu negara meneruskan pemulihan dan pertumbuhan sosioekonomi negara dengan lebih mampan.

Rujuk : KPKESIHATAN.COM

Notis penutupan sementara bagi Pejabat PERKESO Segamat pada 28 Oktober 2021 (Khamis) hari ini, sehingga ke suatu tarikh ...
28/10/2021

Notis penutupan sementara bagi Pejabat PERKESO Segamat pada 28 Oktober 2021 (Khamis) hari ini, sehingga ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak untuk tujuan kerja-kerja sanitasi pejabat.
Segala kesulitan amat kami kesali.
Dr. Azman Aziz

19/09/2021
Dengan situasi ekonomi Malaysia yang tengah menjunam sekarang, adalah lebih baik kita berjimat cermat daripada kerap ber...
09/09/2021

Dengan situasi ekonomi Malaysia yang tengah menjunam sekarang, adalah lebih baik kita berjimat cermat daripada kerap berbelanja.

Sebelum bertindak salahkan kerajaan yang memerintah, cuba perhatikan diri sendiri dahulu.

Tak ada siapa dapat berubah, kecuali orang itu bertindak mengubah diri sendiri.

Korang tengah cari tip nak jimatkan duit?

Tok ada baca tip oleh Fara Joifin ini di blog comparehero.my, dan ia kena dengan topik yang tengah kita bincangkan ini.

Tip #1: Pelan makanan harian anda dengan bijak.
Anda pernah kira jumlah belanja harian untuk makanan sahaja (breakfast, lunch, dan dinner)?

Ramai yang mengaduh. Masa “lunch” sahaja, dah telan kos dekat RM10. Belum lagi campur dengan kos sarapan dan makan malam (silap-silap lebih RM30 – RM50 sehari).

Inilah realiti. Harga makanan dah semakin mahal.

Bawa bekal daripada rumah adalah satu strategi yang boleh kita gunakan untuk berjimat.

Selain selamatkan dompet, ia juga dapat menjamin kesihatan kita.

Makanan yang dimasak kat rumah lebih bersih dan sihat. Kita boleh dapat 2 kelebihan dalam satu masa. Best kan?

Tip #2: Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan yang berlaku.
Mungkin tip ini agak leceh untuk kita buat.

Tak semua orang s**a simpan resit, atau merekod (menulis) setiap perbelanjaan dalam buku nota.

Dan tak perlu terkejut. Setiap perbelanjaan kecil adalah sebab utama yang selalu koyakkan bajet kita.

Cuba perhatikan semula. Adakah kita selalu beli air mineral, kopi, snek seperti gula-gula, atau sebagainya?

Dah cuba jumlahkan kos ini? Berapa jumlahnya untuk tempoh sebulan? Dan untuk kes biasa, jumlah ini tak sikit dan mampu kacau kesihatan kewangan kita.

Dengan merekod setiap aktiviti yang melibatkan duit, kita dapat kenalpasti punca duit kita “bocor”.

Bila dah kenalpasti punca, kita boleh cipta pelan tindakan dan tampal balik “bocor” ini dengan mudah.

Walaupun perkara ini nampak remeh, ia masih ada potensi untuk pengaruhi tahap kesihatan kewangan kita.

Nak sedikit tip? Ada banyak aplikasi smartphone yang membantu uruskan hal ini secara efisyen.

Tip #3: Jenama tak terlalu penting.
Kenapa Tok cakap macam ini?

Tok tak berniat nak hentam semua barangan yang berjenama. Cuma, cuba kita tumpukan kat barangan isi rumah (toiletries) untuk perkara ini.

Mari kita kaji dan kira. Berapa banyak duit yang kita habiskan untuk membeli barangan ini setiap bulan?

Kalau nak buat perbandingan, barangan isi rumah yang tak berjenama dah cukup memadai untuk kita gunakan.

Ia berikan fungsi yang sama, dan kita tak perlu membayar kos ekstra untuk jenama yang terkenal.

Bayangkan. Berapa banyak boleh kita jimatkan apabila membeli barangan isi rumah yang tak berjenama?

Banyak pasaraya keluarkan jenama sendiri (seperti Tesco dan sebagainya) untuk barangan isi rumah seperti tisu, pencuci pinggan, sabun basuh baju, atau lain-lain barangan isi rumah.

Dan tak perlu terkejut. Kadang-kala, ia lebih berkualiti berbanding barangan yang berjenama.

Bukan takat boleh buat kerja rumah macam biasa. Malah boleh jimatkan banyak duit kita. Boleh mula menyimpan sikit-sikit, daripada tak menyimpan langsung.

Tip #4: Latih diri menahan nafsu berbelanja.
Sekarang bukan masa yang sesuai untuk “beli dahulu, fikir kemudian”. Kalau buat juga, “kesihatan” kewangan ada potensi besar untuk jatuh merosot.

Keadaan mata wang semasa tak selalunya indah belaka. Ada masa ia naik. Ada masa ia turun. Kalau ia sedang sakit, lebih baik kita ubah gaya hidup mengikut keadaan.

Ramai yang tak sanggup ubah gaya hidup secara drastik. Namun, ia lebih baik daripada terus kekalkan gaya hidup terdahulu yang jelas gunakan banyak duit.

Hal ini berkaitan dengan ego diri kita sendiri. Kalau sanggup buat, kita masih ada peluang untuk selamatkan kewangan kita daripada terus merosot.

Kalau tak perlukan sesuatu barangan itu, lebih baik kita tahan nafsu daripada membeli.

Risau kelak kita sendiri yang rasa rugi, sebab terikut nafsu berbelanja yang langsung tak beri manfaat kat kita.

Tip #5: Elakkan berbelanja untuk perkara yang tak perlu.
Supaya kita tak hidup tersepit sebelum gaji yang seterusnya, mula belajar mencantas perbelanjaan yang tak perlu sebagai salah satu strategi.

Antara contoh yang boleh kita buat seperti:

Kurangkan melepak kat luar pada hujung minggu,
tak ke pawagam untuk melihat setiap “movie” yang baru keluar,
kerap memasak dan makan kat rumah (daripada beli kat kedai), atau lain-lain.
Selain itu, mula kaji rentak dan gaya perbelanjaan, dan fahami ia sedalam yang boleh.

Beri perhatian kat perkara seperti keahlian gym, pelan Internet dan telefon bimbit kita, atau lain-lain perkara yang sama waktu dengannya.

Kalau tak kerap ke gym, potong keahlian ini daripada terus membazir. Kalau ada pelan Internet atau telefon bimbit yang lebih murah dan berbaloi, tak perlu rasa berdosa untuk tukar.

Janji kita dapat berjimat sebanyak yang mungkin. Lebih banyak yang boleh kita jimat, adalah lebih baik.



Kalau korang ada tip sendiri, boleh sahaja tambah dan kongsikan kat ruangan komen. Lagi ramai yang tahu, lagi bagus.

Kalau ambil mudah tentang perkara ini, tak mustahil aliran kewangan korang bakal terganggu secara negatif.

Ekonomi hidup yang baik bermula dengan diri korang sendiri, bukan orang lain. Sekian pesan Tok dan semoga korang semua dapat manfaat daripada perkongsian ini.

credits source from : http://gilahartanah.com/5-cara-jimatkan-duit-belanja-harian-anda-dan-elakkan-berlapar-sampai-hujung-bulan/

09/09/2021

Media sosial adalah platform yang sangat penting dalam membina rangkaian dan sebagai medium perhubungan komunikasi. Namun begitu, hendaklah sentiasa peka dan berwaspada apabila berada dalam talian.

Elakkan menjadi mangsa scammer dan ambil langkah pencegahan untuk terus selamat di internet.

Ketahui bagaimana anda boleh melayari dan memastikan akaun Facebook anda selamat dengan mengunjungi laman pautan ini - https://wethinkdigital.fb.com/my/en-my/taknakscam/



09/09/2021

Penamatan rangkaian 3G mengukuhkan lagi rangkaian 4G bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menyediakan pengalaman pengguna yang lebih baik dan komprehensif.




Semoga Hari Kebangsaan yang disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan lebih baik, terutamanya dalam aspe...
31/08/2021

Semoga Hari Kebangsaan yang disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan lebih baik, terutamanya dalam aspek memelihara perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

Selamat hari merdeka daripada staff PKKS.



27/08/2021

Address

Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkhidmatan Kredit Komuniti Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perkhidmatan Kredit Komuniti Sabah:

Share

Category